Wednesday 7 August 2019

AZMIN ALI TAK TAHU MALU ‘LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA’ - NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi ‘mengusik’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggapnya gemar mengambil kredit daripada usaha yang dilakukan kerajaan terdahulu.
Kali ini, Najib menerusi status yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini mempertikaikan peranan kerajaan PH dalam Projek Casa Anggun, iaitu satu daripada projek untuk rakyat yang dilakukan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Ini adalah merupakan sebahgian dari ‘projek cut and paste’ kerajaan PH, iaitu projek atas inisiatif pihak lain, seperti projek mega ECRL, TRX dan Bandar Malaysia.
Rasa tidak puas hati Najib itu timbul selepas kerajaan PH menerusi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini hadir dalam majlis penyerahan kunci bagi projek Casa Anggun kepada warga pemilik.
“Begitu besar sumbangan saudara dalam gambar ini (Mohamed Azmin) yang identitinya tidak dapat dikenal pasti oleh Ketua Polis Negara dalam skandal video hubungan seks luar tabii.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya sebab saudara ini menyerahkan kunci perumahan bagi sebuah projek yang saya, Najib Razak buat dahulu,” katanya dalam status tersebut.
Najib menambah, kerajaan BN dahulu berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa serta mampu disewa atau dibeli oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya, kerajaan PH hari ini pula berusaha bertungkus lumus membuat majlis penyerahan kunci dan mengambil kredit atas projek kerajaan BN dahulu ibarat ‘ lembu punya susu sapi dapat nama’. 

No comments:

Post a Comment