Benarkah kuasa yang ada pada Pengerusi PPBM sesebuah negeri adalah sama atau lebih besar daripada menteri sehingga boleh mengatasi arahan daripada Menteri dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar?
Persoalan tersebut muncul ekoran terdapat berita terhadap Mazlan Bujang selaku Pengerusi PPBM Johor telah mengugut seorang pegawai pentadbir negeri agar jangan menutup kilang-kilang kimia yang diarah tutup di Pasir Gudang.
Beberapa kilang di Pasir Gudang telah diarah ditutup menurut beberapa sumber berikutan kes pencemaran air dan udara sejak beberapa bulan yang lepas. Arahan penutupan ini adalah daripada menteri yang berkaitan dan dari Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor. Menteri tersebut telah juga mengarahkan untuk tidak melulus mana-mana permohonan kilang kimia baru dikawasan Pasir Gudang.
“Berita ini pastinya mengembirakan masyarakat umum, namun terdapat berita baru yang mendukacitakan terutama sekali untuk masyarakat di Pasir Gudang,” kata satu kenyataan yang dipetik daripada Facebook Ops Johor, hari ini.
Menerusi kenyataan tersebut, dikatakan Mazlan Bujang telah mendakwa bahawa, kuasa yang ada pada dirinya sebagai Pengerusi PPBM Negeri Johor adalah sama besar dengan kuasa menteri di kerajaan Persekutuan malah pihak yang diugut telah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa seperti laporan tersebut di atas.
“Persoalannya kini, adakah benar terdapat kilang-kilang kimia berkenaan mempunyai kaitan dengan Mazlan Bujang dan siapakah dalang sebenar atau atas arahan siapa yang Mazlan Bujang berani untuk bertindak sedemikian?
“Mengapa Mazlan Bujang selaku Pengerusi PPBM Johor tidak mengutamakan kesihatan rakyat tetapi sebaliknya bertindak atas kepentingan peribadi atau kepentingan kilang-kilang tersebut?
“Perkara ini perlu disiasat kerana ia melibatkan soal kesejahteraan alam sekitar dan keselamatan rakyat terutamanya murid-murid di sekolah-sekolah Pasir Gudang dan pihak yang bersekongkol dengan konspirasi ini harus bertanggungjawab dan didedahkan kepada masyarakat,” petik kenyataan tersebut lagi.
Berikut adalah rakaman video percakapan Mazlan Buang dengan salah seorang Pegawai Pentadbir Negeri sebagai bukti tentang kes ini.
No comments:
Post a Comment