Monday 12 August 2019

PEMBUNUHAN SYED DANIAL SATU LAGI TRAGEDI YANG MEMBUKTIKAN PAKATAN HARAPAN GAGAL KUAT KUASA UNDANG-UNDANG


Kenapa kebencian dikalangan masyarakat Cina dan Melayu dalam negara ini semakin menebal? Kenapa sikap tolaransi diantara kaum semakin terhakis? Kenapa sikap penyokong DAP terhadap kaum peribumi semakin terserlah kebiadapannya.  Ini semua berlaku akibat kebencian terhadap orang Melayu dan Islam yang disemai oleh DAP sejak penubuhannya.  Kemuncak kepada besar kepala bangsa DAP ini adalah apabila mereka berjaya memperkudakan bangsa Melayu untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.  Kenapa begitu berani Pembunuh arwah Syed Danial mengejar beliau?  Sebab beliau tahu DAP menguasai negara ini dan siapa juga melakukan jenayah dinegara ini, selagi mana mereka bersama Pakatan Harapan, mereka akan lepas seperti Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Rafizi Ramli, Tamrin Ghafar, Phang Li Koon, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Paul Yong dan ramai lagi.  Adakah anda fikir dengan melepaskan penjenayah, rakyat akan menghormati undang-undang?

Perkembangan ini amat merisaukan!  Pertama, semakin bermaharajalelalah penyokong pakatan melakukan jenayah dan bertindak sesuka hati mereka, kerana mereka tahu mereka mempunyai imuniti.  Kedua, apakah yang mungkin akan dilakukan oleh mereka yang menentang Pakatan Harapan apabila mereka berhadapan dengan penjenayah dimasa hadapan tatkala kepercayaan mereka terhadap penguatkuasa undang-undang semakin terhakis.  Lihat sahaja apa yang berlaku di negara jiran, apabila pencuri ditangkap dan sering dilepaskan oleh sang penguasa.  Rakyat akhirnya meletakkan kuasa menghukum ditangan sendiri. Pencuri dibunuh beramai-ramai oleh orang kampung yang menangkapnya.  Mereka tidak lagi menyerahkan penjenayah kepada pihak berkuasa apabila sipencuri kerap terlepas dari hukuman.

Perkara ini tidak boleh dibenarkan berlaku dalam negara ini, namun sekiranya Pakatan Harapan yang hidup dengan menyemai kebencian dan menekan kaum majoriti terus dibiarkan berkuasa, nescaya apa yang berlaku dinegara jiran tidak mustahil akan berlaku didalam negara ini.  Kerosakan ini tidak boleh dibiarkan, pastikan anda lakukan apa sahaja dibawah kemampuan anda untuk meningkatkan kesedaran rakyat bagi menolak Pakatan HaraPorn ini.

Mereka boleh sekat kita dari menyuarakan kebenaran di stesen TV dan Radio yang mereka kuasai, mereka boleh tutup Facebook, Instagram dan Youtube saya.  Namun mereka tidak boleh menutup semua akaun media sosial anda jika anda semua bersatu dan mendedahkan kebobrokan mereka.

No comments:

Post a Comment