Ringkasan artikel:
Dalam kase itu sekiranya Anwar enggan memohon pengampunan bagaimana Agong akan mengampunkannya? Boehkah Agong memberi pengampunan kepada Anwar sekiranya Mahathir memohon bagi pihak Anwar? Adakah sistem pengampunan boleh dilaksanakan secara demikian? Dan sekiranya Anwar gagal untuk mendapat pengampunan adakah itu bermakna Perdana Menteri sementara ke tujuh akan menjadi Perdana Menteri ke tujuh tetap? Atau mereka akan melantik orang lain untuk mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke tujuh sementara sekiranya Anwar tidak diberi pengampunan dan oleh itu Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri ke lapan?
Akhir sekali Pakatan Harapan telah menyelesaikan barisan kepimpinannya dan penyokong pembangkang melaungkan kebanggan sebagai satu kemajuan terbesar sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malaya pada 1948.
Barisan Nasional, yang memulakan kehidupan sebagai Parti Perikatan pada 1952, telah berkahwin selama 65 tahun. Pengasasnya ialah Tunku Abdul Rahman daripada UMNO, Tan Cheng Lock daripada MCA, dan V.T. Sambanthan daripada MIC.
Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 1955 dan itulah mengapa British bersetuju memberi kemerdekaan Malaya pada 1957. Ini kerana Parti Perikatan telah membuktikan ia telah mendapat sokongan daripada rakyat Malaya.
Ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan British untuk Malaya diberi kemerdekaan — bahawa kerajaan yang baru harus diskong oleh rakyat Malaya (oleh itu 51 daripada 52 kerusi bermakna ia layak). Syarat kedua ialah bahawa kerajaan baru Perikatan Malaya yang merdeka harus berasaskan berbilang kaum yang disokong oleh semua ketiga kaum dan tidak seharusnya berasaskan kerajaan satu kaum, dalam kase ini bermakna kerajaan yang hanya Melayu.
Perkara jangka panjang tentang pembangkang ialah hanya Lim Kit Siang telah berkuasa selama 52 tahun.
Barisan Nasional (BN) telah terus mempertahankan perkahwinannya selama 65 tahun walau pun BN sebagai entiti perundangan ‘bangkit daripada abu’ Parti Perikatan pada 1973. Tetapi tiada orang mempertikaikan bahawa BN dilahirkan pada 1952 seperti Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 walaupun Malaysia belum ditubuhkan sehingga 1963, enam tahun selepas Merdeka.
Bagaimanapun, perbahasan itu hanya seperti perbahasan tentang sama ada UMNO berusia 71 tahun atau 29 tahun sejak UMNO ditubuhkan pada 1946 sementara UMNO Baru telah ditubuhkan 42 tahun kemudian pada 1988 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengharamkan UMNO untuk tendang Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokongnya Tim B. (Perbahasan yang sama, sama ada Amerika Syarikat betul-betul berusia 241 tahun).
Pokoknya, struktur Barisan Nasional pada asasnya tetap tidak berubah sejak 1952, melainkan pertukaran nama, pendaftaran baru, pertambahan ahli masuk menyertainya, dan sebagainya. Bangunannya mungkin telah diubah suai, diperbaiki dan dinaik taraf tetapi ia tidak pernah diruntuhkan dan tapaknya adalah teguh.
Pakatan Harapan, bagaimanapun, telah pernah mengalami pertukaran struktur sejak idea gabungan pembangkang pertama kali diperkenalkan 27 tahun yang lalu pada 1990. Pada pilihan raya umum 1990 terdapat tiga gabungan pembangkang. Di pantai timur ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Di pantai barat ialah Gagasan Rakyat. Dan di Sabah terdapat satu pakatan elektoral yang longar tanpa nama antara Semangat 46 dan PBS.
Gabungan Gagasan Rakyat di pantai barat dan pakatan elektoral antara Semangat 46 dan PBS terbubar setelah pilihan raya umum 1990 dan hanya APU mampu bertahan.Tetapi kemudian APU mampu bertahan selama hanya enam tahun lagi dan dibubarkan pada 1996.
Tidak akan ada gabungan pembangkang sekiranya Mahathir tidak memenjarakan Anwar dan sekarang, ironinya, Mahathir memimpin gabungan yang sama.
Kemudian, hanya sebagaimana semua orang fikir bahawa itu merupakan tamatnya pembangkang, Mahathir dan Anwar Ibrahim berbalah apabila Anwar gagal dalam cubaannya untuk menjatuhkan bossnya dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Mahathir tendang Anwar keluar parti dan, apabila dia terbukti sebagai pengacau, tiga minggu kemudian dia telah dibuang ke penjara.
PAS dan DAP melihat ini sebagai satu peluang dan tergesa-gesa berpihak kepada Anwar menyatakan sokongan (walaupun peringkat awal PAS dan DAP mahu Anwar dipenjarakan bersama bossnya, Mahathir). Sebarang musuh UMNO adalah rakan kepada PAS dan DAP dan secara tiba-tiba semua dosa dan jenayah lampau Anwar telah dimaafkan dan dilupakan — tetapi hanya selagi Anwar menentang Mahathir dan UMNO.
Ini merupakan kemuncak dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) dan satu gabungan pembangkang baru dikenali Barisan Alternatif (BA). Dan ini telah menjadi kenyataan kerana Mahathir. Sekiranya Mahathir tidak menendang Anwar keluar UMNO dan menghantar dia ke penjara, PKN dan BA tidak akan wujud..
Tetapi BA bertahan hanya untuk dua tahun. Pada 2001, DAP meningalkan gabungan dan membuat keputusan untuk, sekali lagi, bertanding bersendirian. Ini kerana Lim Kit Siang dan Karpal Singh kedua-duanya kalah dalam pilihan raya umum 1999 dan mereka menyalahkan PAS kerana itu. Mereka kata kaum Cina marah bahawa DAP telah membentuk gabungan dengan PAS, di mana mengapa pengundi Cina menghukum Kit Siang dan Karpal.
Oleh itu, pilihan raya berikutnya, hanya PAS dan PKR (ketika itu PKN telah tukar kepada PKR) menghadapi pilihan raya umum 2004 sebagai gabungan. DAP sekali lagi bertanding bersendirian. Tapi DAP masih lagi tidak menunjukkan sebarang kecermelangan pada 2004 daripada pilihan raya umum 1999. Oleh itu adakah PAS sebenarnya yang menyebabkan masalah mereka?
Mahathir sekarang telah mengambil alih dan memimpin gerakan anti-Mahathir.
Kemudian kita lihat lahirnya Pakatan Rakyat pada 2008, di mana ditutup tujuh tahun kemudian pada 2015, dan sekarang Pakatan Harapan. DAP kelihatan masuk dan keluar dan banyak kali berkahwin dalam tempoh 27 kebelakangan ini sejak 1990. Mereka seolah-olah tidak kekal lama dalam perhubungan dan berkhawin dan bercerai dengan mudah seperti menukar seluar dalam mereka.
Barisan National telah kekal berkahwin selama 65 tahun sementara pembangkang sudah berkahwin dan bercerai banyak kali hanya dalam tempoh 27 tahun. Oleh itu mengapa kita mesti percaya perkahwin yang terkini akan berkekalan? Malah yang anihnya bahawa DAP tidak mahu PAS dalam perkahwinan baru ini tetapi mereka mendesak bahawa PAS tidak seharus menjalin kerjasama dengan apa cara pun dengan UMNO atau Barisan Nasional.
Macam mana harus DAP menerangkan itu? Saya tidak mahu anda atas katil saya tetapi saya melarang anda tidur dengan orang lain. Siapakah DAP fikir mereka?
Walaubagaimana pun, majlis perkahwinan sekarang sudah berakhir dan Pakatan Harapan sekarang meknimati honeymoon. Setelah kembali daripada honeymoon, mereka perlu meneruskan urusan dan menerangkan kepada rakyat Malaysia mengapa mereka harus mengundi mereka.
Kita tahu mereka telah berjanji bahawa semua bentuk percukaian, terutama GST, akan dihapuskan. Kemudian rakyat Malaysia akan menikmati kemudahan kesihatan percuma dan pendidikan percuma hingga ke pringkat universiti, termasuk Universiti Oxford dan Cambridge. Sekolah Cina dan Tamil akan menerima belanjawan sepuloh kali ganda daripada apa yang diterima sekarang. Gereja dan kuil akan menerima belanjawan jumlah wang yang sama yang dibelanjakan kerajaan untuk membina masjid.
Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menghilangkan semua kekaburan, terutama tentang status Malaysia sebagai Negara Sekular, di mana akan sekarang diperjelaskan dengan lebih jelas dalam Perlembagaan. Kekeliruan tentang sistem dua perundangan Malaysia pra-kemerdekaan akan diketepikan dengan menghapuskan undang-undang Syariah dan menggunakan hanya satu sistem perundangan iaitu Undang-undang Sekular. Ia akan menjadi jelas dan pengasingan mutlak terhadap gereja dan negara macam apa yang diamalkan negara demokratik yang lain.
Segala janji-janji itu kedengaran menarik dan akan mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi Pakatan Harapan. Bagaimana pun, banyak lagi penjelasan diperlukan untuk mempengaruhi rakyat Malaysia kerana majoritinya tidak sebodoh macam pembangkang. Memandangkan semua bentuk percukaian akan dihapuskan, dan semuanya percuma, bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mendapatkan wang untuk menampung semua yang beri percuma itu (terutama dengan penghapusan semua bentuk percukaian). Satu penjelasan yang mudah sepatutnya mencukupi untuk penjelasan tetapi pembangkang memilih untuk menjelaskannya menggunakan perakaunan yang rumit hanya untuk mengelirukan mereka agar mereka bukan sahaja terpengaruh malah menerima dengan segala penjelasan yang diberi.
Mungkinkah Mat Sabu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh sementara ?
Oh, dan akhirnya, Pakatan Harapan kata seminggu setelah mereka berkuasa mereka akan mulakan proses membebaskan Anwar dari penjara supaya dia boleh menjadi Perdana Menteri ke lapan Malaysia. Sementara itu, ketika menunggu Anwar dibebaskan dari penjara, seorang lain akan menjadi Perdana Menteri ke tujuh, tetapi secara sementara sehingga Anwar boleh mengambil alih.
Tetapi pilihan raya umum akan datang ialah pilihan raya untuk menendang keluar Perdana Menteri Najib Tun Razak. Oleh itu, sekiranya Najib ditendang keluar, pengundi perlu tahu: Najib digantikan dia dengan siapa? Adakah selepas Najib ditendang keluar digantikan dengan Mat Sabu? Memandangkan mereka enggan memberi tahu siapa yang akan menggantikan Najib maka ia mungkin sesiapa, malah mungkin Mat Sabu. Dan sekiranya bukan Mat Sabu mengapa mereka malu untuk memberi tahu siapa yang akan mengganti Najib? Berkemungkinan sesaorang yang mereka tahu tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh sementara, di mana sebab itulah mereka malu untuk beri tahu.
Malah yang lebih penting lagi, apa akan berlaku sekiranya Anwar gagal dibebaskan dari penjara? Mahathir kata satu minggu selepas Pakatan Harapan berkuasa dia akan mulakan proses untuk membebaskan Anwar dari penjara. Mahathir juga berkata dia akan memohon pengampunan daripada D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong untuk membebaskan Anwar selepas Pakatan Harapan berkuasa. Mengapa tunggu selepas Pakatan Harapan berkuasa untuk memohon pengampunan? Mengapa tidak sekarang? Adakah setelah berkuasa Mahathir berniat untuk mengugut Agong untuk membebaskan Anwar? Jikalau itulah niatnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 atau SOS(SM)A 2012 sedia menunggunya di bawah kesalahn ‘Perang terhadap D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong’, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hayat. Dengan hukuman itu pendeklah umornya tidak sempat memohon maaf kepada mangsanya serta bertaubat kepada Allah Subhanatalla.
Tetapi sekarang macam mana Anwar sendiri enggan memohon keampunan? Anwar kata dia enggan mohon pengampunan sebab ini secara tidak langsung akan merupakan satu pengakuan dia benar-benar salah. Dan dia berpendapat bahawa orang yang tidak bersalah tidak akan mohon pengampunan. Oleh itu dia enggan mohon pengampunan supaya dia boleh terus beritahu seluruh dunia yang dia tidak bersalah dan hanya orang lain yang bersalah kerana memenjarakannya.
Dalam kase ini sekiranya Anwar enggan memohon pengampunan macam mana Agong akan memberi pengampunan? Bolehkah Agong mengampunkan Anwar sekiranya Mahathir yang memohon bagi pihak Anwar? Adakah sistem pengampunan dilaksanakan secara begitu? Dan sekiranya Anwar gagal diberi pengampunan adakah ini bermakna Perdana Menteri ke tujuh sementara akan menjadi Perdana Menteri ke tujuh tetap? Atau mereka akan melantik orang lain untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ke tujuh sementara sekiranya Anwar gagal mendapatkan pengampunan dan oleh itu Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri ke lapan?
No comments:
Post a Comment