Sunday 25 August 2019

GUAN ENG ADALAH PENIPU BERSIRI : KERAJAAN PH BERHUTANG KONONYA UNTUK BAYAR HUTANG 1MDB DAN HUTANG KERAJAAN YANG LEPAS

Datuk Seri Najib Razak telah melahirkan keraguan atas penjelasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa salah satu sebab mengapa kerajaan PH meminjam  RM58.1 bilion dalam tempoh enam bulan ialah untuk membayar hutang  1MDB.
Bercakap kepada media Free Malaysia Today (FMT), bekas perdana menteri berkata setakat yang beliau tahu, tiada satu sen amaun prinsipal yang berkaitan dengan bon 1MDB telah berkurangan sejak PRU ke 14.
Pada bulan July, Jawatankuasa Terpilih Parlimen (Parliamentary Select Committee) ke atas laporan Bajet di Dewan Rakyat, memaklumkan bahawa hutang prinsipal 1MDB masih lagi kekal pada RM32.2 billion setakat penghujung 2018.
Kelmarin, Guan Eng, dalam menyatakan kerisauan ke atas pinjaman kerajaan, berkata pentadbiran Pakatan Harapan terbuka dan telus, mendedahkan tahap sebenar tentang hutangnya, termasuk liabiliti kontigen dan jaminan kerajaan.
Beliau berkata komitmen kerajaan terdahulu kepada perbelanjaan pembangunan dan pembayaran balik hutang 1MDB juga penyebab kepada peningkatan kadar hutang.
Tetapi Najib pertikaikan ini dan mendesak agar Guan Eng beri bukti bahawa kerajaan baru telah menjelaskan hutang prinsipal 1MDB.
Bolehkah Guan Eng kongsi berapa banyak hutang prinsipal 1MDB dijelaskan dan dikurangkan? Mana satu dari kesemua bon 1MDB telah dijelaskan?
Dan apa berlaku terhadap wang yang diterima daripada jualan sebahagian daripada projek Bandar Malaysia untuk RM7.41 bilion awal tahun ini?”
Najib juga bertanya berapa banyak lot tambahan tanah dalam projek TRX terdahulu telah dijual dan berapakah pendapatan diterima oleh bekas anak syarikat 1MDB sejak PRU ke 14.
Beliau berkata adalah anihbagaimana kerajaan PH boleh menuduh 1MDB sebagai masalahnya, sementara, pada masa yang sama, memuji pembangunan aset oleh  1MDB, seperti Bandar Malaysia dan TRX, sebagai aset bernilai.
Beliau juga mengkritik Guan Eng kerana mendakwa bahawa kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar hutang, dengan menambah bahawa ini akan hanya menambah hutang negara disebalik mengurangkannya.
Beliau menyatakan bahawa peningkatan hutang negara berjumlah RM58 bilion untuk setengah tahun pertama hampir dua kali ganda daripada hutang yang dibuat oleh kerajaan pentadbiran beliau dahulu (BN).
Sebelum ini, seorang ahli ekonomi Profesor Barjoyai Bardai meminta Putrajaya untuk memperlahankan perbelanjaan, merujuk kepada angka Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa kerajaan telah meminjam RM58.1 bilion dalam enam bulan pertama memerintah.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak itu berkata angka menunjukkan bahawa hutang kerajaan pusat telah meningkat daripada RM686.8 bllion pada penghujung tahun 2017 kepada lebih kurang RM799.1 bilion sekarang.
Angka BNM juga menunjukkan bahawa nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), trend menurun sehingga 2018, telah meningkat 4% dari  48.7% pada penghujung Suku Pertama 2018 kepada 52.7% pada penghujung Suku Kedua 2019, menghampiri rapat had nisbah 55% kepada KDNK yang dikuat kuasakan oleh kerajaan terdahulu.
Hakikatnya, Menteri Kewangan PH Lim Guan Eng adalah benar-benar penipu bersiri daripada apa yang dinyatakan di atas dan juga sila baca artikel berikut sebelum ini: 

PH BERHENTI TUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN JIKA TIDAK MAMPU MENGURUS NEGARA - SERAH BALIK KERAJAAN KEPADA RAKYAT UNTUK PENILAIAN SEMULA


No comments:

Post a Comment