Monday 5 August 2019

PH BERHENTI TUDING JARI KEPADA PIHAK LAIN JIKA TIDAK MAMPU MENGURUS NEGARA - SERAH BALIK KERAJAAN KEPADA RAKYAT UNTUK PENILAIAN SEMULA


Setelah setahun lebih memerintah negara, kerajaan PH masih lagi gagal mentadbir negara dengan lebih berkesan, malah terus menuding jari terhadap kerajaan terdahulu untuk menutup kelemahan sendiri. Kerajaan PH boleh diibaratkan sebagai, ‘Tidak pandai menari tetapi mengatakan bahawa pentas tarian tidak rata’.

Segala perkara yang baik yang sepatutnya diwarisi daripada kerajaan terdahulu telah dimansuhkan oleh kerana sikap ego serta ingin menunjuk pandai. Tetapi akhirnya memakan diri dan merupakan satu bencana kepada negara setelah setahun mentabir negara. Oleh itu kerajaan PH ini bolehlah juga diibaratkan sebagai ‘seekor berok atau monyet yang mendapat bunga’ iaitu berok atau monyet yang tidak pandai menilai kecantikan bunga akan dimusnahkannya. Atau juga boleh diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’ iaitu bermakna cubaan untuk memperbaiki sesuatu tanpa sebarang pengetahuan akan terus merosakkan atau memusnahkan lagi perkara yang ingin diperbaiki atau diperbetulkan.

Sebagai contoh pemansuhan sistem percukaian GST. Pemansuhan GST telah tidak menurunkan kos sara hidup rakyat, malah sistem percukaian SST yang diperkenalkan pula yang telah banyak menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat yang amat membebankan.

Pemansuhan GST adalah punca utama yang menyumbang kepada masalah defisit aliran tunai kerajaan sekarang. Ia berlaku dalam dua peringkat : Peringkat pertama ialah ‘Tax Holiday’ iaitu tempoh peralihan tiga bulan antara GST di mansuhkan dan SST diperkenalkan semula. Dalam tempoh ini tiada sebarang cukai dikutip. Peringkat kedua ialah ketika pemansuhan cukai GST itu sendiri.

Peringkat pertama: Tempoh peralihan dari pemansuhan GST ke pengenalan SST yang dikenali sebagai ‘Tax Holiday’ selama tiga bulan, merupakan tempoh kelompongan aliran tunai kerana tiada sebarang cukai dikutip oleh kerajaan. Tempoh inilah yang banyak menjejaskan aliran tunai kerajaan untuk mentadbir negara dan terpaksa meminjam.

Peringkat kedua: Peringkat inilah yang telah banyak menyumbang ke arah permasalahan  ekonomi kerajaan yang ada sekarang. Dalam sistem percukaian GST terdahulu yang lebih telus serta cekap, negara telah memperolehi pendapatan RM 43.8 bilion. Tetapi di bawah kerajaan sekarang yang menggunakan sistem percukaian SST yang tidak cekap serta tidak telus, hanya memperolehi pendapatan RM 21 bilion sahaja. Bermakna berlaku defisit aliran tunai kerajaan sebanyak RM 22.8 atau 52.06 peratus.

Kesan daripada kedua-dua peringkat pemansuhan GST ini telah mewujudkan defisit aliran tunai melebihi daripada RM 22.8 bilion. Kerajaan terpaksa meminjam untuk menampung kos defisit ini. Bukan sahaja kerajaan terpaksa meminjam sehingga mencecah RM806.8 bilion. Ini termasuk pinjaman tambahan kerajaan berjumlah RM 120 bilion setelah setahun memerintah. Bukan itu sahaja, malah kerajaan telah menjarah wang PETRONAS berjumlah RM 80 bilion iaitu jumlah yang tidak pernah diambil oleh kerajaan sebelum ini. Dan difahamkan jumlah penjarahan yang tinggi ini telah menjejaskan modal pusingan pembangunan PETRONAS dalam usaha  penerokaan masa hadapan bagi cari gali gas di peringkat antarabangsa untuk menjana peluang baru..

Selain menjarah wang PETRONAS, banyak aset negara yang sudah dijual ke pihak lain untuk membayar hutang kononnya diwarisi daripada kerajaan terdahulu. Di antaranya ialah IHH Berhad, BDO Unibank, dan banyak lagi kepentingan dalam Khazanah Nasional dijual. Negara lain menambah aset serta kewangan untuk survival pada jangka panjang. Tetapi negara ini menjual aset serta menambah hutang demi survuval jangka pendek yang tidak masuk akal. Semua ini gambaran yang jelas kelemahan kerajaan sekarang mengendalikan ekonomi serta kewangan negara selain daripada menuding jari terhadap orang lain.

Terus terang dinyatakan di sini, kami rakyat yang bermaruah, merasa bosan serta jijik dengan dakyah serta propaganda kerajaan yang ada sekarang untuk menutup kelemahan diri sendiri dengan menuding jari terhadap pihak lain. Ini membuktikan kerajaan yang ada sekarang merupakan sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, tidak telus serta tidak berintegriti.

Tentang hutang negara berjumlah RM 1 trilion kononnya diwarisi daripada kerajaan terdahulu. Hakikatnya hutang negara setelah BN tumbang pada 9 Mei 2018 ialah hanya RM686.8 bilion dan hutang terkini di bawah kerajaan sekarang ialah RM806.8 bilion iaitu peningkata RM 120 bilion di bawah sekarang. Menurut pakar ekonomi meramalkan bahawa pencapaian ke paras RM 1 trilion hutang negara akan tercapai pada tahun hadapan (tahun 2020). Ini dijangka akan menepati apa yang telah ditomahkan hutang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng tentang hutang negara kerajaan terdahulu.

Hakikatnya kedangkalan Menteri Kewangan menyatakan hutang negara kononya RM 1 trilion merupakan salah satu punca penyebab kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia telah menwujud sentimen negatif kepada pasaran Bursa Saham negara ini yang menyebabkan pelabur-pelabur asing keluar meninggalkan pasaran Malaysia.

Keluarnya pelabur-pelabur asing dari pasaran Bursa Saham Malaysia tidak tamat di situ sahaja. Malah ia telah menjadi satu rantaian permasalahan ekonomi yang telah menjejaskan keseluruhan ekonomi negara seperti ‘teori domino’ iaitu satu bermasalah yang lain ikut bermasalah.

Hakikatnya, sebelum 9 Mei 2018, Indeks di Bursa Malaysia ketika kerajaan BN memerintah ialah 1,896 mata. Ia telah merosot ke lebih kurang 1,647.96 mata setelah pengumuman yang dangkal serta tidak bertanggungjawab di buat oleh Menteri Kewangan. Ini telah menyebabkan banyak pelabur -pelabur asing telah meninggalkan pasaran Bursa Malaysia. Ini telah menyebabkan Indeks di Bursa Malaysia telah merosot ke paras 248.04 mata yang bermakna pelabur-pelabur tempatan telah kerugian berbilion ringgit kesan daripada sentimen negatif ini.

Dengan kenyataan Menteri Kewangan ini juga, bukan sahaja pelabur-pelabur tempatan telah kerugian berbilion ringgit, malah ia turut menjejaskan nilai mata wang ringgit. Macam mana ia boleh berlaku?

Apabila pelabur-pelabur asing meninggalkan pasaran Malaysia, sudah tentu mereka jual saham mereka. Apabila saham sudah dijual dalam ringgit, sudah tentu mereka memerlukan balik mata wang negara asal dengan menjual ringgit. Oleh itu dalam konsep ‘tawaran dan permintaan’ (supply and demand) sudah tentu penjualan ringgit yang begitu banyak telah menurunkan nilai ringgit kerana tawaran mengatasi permintaan.

Hakikatnya, sebelum 9 Mei 2018 di bawah kerajaan BN, nilai ringgit ialah RM 3.84 berbanding AS$ 1.00. Tetapi di bawah kerajaan sekarang ia telah menurun serta berlegar di sekitar RM 4.00 ke RM 4.11berbanding AS$1.00, malah ia tidak pernah mencecah RM 3.90 sekali pun setelah satu tahun lebih kerajaan sekarang memerintah.

Selain daripada menjejaskan nilai mata wang negara, kenyataan Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawa serta tidak beretika itu turut juga menjejaskan institusi-institusi kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, KWSP, Tabung Haji, FELDA dan banyak lagi, yang mengalami kergugian berbilion ringgit.

Yang menyedihkan di sini, semua institusi-institusi tersebut tidak pernah mengalami sebarang kerugian sejak enam tahun sebelum ini. Yang lebih menyedikan lagi ialah kerugian yang dialami oeh dua institusi pelaburan kaum Bumiputra dan Islam seperti Tabung Haji dan FELDA. Di atas kerugian yang dialami oleh kedua-dua institusi tersebut ia telah diletakkan di bawah satu badani pengurusan khas (SPV) yang diuruskan oleh bukan kaum Bumiputra dan Islam. Ini dilihat sebagai satu agenda yang tersirat untuk mengkhianati ekonomi kaum Bumiputra dan Islam

Faktanya, semua institusi-institusi kerajaan tersebut di atas mempunyai pelaburan di Bursa Saham Malaysia. Dengan pelabur-pelabur asing meninggalkan pasaran akibat sentimen hutang negara RM 1 trilion yang dicetuskan oleh Menteri Kewangan, maka index pasaran telah turun dengan mendadak sebanyak 248.04 mata menjadi 1,647.96 mata dari 1,896 mata semasa pemerintahan BN. Kemerosotan index Bursa Saham Malaysia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada pelabur-pelabur tempatan termasuk institusi-institusi tersebut di atas..

Oleh itu kenyataan Menteri Kewangan bahawa kerugian institusi-institusi tersebut disebabkan oleh penyelewengan pengurusan terdahulu merupakan satu pembohongan besar. Ini adalah untuk menutup kelemahan diri beliau dalam kemelut hutang negara yang kononnya RM 1 trilion. Walau apa pun, hanya satu siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan mampu untuk merungkai sama ada kerugian kedua-dua Tabung Haji dan FELDA disebabkan penyelewengan pengurusan terdahulu atau pun merupakan satu agenda rancangan jahat pihak tertentu untuk mengkhianat ekonomi kaum Bumiputra dan Islam.

Tentang komitmen kerajaan membayar hutang yang kononnya diwarisi daripada kerajaan terdahulu dan juga kononnya untuk membayar hutang 1MDB menjadi satu persoalan..

Hakikatnya, 1 MDB memang mempunyai aset bernilai RM 43 bilion dan libiliti yang merupakan tanggungan hutang jangka panjang berjumlah RM 31 bilion, iaitu hutang untuk pelaburan yang menguntungkan. Persoalannya adakah benar hutang itu benar-benar sudah atau sedang dibayar oleh kerajaan yang ada sekarang? Sekiranya benar, apakah rasional kerajaan membayar hutang tesebut memandangkan ia merupakan hutang jangka panjang yang mempnyai tempoh pembayaran yang tertentu? Tambahan pula hutang RM 31 bilion itu merupakan hutang untuk dilabur bukan hutang hangus. Adakah keuntungan daripada pelaburan yang dibuat tidak boleh membayar hutang itu sehingga kerajaan sanggup kononnya memberi komitmen untuk membayar hutang tersebut menggunakan wang rakyat? Begitu juga, jika dalam keadaan situasi yang mendesak, apakah aset bernilai RM 43 bilion itu tidak mampu membayar hutang berjumlah RM 31 bilion itu?

Permasaalahan defisit aliran tunai kerajaan sekarang bukanlah hanya berpunca daripada hutang yang di warisi daripada kerajaan terdahulu yang berjumlah RM686.8 bilion. Persoalan sekarang, siapakah pihak yang menambah hutang negara berjumlah RM 120 bilion yang menjadikan keseluruhan jumlah hutang negara sekarang menjadi RM806.8 bilion setelah kerajaan BN tumbang pada 09 Mei 2018. Hutang ini

Kesimpulannya, berdasarkan fakta-fakta yang diperjelaskan di atas, kemelut ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan Pakatan Harapan sekarang bukanlah diwarisi daripada kerajaan terdahulu. Malah terdapat dua punca utama dikenal pasti yang menyebabkan kelemahan mereka menguruskan ekonomi mereka dengan baik, iaitu pemansuhan sistem percukaian GST dan pengumuman Menteri Kewangan yang tidak bertanggungjawab kononnya hutang negara RM 1 trilion.

Pemansuhan GST telah mewujudkan defisit aliran tunai kerajaan sebanyak RM 22.8 bilion setahun untuk menguruskan negara. Untuk menampung defisit ini kerajaan terpaksa meminjam, sehingga kini, setelah setahun memerintah sudah berhutang berjumlah RM806.8 bilion untuk menampung defisit aliran tunai setelah GST dimansuhkan. Bukan hanya setakat meminjam, malah telah menjarah wang tunai dari PETRONAS berjumlah RM 80 bilion dan penjualan aset-aset kerajaan di bawah kepentingan Khazanah Nasiona bernilai RM 21 bilion untuk tujuan yang sama ia itu  menampung defisit aliran tunai kerajaan.

Dengan pengumuman Menteri Kewangan bahawa hutang negara RM 1 trilion telah menjejaskan pasaran Bursa Saham Malaysia. Indek Bursa Saham Malaysia telah merosot sebanyak 248.04 mata kepada 1,647.96 mata dari 1,896 mata semasa pentadbiran kerajaan BN. Kemerosotan ini telah menjejaskan pelabur-pelabur tempatan termasuk institusi-institusi kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, KWSP, Tabung Haji, FELDA dan banyak lagi, yang mengalami kerugian berbilion ringgit.

Dengan kenyataan Menteri Kewangan ini juga, bukan sahaja pelabur-pelabur tempatan telah kerugian berbilion ringgit, malah ia turut menjejaskan nilai mata wang ringgit.

Hakikatnya, sebelum 9 Mei 2018 di bawah kerajaan BN, nilai ringgit ialah RM 3.84 berbanding AS$ 1.00. Tetapi di bawah kerajaan sekarang ia telah menurun serta berlegar di sekitar RM 4.00 ke RM 4.11berbanding AS$1.00, malah ia tidak pernah mencecah RM 3.90 sekali pun setelah satu tahun lebih kerajaan sekarang memerintah.

Untuk menutup kelemahan sendiri, sekali lagi Menteri Kewangan terus menipu rakyat dengan kononnya pelabur-pelabur asing sudah kembali semula ke Bursa Saham Malaysia bernilai RM 21 bilion. Hakikatnya jumlah RM 21 bilion itu merupakan nilai aset-aset Khazanah Nasional yang telah jual kepada institusi-institusi asing dan bukannya pelaburan asing baharu seperti mana yang telah diumumkan.

Setakat ini indek Bursa Saham negara ini masih lagi kekal belegar di bawah paras sekitar 1,647.96 mata dan belum lagi mencapai ke tahap terdahulu iaitu 1,896 mata.

Pelabur-pelabur asing diramalkan akan terus menjauhi negara ini seandainya sentimen ekonomi ( masalah kewangan dan hutang negara ), sentimen kestabilan politik (masalah penetapan tempoh peralihan PM) dan sentimen integriti kerajaan (berdolak dalik dalam menunai janji projek mega, contoh: projek HSR) tidak dapat diselesaikan dengan seggera

Seandainya kerajaan PH yang ada sekarang masih lagi gagal untuk menyelesaikan segala kelemahan yang dinyatakan di atas, mereka hendaklah menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk dinilaikan semula sama ada mereka layak atau tidak untuk terus berkuasa.



No comments:

Post a Comment