Sunday 25 August 2019

PERBICARAAN NAJIB-SRC: AKHIRNYA KEBENARAN TENTANG RM 2.6 BILION DIDEDAHKAN DI MAHKAMAH TINGGI


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan hanya  RM216,078,071.78 daripada RM2.6 bilion yang dikatakan derma tunai dari Saudi Arabia yang telah dimasukkan dalam bebarapa akaun peribadi beliau dalam  Ambank.

Beliau telah memulangkan baki wang itu kepada pihak yang menderma.
Wang derma tersebut telah dimasukkan kedalam akauan Najib sebelum PRU ke 13 dengan pengetahuan dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bukti dokumen telah dibentangkan oleh tim pasukan peguambela semasa perbicaraan Najib-SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur High Court mendedahkan bahawa beliau telah membelanjakan 98% daripada RM216,078,071.78 untuk bebarapa program politik dan kebajikan.
Bekas presiden UMNO Najib telah membayar RM97,930,000 (45%) untuk program politik dan sosial di bawah partinya.
Lagi RM84,793,260 (39.3%) telah digunakan untuk program berbentuk masyarakat umum dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) atau CSR.
Baki RM29,629,694 (13.7%) telah digunakan untuk bantuan pendidikan dan bantuan kebajikan.
Najib telah menggunakan kurang dari 2% membeli hadiah mahal bernilai RM3.2 juta untuk pembesar kerajaan asing dan melaksanakan penyelenggaraan kecil kos bernilai RM233,800 untuk kediaman beliau di Pekan, Pahang dan di Langgak Duta di Kuala Lumpur.
Beliau telah menerima surat penghargaan daripada penerima hadiah yang mahal itu iaitu dari, Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie, isteri bekas Perdana Menteri  Qatar, dan telah memaklumkan perkara ini kepada pegawai penyiasat SPRM Senior Assistan Commissione (SAC) Rosli Hussain.
Rosli telah mengaku bahawa Najib telah beritahu beliau tentang hadiah yang mahal itu pada bulan Disember 2014 untuk menghargai perhubungan rapat antara Malaysia-Qatar dan surat penghargaan itu.
Tetapi SPRM dan Rosli membuat keputusan tidak menyiasatnya !!
Rosli telah juga gagal menyiasat ke atas derma Saudi kepada Najib daripada Putra Faisal Al Turki (AS$300 juta) dan Kementerian Kewangan Arab Saudi (AS$100 juta).
Saksi pendakwa ke 57 telah memberi keterangan terperinci di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tentang derma Arab Saudi dan bagaimana Najib menggunakan wang yang diterima bukan merupakan bukti ‘material’ untuk siasatan beliau.
Saya tidak melakukan siasatan lanjut sebab detail berkenaan bukan bukti ‘material’ dalam kes yang saya siasat,” beliau menjawab apabila ditanya oleh tim peguambela  Najib atas siasatan yang lemah semasa sesi soal balas.

No comments:

Post a Comment