Monday 19 August 2019

PERBICARAAN 1MDB NAJIB TERUS TERTANGGUH KERANA PENDAKWA TIDAK YAKIN DENGAN BUKTI YANG ADA?


Perbicaraan 1MDB Najib Razak, yang sepatutnya didengar hari ini 19 Ogos, telah ditangguh sekali lagi berkemungkinan prosidingnya didengar semula pada Ogos 26.
Hakim Mahkamah Tinggi  Collin Lawrence Sequerah berkata bahawa beliau akan berbincang semula dengan pihak pendakwa dan peguam bela pada hari Khamis 22 Ogos nanti untuk memuktamad tarikh prosiding perbicaraan baru.
Di mahkamah hari ini, beliau cuba untuk memujuk pihak pendakwa untuk memulakan prosiding melalui pembacaan kenyataan permulaan dan memangil saksi tidak rasmi.
Bagaimana pun, Gopal Sri Ram selaku pendakwa ad hoc berkata bahawa beliau tidak boleh meneruskan dengan alasan prosiding SRC International Sdn Bhd Najib sedang berjalan hari ini di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Saya difahamkan bahawa saksi pendakwa terakhir (pegawai penyiasat Rosli Hussain) sedang memberi keterangan, dan peguam bela akan menyoal balas beliau sebelum kes ditangguhkan untuk keputusan hakim ,” kata beliau.
Sri Ram juga berkata bahawa disebabkan oleh alasan pentadbiran, pihak pendakwa hanya memanggil 12 orang untuk beri keterangan Jumaat lepas, dengan itu perbicaraan hanya boleh bermula dalam tempoh 14 hari dalam mematuhi Seksyen  402B Kanun Acara Jenayah.
Kami juga akan menyediakan 15 bungkus dokumen yang dijilid kepada pihak pembela hari ini,” kata beliau.
Sequerah berkata bahawa beliau bersedia untuk mengenepikan keperluan 14 hari itu, tetapi peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berkata keperluan statutori harus dipatuhi.
Kita harus perlu meneliti dokumen tersebut,” kata beliau, dengan menambah kata bahawa pihak pembela akan tidak bersedia sekiranya masa tidak diberi masa untuk meneliti dokumen tersebut.
Beliau menyarankan bahawa perbicaraan bermula pada Sept 3, sebagaimana yang disyorkan oleh Sri Ram sebelum ini.
Bagaimana pun, Sri Ram berkata beliau boleh meminda tarikh perbicaraan 1MDB bermula pada Ogos 26 memandangkan pihak pendakwa mungkin akan menamatkan perbicaraan SRC International pada penghujung minggu.
Shafee berkata Sequerah boleh memutuskan atas tarikh perbicaraan pada hari Khamis setelah pihak pembela membaca dan meneliti semua dokumen 1MDB yang telah disediakan kepada mereka.
Hakim kemudian menetapkan pengurusan kes pada hari Khamis dengan kemungkinan perbicaraan pada Ogos 26.
Sequerah telah pada peringkat awal menetapkan daripada hari ini hingga Nov 14 untuk prosiding perbicaraan.
Najib telah dituduh dengan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan penyalah guna kuasa pada September tahun lepas atas dakwaan menerima RM2.28 bilion dana 1MDB ke dalam akau AmBank beliau antara Februari 2011 dan Disember  2014.
Beliau juga menghadapi tuduhan berasingan, tarikh pendengaran yang telah ditetapkan daripada Jan 13 ke Jun 2020.
Perbicaraan SRC International Najib sepatutnya berakhir hujung minggu lepas tetapi kes ditangguhkan ke hari ini kerana bekas perdana menteri mengambil cuti sakit setelah jangkitan kuman kedua-dua matanya.


No comments:

Post a Comment