Ringkasan artikel:
Hadi Awang bertegas menolak
campur tangan asing.
|
Jika di negara lain, pengkhianat seumpama ini pasti mengundang hukuman amat berat. Anehnya di Malaysia, pengkhianat bebas mengulangi pengkhianatan. Walaupun ada undang-undang untuk menanganinya, namun pihak berkuasa masih teragak-teragak untuk menggunakannya dan dilihat tidak yakin atas keberkesanannya.
Dalam soal menolak campur tangan asing berhubung isu 1MDB, pendirian PAS terutama Presidennya, Hadi Awang cukup konsisten.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini tabik dengan ketegasan Hadi termasuk dalam serangan kedua isu saman sivil 1MDB yang dikitar semula oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan bantuan segelintir pengkhianat warga Malaysia yang bermotif politik.
Recep Tayyip Erdogan
...rakyat bersamanya
menentang kudeta
didalangi kuasa asing.
|
Begitu juga dengan seruan lantang pelbagai pihak termasuk Mufti Perak, Harussaini Zakaria, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman, Mufti Negeri Sembilan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Kedah, Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil membantah campur tangan asing walau apa pun alasannya.
Sebagaimana ketika serangan pertama isu DOJ dilancarkan pada tahun lalu, rakyat dan pelbagai pihak di negara ini sekali lagi bersatu menentang DOJ.
Kami yakin sebarang komplot mengheret campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan di luar proses demokrasi tidak akan berjaya.
Lihatlah apa yang berlaku di Turki pada Julai 2016 apabila cubaan rampasan kuasa tentera yang didalangi kuasa asing gagal malah rakyat bangkit mempertahankan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Di Filipina, sentimen anti-AS melonjak dengan rakyat memperhebatkan sokongan ke atas Presidennya, Rodrigo Duterte.
Duterte ....rakyat bersamanya
menentang campur tangan
Amerika Syarikat.
|
Ini ekoran tekanan Washington ke atas Duterte yang melaksanakan dasar keras terhadap penjenayah dan pengedar dadah bagi menagani kedua-dua ancaman kritikal itu. Dr. Mahathir Mohamad sendiri menerima sokongan rakyat yang menolak tekanan asing ketika pentadbiranya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Peristiwa Naib Presiden AS, Al Gore dalam ucapannya sempena sidang APEC pada November 1998 di Kuala Lumpur, menghasut rakyat bangkit menjatuhkan kerajaan Malaysia kerana menyokong Anwar Ibrahim, tentu masih diingati Mahathir. AS mendakwa kepimpinan Mahathir zalim dan rakyat ditindas ekoran Anwar merayu bantuan Barat selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Agenda untuk campur tangan ini tidak pernah berhenti dan menyedihkan kali ini Mahathir dan sekutunya pula mengundang pihak kuasa asing AS menggunakan isu DOJ. Sekarang, siapa sebenar yang mudah lupa dan melanggar prinsip kedaulatan.
AL Gore...pernah hasut
rakyat Malaysia jatuhkan
kerajaan.
|
Dalam konteks Malaysia, isu DOJ, adalah muslihat bagi campur tangan asing selepas -kegagalan beberapa siri perhimpunan BERSIH ala Arab Spring. Kami percaya himpunan isu DOJ- 1MDB yang dirancang oleh Pakatan Harapan diketuai DAP bermula Julai ini, tidak akan dapat sokongan majoriti rakyat yang bosan dengan himpunan jalanan yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Malah ia dilihat akan menjadi senjata makan tuan kepada Pakatan Harapan yang bersekongkol dengan kuasa asing.
Himpunan itu yang menjadi medan proksi kuasa asing akan menjadi petanda buruk buat Pakatan Harapan pada PRU ke 14 nanti. Sudahlah sebelum ini pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan melakukan sabotaj ekonomi bagi menghalang pelabura-pelaburan besar masuk dan melemahkan nilai mata wang ringgit. Persoalannya, siapakah yang lebih menggunakan siapa-DOJ atau Pakatan Harapan?
Apa sekalipun percaturan politik, serahlah sahaja penentuan kepada
rakyat negara ini, bukannya pihak asing yang sememangnya menunggu masa menggugat kedaulatan Malaysia melalui penjajahan alaf baru (menjajah dari jauh menggunakan pemimpin tempatan sebagai proksi mereka) yang tidak memerlukan sebarang kekuatan ketenteraan seperti dahulu.
Menerima dana kuasa asing. |
Kami sangat berharap pihak berkuasa tidak berlengah lagi dalam mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang menjadi tali barut kuasa asing.
Menerima dana kuasa asing. |
Ini meliputi pemimpin Pakatan Harapan, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) seperti SUARAM dan BERSIH dan portal berita Malaysiakini yang diketahui bersekongkol dan menerima dana pembiayaan. Dua NGO dan satu portal berita tersebut difahamkan menerima dana daripada sebuah yayasan di bawah CIA yang kenali sebagai National Endowment for Democracy (NED) yang disalurkan melalaui sebuah NGO Zionis yang dikenali sebagai Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros (dikenali sebagai penyangak mata wang oleh Mahathir). Khabarnya, banyak lagi wang dana luar akan digunakan untuk mempromosi dan menganjurkan himpunan tersebut. Pada kami, ia sudah menjadi isu ancaman keselamatan yang begitu serius bagai bom jangka menanti ledakan sekiranya didiamkan. Jika di negara lain, pengkhianatan seumpama itu pasti mengundang hukuman amat berat.
Menerima dana kuasa asing. |
Anehnya di Malaysia, pengkhianat bebas mengulangi pengkhianatan. Walaupun ada undang-undang untuk menanganinya, namun pihak berkuasa masih teragak-teragak untuk menggunakannya dan dilihat kurang yakin atas keberkesanannya.
Peringatan kepada pihak berkuasa kita, jangan sampai terhantuk baru tengadah atau nasi sudah menjadi bubur. Ketika itu nanti segala-galanya sudah terlambat.
No comments:
Post a Comment