Sunday 18 August 2019

MOHON MAAF TIDAK MENCUKUPI UNTUK PENGASAS IJM CORPORATION DAN GAMUDA BHD TAN SRI KOON YEW YIN KERANA MENGHINA ATM

Sekumpulan 15 orang pesara tentera dari Selangor telah menyemarakkan bantahan terhadap hartawan terkenal Tan Sri Koon Yew Yin yang telah menghina ATM kononnya tidak buat apa melainkan makan dan tidor”.
Di ketuai oleh presiden mereka Mohd Din Husni, kumpulan itu yang pernah berkhidmat dalam tentera menuntut agar tindakan yang lebih drastik diambil terhadap pengasas IJM Corporation dan Gamuda Berhad itu.
Beliau sudah memohon maaf, namun demikian ini tidak semestinya beliau boleh terlepas begitu sahaja, sekurang-kurang sesaorang yang menghina ATM fikir mereka boleh terlepas dengan hanya secara kalut memohon maaf,” Mohd Din memberitahu  Malay Mail di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
Seramai 15 orang bekas tentera yang mewakili Persatuan Veteran ATM Selangor memfailkan aduan polis terhadap Koon.
Rakan seperjuangan kita telah melalaui Perang Dunia ke 2, Darurat, Konfrontasi terhadap Indonesia, telah berkhidmat sebagai Pasukan Pengaman PBB diCongo, Bosnia Herzegovina, Sierra Leone, Lebanon, dan mempertahankan negara di Lahad Datu pada 1985 dan 2013 semasa pencerobohan militan Islam Abu Sayaf.
“Koon harus tahu satu penghinaan terhadap ATM merupakan satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa kita lihat amat penting bagi kita ketika kita memerlukan mereka,”kata Mohd Din.

Koon Yew Yin dan Chin Peng di Bangkok

Beliau menambah bahawa kenyataan Koon juga secara tak langsung menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua tertinggi ATM.
Kita adalah benteng pertahanan terakhir terhadap ancaman kepada negara, apabila semua gagal atau apabila polis dan lain-lain bantuan perkhidmatan tidak lagi mampu melakukannya.
Sebab itulah, kita sentiasa bersedia, sentiasa berterusan siapsiaga dan melibatkan latihan supaya kita tidak kehilangan profesionalisme kita apabila menghadapi musuh Malaysia,” kata Mohd Din.
Veteran itu berkata kekayaan Koon adalah hasil daripada keringat, darah dan air mata pengorbanan ATM yang membuat Malaysia selamat daripada ancaman musuh.
Apakah yang beliau tahu tentang apa yang kita hadapi ketika berbulan di dalam hutan, ketika menentang pengganas PKM yang kejam?
Dia fikir kita tidak berbuat apa-apa untuk negara. Tahu tak dia bahawa kebanyakkan usaha kita tidak boleh diumumkan merata-rata, memandangkan ia merupakan rahsia negara?
Sementara balu mereka yang terkorban dalam menjalankan tugas meratapi orang yang disayangi, anak mereka menjadi yatim, namun Koon menikmati buah kekayaan tanpa memikirkan mereka-mereka yang telah membolehkan dia menjadi kaya,” beliau berkata.

Koon Yew Yin beri parti Menteri Pertahanan Mat Sabu RM100 juta.

Persatuan ini merupakan satu daripada beberapa organisasi yang telah membuat laporan polis terhadap Koon, diikuti oleh posting yang dia telah buat pada blognya dan media sosial pada hari Ithnin di mana antaranya dia menyatakan kononnya mereka yang sedang berkhidmat dalam ATM membazir wang pembayar cukai dan lebih baik bekerja di ladang FELDA ketika masa aman.

Koon sejak itu telah memohon maaf dan memadamkan posting dalam blognya dan media sosial. Bagaimanapun, terdapat beberapa panggilan untuk melucutkan darjah kebesaran “Tan Sri” yang beliau terima daripada DYMM Yang Dipertuan Agong.
Malah ada beberapa persatuan veteran telah mendesak agar pihak kerajaan melucutkan taraf warga negara Malaysia beliau.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Kommissioner Datuk Huzir Mohamed berkta bahawa pihak polis akan memanggil  Koon untuk membantu siasatan pada hari Ithnini.
Hartawan itu akan disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Acara Jenayah kerana menghasut.

No comments:

Post a Comment