Wednesday 28 August 2019

KADIR JASIN & BERSATU JANGAN MENDABIK DADA


Ia merupakan satu rahsia terbuka tentang ketandusan kesetiaan dalam  BERSATU. Hanya lihat kepada bagaimana mereka melonjakkan diri sebagai parti yang ketiga terkuat dalam Pakatan Harapan (dari segi Ahli Parlimen) – di mana ia hanya berlaku dengan bantuan dari mereka yang melompat parti (dari UMNO) pada persekitaran pasca PRU ke 14. Sebelum itu BERSATU merupakan parti kedua tercorot dalam jumlah kerusi parlimen dalam Pakatan Harapan.
Tetapi untuk Kadir Jasin membuat kenyataan riak seolah-olah rakyat Johor memilih Bersatu sebagai kerajaan negeri yang mempunyai trek rekod sebagai sebuah kuasa politik dilihat bercanggah daripada realiti sebenar di negeri tersebut. Lebih lagi walaupun mengambil kira dalam blog beliau baru ini beliau cuba menagih sokongan untuk pemilihan parti Bersatu yang akan datang.
Ambil contoh kontroversi pemilihan Menteri Besar baru-baru ini di Johor, di mana  Tun Mahathir dan Keluarga Diraja Johor telah bertelagah tentang siapa yang harus menggantikan bekas Menteri Besar, Osman Sapian. Menurut Perlembagaan Negeri  Johor, adalah jelas hak Sultan untuk meluluskan siapa yang terbaik untuk mewakili negeri baginda satu perkara yang kita harap dihormati, memandangkan bahawa dalam manifesto Pakatan Harapan ada juga menyebut untuk mengembalikan semula semangat federalisme.
Sementara itu kedudukan Bersatu mungkin ketara di peringkat nasional kerana status  Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, ini tidak bermakna bahawa mereka diberi kuasa budi bicara penuh ke atas bagaimana wakil negeri mereka harus mentadbirkan negeri tersebut.
Perlu diingatkan bahawa di Johor, BERSATU hanya menguasai 8 kerusi pada PRU ke 14 berbanding kepada 17 kerusi yang dipertahankan oleh UMNO. Oleh itu Kadir Jasin dan BERSATU tidak seharusnya berlagak bodoh sombong mendabik dada kononnya mempunyai ‘trek rekod kuasa politik’.
Perkara yang sama kepada BERSATU di Perak – di mana pentadbiran Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu contoh yang jelas bagaimana tiga dosa besar yang semakin jadi jelas dalam Pakatan Harapan seperti : perpecahan, ketandusan fokus dan tidak kompeten.
Berita utama dari kerajaan PH Perak mempamirkan isu-isu dari yang tragik kepada perkara yang pelik dengan Faizal Azumu secara terbuka merembat tanah nenek monyang Orang Asli tempatan untuk kontrak pembalakan sehingga kes dua orang Ketua Bahagian Bersatu menjual lembu korban untuk membeli komputer laptops.
Di peringkat nasional parti itu tiada sebarang kelebihan. Disebalik fakta tersebut, parti itu telah diberi kedudukan penting dalam kabinet, sudah tentu ia merupakan perkara yang mengecewakan rakyat.
Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan terkenal dengan dua perkara terlalu memikirkan atau obses dengan kereta terbang beliau dan ketandusan hala tuju dalam membina persekitaran keusahawanan Malaysia.
Selain itu, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar nyata tidak dikenali rakyat mahu pun beliau mempunyai sebarang perancangan atas bagaimana untuk melaksanakan portfolio beliau.
Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, mempunyai sikap yang malang, mencampur aduk politik dengan perkhidmatan awam kita ambil dan lihat urusan yang tidak telus yang melibatkan Youth Power Club dan lantikan pemimpin pemuda parti dalam jawatan di kementerian. Ia kelihatan bahawa bagi beliau, kuasa pemuda hanya datang sekiranya anda boleh membantu beliau untuk mengkukuhkan kedudukan beliau sebagai ketua ARMADA.
Kami tidak rasa iri hati atas keangkuhan sama ada oleh Kadir Jasin mahupun  Bersatu. Keputusan PRK di Semenyih lebih mencukupi untuk membuktikan bahawa mereka masih ada banyak lagi kerja untuk dilakukandi mana disebalik menunjukkan yang terbaik, BN mampu menewaskan kerusi yang dikuasai oleh BERSATU dengan majoriti yang bertambah disebalik mempunyai kerjasama yang rapuh dengan PAS ketika itu.
Menyelesaikan isu akar umbi harus diberi keutamaan di sebalik menuding jari terhadap faktor luaran dalam ketandusan kejayaan sebagai sebuah parti politik. Apa pun, dilaporkan bahawa peristiwa lembu korban-untuk-komputer hanya berlaku kerana kekurangan dana untuk jentera parti di situ.
Sekiranya sesiapa dalam BERSATU perlu diberi sanjungan, ia haruslah diberi kepada BERSATU negeri Johor. Mereka dilihat mempunyai kesedaran dan menghormati lanskap politik di mana mereka berada. Mereka faham mungkin Keluarga Diraja Johor telah menyuarakan supaya berhati-hati dalam menyokong PH pada PRU ke 14, namun demikian atas BERSATU dan Pakatan Harapan untuk membuktikan kepada  stakeholders Johor’ bahawa mereka mampu menjadi sebuah kerajaan negeri yang berkesan.
Kami yakin bahawa Kadir Jasin sedar tentang lebih kurang 30 kerusi marginal Melayu yang penting untuk meraih kemenangan pada PRU ke 15 akan datang. Mungkin beliau harus bekerja dengan partinya untuk membina sebuah parti politik yang viable yang boleh secara berkesan mampu merebut 30 kerusi berkenaan daripada menuding jari ke pihak lain.
Malangnya melihat daripada senario politik terkini nampaknya usaha belaiu itu  mungkin tidak kesampaian. Dengan pembentukan gabungan kerjasama rasmi PAS/UMNO/BN yang dikenali PERPADUAN UMMAH yang lebih bersepadu untuk menawan semua kerusi-kerusi majoriti Melayu dan marginal Melayu seluruh negara. Misi pengabungan ini ialah bagi menguasai semula Putrajaya. Piagam kerjasama gabungan tersebut bakal di meterai pada 13 dan 14 September yang akan datang dalam satu program yang gemilang serta bersejarah di PWTC yang bakal dihadiri oleh puluhan ribu ahli UMNO dan Pas seluruh negara.
Seandainya gabungan PERPADUAN UMMAH berjaya menguasai Putrajaya, pada pasca PRU ke 15, bersedialah saudara Kadir Jasin untuk meninggalkan negara ini. Jika tidak kes beliau menghasut serta menghina Raja-raja Melayu semasa pemerintahan kerajaan PH akan dibuka semula. Beliau boleh di tuduh di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut rakyat membenci Raja-raja Melayu terutama DYYM Yang Di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V dan Kerabat Diraja Johor.

No comments:

Post a Comment