Thursday 15 August 2019

[VIDEO] ISU ZAKIR NAIK : PEMIMPIN MELAYU ISLAM PH, USAH TUMPANG SEMANGKUK DENGAN MEMFITNAH DAN PUTAR BELIT CERAMAH PENDAKWAH TERSEBUT, NANTI JADI MUNAFIK

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak memutar belitkan ucapan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik berhubung isu kesetiaan masyarakat Hindu dan masyarakat Cina adalah tetamu di negara ini (LIHAT VIDEO SEBENAR DI BAWAH).
Peringatan itu diberikan menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya di sini pagi ini sebagai membalas ciapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertikaikan ucapan Zakir tersebut
“Jangan putar belitkan kenyataan penuh dan konteks ucapan Zakir. Saya ikuti teks penuh ucapan yang panjang pada 8 Ogos lalu. Saya juga hadir di stadium pada 9 Ogos lalu. Usah memfitnah,” tegasnya di sini hari ini.
Syed Saddiq menerusi ciapan dalam Twitter rasminya semalam berkata, orang Cina Malaysia bukan tetamu tetapi warganegara yang cintakan negara bertuah ini.
“Kekuatan Malaysia adalah terletak kepada kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” katanya.
Bukan sahaja Syed Saddiq seorang pemimpin Melayu Islam PH yang memfitnahkan serta memutar belitkan ceramah Dr. Zakir malah terdapat dua orang lagi pemimpin Melayu Islam iaitu Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz.
Tan Sri Rais Yatim telah mempersoalkan tentang peranan Dr Zakir di negara ini, bukan sebagai seorang pendakwah tetapi sebagai 'penghasut'.
Tan Sri Rafidah Aziz pula telah menghina Dr Zakir sebagai bukan seorang pendawah tetapi sebagai seorang 'buruan warga asing'.
Semalam, sebuah portal melaporkan kononnya Zakir memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.
Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, dan beliau turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.
“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.
“Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini),” katanya.
Dalam pada itu, Zakir menerusi kenyataan semalam mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu kesetiaan masyarakat India di negara ini telah disalah tafsir.

Menurutnya, terdapat pihak-pihak terdesak yang menyaksikan ceramah beliau semata-mata mahu mencari kesalahan beliau dan bukan untuk memahami Islam.
Namun ujarnya, mungkin mereka gagal mencari apa yang dihajati maka pihak-pihak berkenaan telah bertindak melakukan perkara tidak jujur. 
Apapun berikut adalah klip video ceramah sebenar Dr Zakir Naik pada 9 Ogos 2019 untuk tatapan semua pihak.

No comments:

Post a Comment