Saturday 26 January 2019

STRATEGI TOK MAT BERI KEMENANGAN BESAR KEPADA BN


26 JAN: Strategi Datuk Mohamad Hasan akhirnya membunuh segala percaturan Pakatan Harapan apabila BN meletakkan Ramli Mohd Nor sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Ramli dalam PRK kali ini berjaya mendapat majoriti paling tinggi berbanding tiga Pilihan Raya Umum (PRU) yang diwakili MIC iaitu 12,038 manakala M Manogaran hanya mendapat 8,800 undi sahaja.
Sementara dua lagi calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat undi 314 dan 276.
BN sebelum itu mengunakan strategi mengaburi mata pihak lawan dengan meletakkan Datuk T Murugiah antara calon yang akan dipilih, bagaimanapun di saat akhir BN secara konsensus bersetuju untuk memilih anak Orang Asli yang mempunyai pendidikan dan jawatan tinggi dalam PDRM.
PH yang terpedaya dengan percaturan itu akhirnya memutuskan untuk mengekalkan Manogaran sebagai calon walaupun mendapat tentangan daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
DAP yang berkeras untuk mengekalkan Manogaran itu ternyata tersalah langkah sekaligus memberi kemenangan majoriti kepada BN.
Kemenangan besar ini juga mungkin adalah isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat mula menolak dan menentang pentadbiran hari ini berikutan janji dan manifesto yang dilaungkan langsung tidak ditunaikan.
Malah adalah tidak mustahil PRK yang berlaku selepas ini juga mampu memberi kemenangan luar jangka kepada BN, tambahan lagi hasil kerjasama padu dengan PAS.

No comments:

Post a Comment