Thursday 15 August 2019

JANGAN TERMASUK PERANGKAP MAHATHIR-DAP YANG HIDUP DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN


Sahabat-sahabat seperjuangan.... sejak akhir-akhir ini saya melihat makin ramai mula termakan umpan sandiwara Mahathir dan DAP.  Masih ada yang tidak sedar Mahathir dan DAP kini sedang menyemarakkan api kebencian orang Melayu terhadap bukan Melayu bagi keuntungan Pakatan Harapan.  Misi utama Mahathir sekarang, melalui cara apapun, yang penting, kerusi Perdana Menteri terus kekal ditangan PPBM dan tidak jatuh ketangan Anwar Ibrahim.  Namun, pelbagai helah dan sogokan yang beliau berikan masih belum mampu mengoyahkan gawang UMNO sepenuhnya.  Mahathir belum berjaya mendapat lebih 112 kerusi walaupun pelbagai cara telah beliau cuba lakukan untuk memperdaya Ahli-ahli Parlimen kita dengan angan-angan untuk membentuk KERAJAAN MELAYU PERTAMA.

Itu sebab Mahathir melontarkan idea mahu mewajibkan tulisan jawi termasuk di sekolah Cina dan Tamil.  Saya yakin ramai cerdik pandai Melayu boleh membaca agenda tersirat Mahathir-DAP ini.  Zaman dia PM ke 4 dulupun tulisan jawi lenyap di sekolah kebangsaan, tidak pernah sekalipun dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, beliau pernah serius ingin mewajibkan tulisan jawi semula.  Kenapa kini tiba-tiba beliau mahu mewajibkannya hingga kesekolah Cina dan Tamil? Takkan kita tak boleh baca kenapa tiba-tiba Mahathir yang terkenal dengan penghinaan beliau terhadap Hudud dan Islam, berubah wajah menjadi pembela Dr Zakir Naik dan tulisan Jawi?  Adakah anda masih tidak lagi boleh nampak sandiwara Mahathir-DAP ini?

Maka, sewajarnya semua rakyat Malaysia wajib TANAM DALAM KEPALA KALIAN, INI SEMUA SANDIWARA MAHATHIR UNTUK KEKAL BERKUASA!! Kita boleh teruskan mengecam dan marah kepada DAP atas kebiadapan mereka.  Namun, jangan sesekali terpedaya atau terpengaruh dengan lakonan kononnya ketegasan Mahathir terhadap DAP dan Dong Zhong serta kononnya ketegasan beliau mempertahan Dr Zakir Naik.  Kalau kita masuk perangkap Mahathir, terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Melayu kita, maka bersedialah untuk tanggung derita melihat tekanan terhadap Islam, kedudukan Istimewa bumiputra, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Raja-Raja Melayu terus dilakukan oleh DAP dan kuncu-kuncunya.  Lim Kit Siang tahu makin kurang ajar DAP terhadap orang Melayu, makin kukuh sokongan mereka dari bangsa Cina dan India yang menolak tulisan Khat yang mahu diwajibkan keatas sekolah Cina dan Tamil serta masyarakat India yang menuntut Dr Zakir Naik diekstradisi.

Ingat! Isu Khat dan Isu Dr Zakir Naik dicetus oleh MAHATHIR untuk tarik sokongan Melayu dan supaya DAP berjaya memperkukuh sokongan bukan Melayu yang mula menolak DAP terutamanya atas kegagalan mereka mentadbir ekonomi negara dan menunaikan janji sebelum pilihanraya. Yang sambut beria-ia isu ini ialah Bangsa DAP, kerana mereka tahu jika Mahathir berjaya tarik seramai mungkin Ahli-ahli Parlimen Melayu, Pakatan Harapan akan peroleh majority 2/3.  Yang akan untung tetap DAP kerana mereka boleh menambah kerusi parlimen dikawasan-kawasan Bangsa DAP.  Alangkan Ahli Parlimen DAP seramai 42 orang hak kita musnah, dan kita boleh lihat betapa besar kepala mereka, ini pula jika mereka punyai lagi 30-50 kerusi tambahan, cuba bayangkan?

Ya, memang DAP menyokong Anwar sekarang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sedarlah.... Bangsa DAP ini hanya memikirkan akan kepentingan mereka.  Sebaik sahaja ada Ahli Parlimen kita dan Ahli Parlimen PKR Pro Azmin menyertai PPBM dan PPBM menjadi pemegang kerusi terbesar didalam Pakatan Harapan, DAP dan PKR akan akur Kerusi PM perlu terus kekal ditangan PPBM walaupun setelah Mahathir mati.  Adakah anda fikir DAP sanggup kehilangan Kerusi Menteri Kewangan dan Kementerian strategik lain?  Dan adakah anda fikir DAP bodoh untuk melepaskan peluang memperolehi 30-50 kerusi tambahan yang terpaksa Mahathir berikan demi memastikan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU15? DAP tidak akan terus mempertahankam Anwar sekiranya apa yang mereka sudah perolehi bakal hilang atau mereka mempunyai peluang meragut lebih banyak keuntungan bila beralih arah menyokong Mahathir.

Orang Melayu dan Bumiputra perlu ingat dan tanam dalam fikiran anak dan cucu cicit mereka dari sekarang, PUNCA MELAYU DAN PRIBUMI JADI BANGSAT HARI INI IALAH KERANA PENGKHIANATAN ORANG MELAYU YANG MENYOKONG KERJASAMA MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG!!! Tanpa Mahathir, 20 tahun DAP dan PKR gagal mendapat kuasa. APA PERLU KITA BERI OKSIGEN KEPADA HAYAT POLITIK DIKTATOR YANG SUDAH HAMPIR LUPUS INI?  Teruskan memberi tekanan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan, biar mereka berperang sesama mereka sehingga PKR dan DAP berhenti berkerjasama dengan PPBM. Beri tekanan sehingga Mahathir terpaksa membubarkan parlimen, jangan pula sehingga kita terberi talian hayat kepada saka yang menunggu sakaratul maut ini.

INGATLAH !!! MELAYU DAN BUMIPUTRA AKAN MENERIMA BENCANA YANG LEBIH HEBAT LAGI DARIPADA SEKARANG SEKIRANYA TERPENGARUH DENGAN SANDIWARA YANG SEDANG DIMAINKAN OLEH MAHATHIR SEKARANG. MELAYU DAN BUMIPUTRA AKAN TERUS MENJADI BANGSAT DI TANAH AIR SENDIRI HINGGA KE ANAK CUCU.





No comments:

Post a Comment