Dalam rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan (PH) terus dengan berbelanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka, bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap persoalan yang dikemukakan oleh Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu, A. Kadir Jasin.
Menerusi facebooknya, Kadir mempersoalkan, adakah benar gaji Pemangku CEO sekarang (Bumiputera) dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk CEO baru (bukan Bumiputera) RM260,000 lebih dan adakah benar hanya 40 peratus pengurusan kanan Sime Darby Plantation terdiri daripada Bumiputera?
“Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook,” bidas Mohd Razlan
Bukan itu sahaja, katanya, Rais Yatim juga kecewa dengan gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan didalam Twitter!
“Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan di dalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.
“Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesengsaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.
“Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah didalam perlantikan CEO Sime Darby,” katanya lag
No comments:
Post a Comment