Thursday 15 August 2019

BUKIT AMAN BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP DONG ZONG MEWUJUDKAN SATU PERSOALAN?


Bukit Aman telah membuka satu kertas siasatan setelah menerima enam laporan polis terhadap Persatuan Jawatan Kuasa Bersatu Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed hari ini.
Kami telah buka satu kertas siasatan dan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman (D5),” kata beliau setelah ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontigen Selangor.
Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim (digambar) telah melaporkan bahawa organisasi pendidikan Cina akan melancarkan kempen mengutip tandatangan dalam bantahan terhadap pengenalan tulisan khat di sekolah vernakular dan ini dilihat ke arah Islamisasi.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi respon pada hari Selasa dengan melabel organisasi tersebut sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan sebarang keputusan kerajaan termasuk mewujudkan sekolah wawasan yang kumpulan Cina, Tamil dan sekolah kebangsaan dalam satu komplek.
Persoalannya di sini, adakah ini merupakan satu sandiwara Tun Mahathir sebagai damage kontrol untuk mengembalikan sokongan orang Melayu yang kian merosot akibat bersengkongkol beliau dengan Lim Kit Siang DAP.
Kami yakin ramai cerdik pandai Melayu boleh membaca agenda tersirat Mahathir-DAP ini.  Zaman dia PM ke 4 dulupun tulisan jawi lenyap di sekolah kebangsaan, tidak pernah sekalipun dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, beliau pernah serius ingin mewajibkan tulisan jawi semula.  Kenapa kini tiba-tiba beliau mahu mewajibkannya hingga kesekolah Cina dan Tamil? Takkan kita tak boleh baca kenapa tiba-tiba Mahathir yang terkenal dengan penghinaan beliau terhadap Hudud dan Islam, berubah wajah menjadi pembela Dr Zakir Naik dan tulisan Jawi?  Adakah anda masih tidak lagi boleh nampak sandiwara Mahathir-DAP ini?

Lihat artikel di bawah untuk memahami sandiwara Tun Mahathir:

JANGAN TERMASUK PERANGKAP MAHATHIR-DAP YANG HIDUP DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN


Kesimpulannya, masakan Tun Mahathir Perdana Menteri yang mempunyai kuasa yang terhad (PPBM 13 kerusi) dan hanya bergantung kepada talian hayat yang diberi DAP mampu mengarahkan Bukit Aman untuk menyiasat Dong Zong yang lebih berkuasa. Dilhat secara tersirat Dong Zong merupakan sayap kepada parti DAP.

No comments:

Post a Comment