Tuesday, 13 August 2019

ISU TULISAN KHAT : MELAYU JANGAN TERPERANGKAP, TUN M BUKAN PEJUANGNYA, TETAPI HANYA INGIN MEMECAH BELAH GABUNGAN UMMAH YANG BAKAL DIREALISASI TAK LAMA LAGI

Orang Melayu tidak harus terperangkap dengan isu pelaksanaan tulisan khat jawi yang sedang dimainkan oleh PPBM yang dipimpin oleh Tun Mahathir PM Pakatan Harapan (PH).
Kita majoriti orang Melayu penyokong bakal Gabungan Ummah (PAS dan UMNO) perlu sedar isu ini mempunyai udang sebalik batu dan ia bermotifkan politik untuk memecah belahkan gabungan ini yang bakal dirasmikan dalam tempoh terdekat. 
Isu ini tidak lain tidak bukan adalah satu sandiwara Tun Mahathir kononnya ingin menunjukkan bahawa PPBM mampu untuk mempertahankan apa yang dilakukan oleh UMNO iaitu mempertahankan agama Islam, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan juga kedudukan Raja-raja.
Namun hakikat dan realitinya jauh panggang dari api daripada apa yang berlaku sekarang di bawah kerajaan PH yang dikuasai DAP dan dahulu ketika memerintah selama 22 tahun. Tulisan khat jawi ini lenyap ketika zaman Tun menjadi Perdana Menteri, tetapi kini Tun ingin menunjukkan kononnya PPBM memperjuangkan tulisan khat jawi. Dulu, kenapa Tun tidak membantah tulisan jawi lenyap ditelan masa?
Sekarang apakah rasionalnya kali ini tulisan jawi hendak dilaksanakan di sekolah Cina dan Tamil? Bukankah ini sebenarnya hanyalah satu sandiwara semata-mata selain untuk membakar api perkauman antara orang Melayu dengan bukan Melayu malah ia dilihat sebagai satu usaha untuk menarik sokongan orang Melayu dari Gabungan Ummah kerana terdesak dalam rebutan kuasa antara beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PH.
Ini merupakan sebagai strategi serampang dua mata Tun Mahathir. Pertama mempertahankan kuasa dari ancaman Datuk Seri Anwar. Kedua memecah belahkan Gabungan Ummah yang beliau lihat sebagai satu ancaman kepada PH.
Kami tidak menafikan bahawa tulisan jawi ini sememangnya harus dipertahankan tetapi jangan sesekali rakyat terpedaya dengan apa yang dilaungkan oleh PPBM dan Tun Mahathir kerana niat mereka bukan untuk mempertahankan tetapi adalah lebih kepada bermain politik ‘devide and rule’ atau pecah dan perintah. Itu memang sinonim dengan strategi Tun Mahathir dari dahulu lagi.
Baru-baru ini tindakan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menunjukkan tulisan jawi digunakan dalam bahan bacaan lucah, disifatkan sebagai menghina tulisan berkenaan.
Satu rakaman video pendek tular menunjukkan Shu Qi mengaitkan tulisan jawi yang pernah digunakan bagi menulis buku pornografi suatu ketika dahulu, bagi menjelaskan bahawa tulisan itu tidak terhad kepada agama Islam semata-mata.
Video itu menimbulkan polemik dalam kalangan netizen, khususnya orang Melayu yang rata-ratanya tidak bersetuju dan tersinggung dengan contoh yang digunakan.
Shu Qi dalam satu kenyataan baru-baru ini mengakui menggunakan contoh berkenaan dalam satu sesi dialog tertutup bersama 28 persatuan mewakili penduduk Cina di Kluang, Johor. 

No comments:

Post a Comment