8 JAN: Pengakuan berani Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawatannya sebagai Perdana Menteri ditentukan oleh sekutunya, DAP adalah sesuatu dijangka malah mendapat cemuhan pelbagai pihaknya khususnya orang Melayu yang memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH).
Kami bangsa Melayu menyifatkan percaturan itu sebagai sesuatu yang memalukan. Ini telah menggambarkan seolah-olah kesemua orang Melayu sebagai kaum yang tidak ada maruah. Seekor kerbau membaya lumpur akan terpalit kepada semuanya.
Orang PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) memang tak ada maruah, jawatan Perdana Menteri pun ihsan DAP. Amat memalukan sebagai kaum majoriti di negara ini..
Semalam, Dr Mahathir mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Dr. Mahathir berkata, pada awalnya, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada PPBM di bawah PH.
Malah Dr Mahathir mendedahkan lagi, kedudukan beliau sebagai pengerusi PH serta jawatan mana-mana pemimpin PH juga dicaturkan oleh DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam gabungan itu selepas mengambil alih negara.
Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan gelaran Ismet Ulam Raja pula meninggalkan maklum balas mengenai isu berkenaan dengan menyindir pengundi PH yang memberi undi kepada DAP untuk berkuasa.
“Wah tahniah pengundi PH!!! Undi PH, undi DAP. Jawatan Perdana Menteri pun DAP tentukan. Atuk cuba nak letak pemberat ke DAP ke ni? Anwar naik ke tak pun DAP tentukan la ni,” katanya menerusi ciapan di laman sosial Twitter.
No comments:
Post a Comment