Wednesday, 30 January 2019

TUDUHAN BN MAIN ISU PERKAUMAN PRK CAMERON HIGHLANDS HANYA SATU ALASAN PH, MEREKA PATUT CERMIN DIRI SENDIRI

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Tuduhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah kerana memainkan isu perkauman.
PH sepatutnya mencermin diri sendiri sebelum membuat sebarang tuduhan tidak berasas sebegitu.
Tuduhan itu ibarat ludah ke langit terkena muka sendiri… mungkin mereka lupa siapa yang memainkan isu perkauman di PRK tersebut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Orang Asli. Calon mereka yang secara terang-terangan mainkan isu perkauman bila menuduh orang Melayu tidak beli kuih dari Orang Asli.
Mereka sendiri yang tidak betul, kenapa nak tuduh BN menang dengan isu perkauman. Bagi kami isu perkauman tidak timbul di PRK Cameron Highlands,jikalau isu perkauman dimainkan, takkan Orang Asli sokong BN.
Sejak awal lagi BN tidak sesekali memainkan isu perkauman dan ia terbukti apabila calon yang diketengahkan oleh BN adalah dari kalangan Orang Asli sendiri.
BN ambil langkah berani dengan mengenengahkan calon dari Orang Asli sebagai bukti BN terbuka dan memberi peluang sama rata kepada sesiapa sahaja. BN juga tidak meminggirkan mana-mana kaum malah jentera BN sendiri terdiri dari pelbagai kaum yang diwakili komponen masing-masing.
Sekiranya UMNO ketika berkempen menyebut berkaitan Islam dan Melayu, itu bukan perkauman kerana Islam adalah agama rasmi negara ini dan Melayu adalah kaum paling ramai di negara ini.
Pada PRK Cameron Highlands yang lalu, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dengan calonnya, Ramli Mohd Nor mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.
Majoriti 3,238 undi yang diperolehi BN semalam adalah yang tertinggi sejak pilihan raya umum pada 2008, 2013 dan 2018, iaitu 3,117 undi, 462 undi dan 597 undi.
Ini juga adalah kekalahan ke-3 berturut-turut Manogaran di Cameron Highlands sejak PRU ke-13.
PH hanya mencari alasan kepada kekalahan mereka dengan menuduh kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah kerana memainkan isu perkauman.
PH sepatutnya menerima kekalahan mereka ini kerana ia adalah merupakan satu referendum daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan yang mereka pimpin..
Mereka harus terima rakyat sedang marah… yang jadi mangsa apa yang dibuat oleh DAP dalam PH adalah majoritinya orang Melayu… mestilah orang Melayu marah dan ini bukan soal perkauman.
Mereka kena faham, dasar yang mereka buat menekan hidup rakyat. Contohnya orang Felda, takkan orang Felda nak undi PH lagi sebab pendapatan mereka terjejas teruk sejak PH memerintah.
Sekarang BR1M tidak ada, kos sara hidup naik, kebajikan nelayan tidak dijaga dan orang muda rasa tertipu dengan janji PTPTN. Ini semua menjadi punca kemarahan rakyat dan ia diterjemahkan dalam bentuk undi di Cameron Highlands.
PH jangan buat-buat lupa ingatan terhadap ungkapan mereka tentang Melayu, Cina dan India tidak akan mengundi Orang Asli ataupun membeli kuih dari mereka.
Itu bukan kita yang cakap tetapi merekalah yang memulakan langkah songsang di PRK Cameron Highlands. Ini belum lagi cerita mengugut Tok Batin dan menuduh Orang Asli bukan warganegara Malaysia.
Oleh itu bak kata pepatah Melayu “Jika sendiri yang tidak pandai menari, janganlah salahkan lantai tidak rata pula,”.
Pada PRK Cameron Highlands yang lalu, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam PRK selepas pilihan raya umum lalu, dengan calonnya, Ramli Mohd Nor mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bekas pegawai kanan polis itu mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.
Majoriti 3,238 undi yang diperolehi BN semalam adalah yang tertinggi sejak pilihan raya umum pada 2008, 2013 dan 2018, iaitu 3,117 undi, 462 undi dan 597 undi.
Ini adalah kekalahan ke-3 berturut-turut Manogaran di Cameron Highlands sejak pilihan raya umum ke-13. Ini juga jelas menunjukan beliau adalah calon yang tidak dikehendaki oleh penduduk-penduduk Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment