Monday, 3 July 2017

IKTIBAR TENTANG CAMPUR TANGAN ASING UNTUK RENUNGAN RAKYAT MALAYSIA YANG MUDAH LUPA.

SEJARAH silam mahupun sejarah baharu, ia bukan harus dibiar berlalu begitu sahaja tanpa dikaji dan dijadikan iktibar.

Bangsa dan tamadun yang yang tidak belajar daripada sejarah pasti menempah kegagalan yang dahsyat padahnya.

Kami tidak mahu mengimbas sejarah kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam ketika era kegemilangan tamadun Islam kerana ia sudah terlalu lama. Begitu juga tumbangnya empayar Kesultanan Melaka angkara pengkhianatan Si Kitul.

Cukup sekadar merenung apa yang terjadi tidak sampai dua dekad kebelakngan ini. Bagaimana satu persatu negara Islam tumbang akibat percaturan campur tangan kuasa besar.

Negara-negara yang suatu ketika makmur dan teguh seperti Iraq, Libya, Mesir dan Syria akhinya musnah dan kini terus bergolak bagaikan berundur ke belakang.

Arab Spring tajaan Barat yang kononnya cetusan kebangkitan demokrasi rakyat kini menjadi jenama yang paling kotor dan bahaya setelah apa yang menimpa Mesir dan Tunisia.

John Nixon mengesahkan
tiada senjata pemusnah
besar besaran di Iraq.
Paling menyedihkan nasib rakyat Iraq apabila rejim Sadam Hussein digulingkan dengan alasan negara itu memiliki senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) tetapi ternyata semua itu tidak benar dan sekadar muslihat penjajah kuasa besar Amerika Syarikat (AS).

Setelah Baghdad musnah teruk dan ramai terkorban dalam serangan bermula 20 Mac 2003, pentadbiran AS mengesahkan bahawa negara itu tiada senjata pemusnah besar besaran.

Ada beberapa lagi pendedahan antaranya oleh ejen CIA, John Nixon iaitu orang yang bertanggungjawab menyoal siasat Saddam (Debriefing The Presiden: The Interrogation Of Saddam Hussein)rumusannya tiada senjata tersebut.

Turut mengejutkan adalah laporan hasil siasatan diplomat kanan Britain, Craig Murray yang menyifatkan kerajaan negaranya berbohong apabila bersubahat dengan AS menyerang Iraq.

Craig Murray menyifatkan AS dan
Britain berbohong.
Disebalik tindakan tidak berperikemanusiaan, AS tidak memohon maaf malah keganasan di Iraq berterusan serta rayatnya merana, berbeza ketika era Saddam. Bukan sahaja membabitkan pencerobohan ketenteraan malah ekonomi dan politik turut dijadikan senjata pencerobohan. Sudah sekian banyak bukti dan petunjuk. Salah satu adalah menerusi autobiografi Confessions of an Economic Hitman oleh John Perkins terbitan 2004 (versi baharu 2016).

Pendedahan yang mengejutkan itu membuktikan isu ekonomi, pinjaman dan pelaburan boleh menjadi senjata mencabul kedaulatan negara membangun.Tidak terkecuali pengkhianatan oleh parti pembangkang serta NGO pro pembangkang yang ditaja
John Perkins dedahkan
agenda serang Iraq.
kuasa asing untuk mengguling kerajaan yang sah dipilih rakyat cara demokrasi akibat perbalahan politik dalaman negara berkenaan. Institusi demokrasi negara berkenaan dilemahkan dalam pelbagai muslihat dan tipu helah termasuk pembiyaan kewangan.

Arab Spring yang tercetus mulai 12 Disember 2010 merupakan satu contoh yang baik tentang pencabulan kedaulatan negara membangun oleh barat melalui hasutan kebangkitan rakyat dan pembiyaan politik.

Apa yang menimpa Iraq, Libya, Mesir, Syria, Tunisia dan beberapa lagi negara Arab adalah pengajaran yang sangat bernilai. Relakah kita pula masuk perangkap agenda asing yang mahu sekali lagi menjajah kita serta merobek kedaulatan negara angkara Si Kitul moden rakyat Malaysia yang gila kuasa di negara kita ini?




No comments:

Post a Comment