Wednesday, 7 August 2019

SEKIRANYA LIM KIT SIANG KECUT HADIR BERDEBAT DALAM PROGRAM PIDATO DR ZAKIR NAIK BELIAU DISARANKAN TUTUP MULUT SAHAJA


Dewan Pemuda PDewan Pemuda Pas negeri memberi kata dua kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sama ada hadir serta berdebat ke program pidato Dr Zakir Naik atau menutup mulut sahaja jika kecut berhadapan atau gagal berhujah dengan pendakwah antarabangsa tersebut.
Ketuanya, Mohd Ariff Abdullah berkata, peluang untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan Zakir seharusnya digunakan oleh pemimpin DAP sesuai dengan amalan parti itu sendiri yang dikatakan terbuka dan bersifat demokratik.
Beliau berkata, pihaknya juga menyeru DAP membawa seramai mungkin penyokong ke program itu yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada Jumaat ini kerana Zakir adalah seorang pendakwah yang meraikan semua orang tanpa mengira anutan agama.
"Pihak kami memohon pimpinan DAP terutama sekali Kit Siang hadir ke pidato itu kerana sering membuat tohmahan dan persepsi negatif terhadap Zakir sehingga menuntut beliau keluar dari Malaysia.
"Kami mahu mereka hadir dan berhujah dengan Zakir dan kalau Zakir berjaya membuktikan beliau bukan seorang ekstremis sebagaimana dituduh maka DAP tidak boleh lagi bersuara sumbang atau mengeluarkan kenyataan terpesong terhadap beliau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninggalkan salinan surat jemputan ke program itu di sebuah bangunan yang mempunyai papan tanda DAP negeri di Kampung Bunut Payong di sini hari ini.
Bagaimanapun, pejabat di tingkat satu tersebut bukanlah pejabat rasmi DAP negeri dan dipercayai sudah lama tidak beroperasi selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14).
Sementara itu, Mohd Arif berkata, tujuan pihaknya menghantar salinan surat jemputan tersebut adalah sebagai susulan kepada surat rasmi yang telah dihantar oleh sekretariat program pidato kepada Kit Siang di Kuala Lumpur.
"Ini bermakna surat sudah diserah dengan kedua-dua cara iaitu melalui pos dan secara serahan tangan, jadi tiada alasan lagi untuk mereka mengatakan tiada jemputan.
"Saya sudah hubungi Pengerusi DAP negeri, Chua Chin Hui dan dia memberitahu supaya tingggalkan di sini sahaja," katanya.
Pada 3 Ogos lalu, Utusan Online melaporkan Kerajaan Pas Kelantan telah menjemput Kit Siang datang berbahas sendiri dengan Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV pada 9 Ogos ini.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Pengarah Program Jelajah Zakir Naik 2019 dilaporkan berkata, semua kos pengangkutan termasuk penginapan serta makan dan minum Kit Siang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri ini.as negeri memberi kata dua kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sama ada hadir serta berdebat ke program pidato Dr Zakir Naik atau menutup mulut sahaja jika kecut berhadapan atau gagal berhujah dengan pendakwah antarabangsa tersebut.
Ketuanya, Mohd Ariff Abdullah berkata, peluang untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan Zakir seharusnya digunakan oleh pemimpin DAP sesuai dengan amalan parti itu sendiri yang dikatakan terbuka dan bersifat demokratik.
Beliau berkata, pihaknya juga menyeru DAP membawa seramai mungkin penyokong ke program itu yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada Jumaat ini kerana Zakir adalah seorang pendakwah yang meraikan semua orang tanpa mengira anutan agama.
"Pihak kami memohon pimpinan DAP terutama sekali Kit Siang hadir ke pidato itu kerana sering membuat tohmahan dan persepsi negatif terhadap Zakir sehingga menuntut beliau keluar dari Malaysia.
"Kami mahu mereka hadir dan berhujah dengan Zakir dan kalau Zakir berjaya membuktikan beliau bukan seorang ekstremis sebagaimana dituduh maka DAP tidak boleh lagi bersuara sumbang atau mengeluarkan kenyataan terpesong terhadap beliau," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninggalkan salinan surat jemputan ke program itu di sebuah bangunan yang mempunyai papan tanda DAP negeri di Kampung Bunut Payong di sini hari ini.
Bagaimanapun, pejabat di tingkat satu tersebut bukanlah pejabat rasmi DAP negeri dan dipercayai sudah lama tidak beroperasi selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14).
Sementara itu, Mohd Arif berkata, tujuan pihaknya menghantar salinan surat jemputan tersebut adalah sebagai susulan kepada surat rasmi yang telah dihantar oleh sekretariat program pidato kepada Kit Siang di Kuala Lumpur.
"Ini bermakna surat sudah diserah dengan kedua-dua cara iaitu melalui pos dan secara serahan tangan, jadi tiada alasan lagi untuk mereka mengatakan tiada jemputan.
"Saya sudah hubungi Pengerusi DAP negeri, Chua Chin Hui dan dia memberitahu supaya tingggalkan di sini sahaja," katanya.
Pada 3 Ogos lalu, Utusan Online melaporkan Kerajaan Pas Kelantan telah menjemput Kit Siang datang berbahas sendiri dengan Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV pada 9 Ogos ini.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang juga Pengarah Program Jelajah Zakir Naik 2019 dilaporkan berkata, semua kos pengangkutan termasuk penginapan serta makan dan minum Kit Siang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri ini.
 

No comments:

Post a Comment