Thursday 3 January 2019

HARGA PETROL : RAKYAT MASIH TUNGGU PENGUMUMAN KERAJAAN


3 JAN: Rakyat kini menunggu keputusan kerajaan PH mengenai harga petrol yang sepatutnya lebih rendah susulan kejatuhan harga minyak dunia.

Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah membincangkan perkara ini, semalam tetapi sehingga kini belum ada sebarang kenyataan mengenainya.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, penetapan harga baru petrol termasuk RON95 berdasarkan pengapungan secara minggu dijangka diketahui selewat-lewatnya Jumaat ini.
Bagaimanapun, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menentang keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.
Wakil PDAM berjumpa Perdana Menteri semalam bagi membincangkan perkara itu termasuk meminta kerajaan menaikkan komisen pengusaha stesen minyak bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung.
Pada masa ini, RON95 berharga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan RM2.19 seliter bagi diesel.
Berdasarkan penurunan harga minyak semasa dunia, kerajaan dikatakan mengutip keuntungan kira-kira 30 sen bagi setiap liter minyak yang dibeli pengguna.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan kerajaan PH mengutip sehingga RM140 juta setiap minggu selagi harga sekarang kekal.
Manifesto PH sebelum ini menjanjikan harga petrol 95 RM1.50 seliter.

No comments:

Post a Comment