Thursday 27 July 2017

TONY PUA : CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini mendakwa dipilih rakyat menjadi Ahli Prlimen kononnya untuk memantau masaah rasuah di negara ini, dicabar supaya tidak lupa melihat masalah rasuah yang dihadapi oleh partinya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya itu diingatkan supaya tidak lupa skandal rasuah di Pulau Pinang melibatkan ketuanya iaitu Lim Guan Eng yang didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem bagi menukar status tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada 18 Julai 2014.

Guan Eng juga telah menyalahgunakan kedudukan beliau untuk membeli rumah daripada Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, ia itu jauh lebih rendah daripada harga pasaran hartanah sebenar RM4.27 juta pada 18 Julai 2014.

Tony mungkin sudah lupa bahawa dia pernah berkata Guan Eng perlu bercuti jika didakwa di mahkamah, bagaimabpun sehingga hari ini Guan Eng masih lagi belum bercuti dan Tony tiba-tiba jadi ‘pelupa’ tentang apa yang pernah dikatakan.

Oleh kerana kita masih bercakap tentang rasuah, boleh tidak sekiranya Tony berkongsi cerita bersama rakyat Malaysia tentang mengapa Pulau Pinang membayar harga empat kali ganda lebih tinggi daripada harga asal bagi pembinaan projek terowng dasar laut dan mengapa kerajaan negeri membyar wang pendahuluan RM177.5 juta tanpa melibat kerja-kerja yang sudah dijalankan?

Tony juga perlu menjelaskan projek lebuh raya termahal di Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kos pembinaan Penang Island Link (PIL-1) mencecah RM7.5 bilion bersamaan RM385 setiap kilometer dan harga tersebut 140 peratus lebih mahal daripada Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) di Selangor.

Akhir sekali, oleh kerana Tony begitu bersungguh kononya melawan gejala rasuah, ini satu pertanyaan tentang bagaimana DAP boleh menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini mereka gelar sebagai bapak segala rasuah. Adakah kerana kerjasama itu, kini Tony mahu berkata segala propaganda berkenaan Mahathir sebelum ini hanya penipuan semata-mata.

Jika benar Tony mahu menentang masalah rasuah, apa kata anda lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan sertai Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM). Di Pulau Pinang ada masalah skandal kewangan bernilai berbilion ringgit, jadi lebih baik selesaikan dahulu masalah dalaman anda terutama melibatkan Ketua Menteri parti anda DAP yang sudah didakwa di mahkamah.

No comments:

Post a Comment