Monday 12 August 2019

[VIDEO] KES GADUH MAUT : TAHAP PROFESIONALISME PDRM SEKALI LAGI DIUJI

Kejadian kemalangan yang melibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir sangat mendukacitakan dan ia sekali lagi menguji tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia ( PDRM).
Kejadian yang berlaku di Kilometer 239 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baharu Bangi, Selangor telah menarik perhatian pelbagai pihak.
Justeru itu PDRM mesti melakukan siasatan terperinci dalam menanggani kes ini.
Kami rakyat yang cintakan keadilan minta siasatan adil, dan telus segera diselesaikan, supaya dapat membendung dari berlakunya perkara lain.
Kita harap pihak polis akan mengambil tindakan adil dan tegas serta tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada tangan hitam politik terhadap mereka yang melakukan kesalahan seperti yang lepas di bawah kerajaan PH.
Seterusnya kami rakyat yang perhatin ke atas isu ini inginkan keadilan dan undang undang ditegakkan antaranya bertujuan melindungi rakyat. Di peringkat siasatan jika bukan PDRM siapa lagi yang rakyat harus menaruh harapan?
Oleh itu rakyat mesti diberikan pembelaan yang sewajarnya.
Apapun pihak PDRM haruslah bukan sahaja dilihat boleh dipercayai malah betul-betul dipercayai rakyat untuk mengendalikan kes ini. Rakyat yang teraniaya wajib dibela.
Pada masa yang sama kami rakyat yang perhatin mengucapkan takziah kepada isteri allahyarham Syed Muhammad Denial dan berharap isteri serta keluarganya bersabar menghadapi keadaan ini apatah lagi kejadian ini berlaku ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Aidiladha.
Dalam apa situasi pun, tiada siapa yang boleh mengatasi undang undang.
Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.
Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh bagi membantu siasatan. 

Rakaman sebelum kejadian yang menimpa arwah Syed Muhamad Danial

Lelaki maut selepas bergelut di jalan raya!

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

Pasangan suami isteri sebabkan kematian seorang lelaki direman tujuh hari

Bagai kaca terhempas ke batu

Syed Danial terbunuh atau dibunuh? / kronologi

No comments:

Post a Comment