Tuesday, 8 January 2019

HARGA MINYAK MENTAH DUNIA MENINGKAT HARI INI


8 JAN: Harga minyak mentah meningkat hari ini dipengaruhi harapan bahawa rundingan Amerika Syarikat (AS) dengan China akan menghentikan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.
Ia juga dipengaruhi oleh langkah pengurangan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang telah mengecilkan pasaran.
Niaga hadapan Brent berada pada AS$57.77 setong, naik 44 cents, atau 0.8 peratus daripada penutup akhirnya.
AS West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$48.85 setong, naik 33 cents atau 0.7 peratus.
Lewat petang semalam, Setiausaha Kewangan AS, Wilbur Ross berkata Beijing dan Washinton boleh mencapai perjanjian sepakat selepas puluhan pegawai rasmi dari dua ekonomi terbesar dunia itu mengadakan rundingan untuk mengakhir pertikaian dagangan yang menyebabkan ketidaktentuan pasaran global sejak tahun lalu.
Pasaran saham Asia juga meningkat berikutan pelabur menaruh harapan tinggi kepada rundingan berkenaan.
Bagaimanapun, beberapa penganalisis memberi amaran bahawa hubungan antara Washington dan Beijing kekal rapuh dan ketegangan boleh tercetus bila-bila masa saja.
“Kami kekal bimbang dengan hubungan dua hala yang paling penting di dunia itu,” kata firma rundingan risiko politik, Eurasia Group dalam unjuran 2019. -REUTERS

No comments:

Post a Comment