Monday 10 July 2017

KENYATAAN MAHATHIR SEMASA SIDANG MEDIA DI UNITED KINGDOM BOLEH DIDAKWA SEBAGAI MENGHINA MAHKAMAH.

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media di UK, bahawa Anwar Ibrahim dijatuh hukum secara tidak adil kerana meliwat dan bahawa keputusan mahkamah telah dipengaruhi kerajaan telah memeranjatkan banyak pihak dan pada yang sama melucukan. Ini bermaksud, Mahathir mengatakan bahawa Anwar telah di aniaya oleh sistem kehakiman yang korup dan bahawa hakimnya tidak jujur. Kenyataannya itu sahaja sudah sama menghina mahkamah dan boleh didakwa di bawah Bab X Kanun Keseksaan Seksyen 177 dan juga kerana kenyataannya itu semasa sidang media di UK itu merupakan kesalahan cuba untuk memburuk-burukan negara.

Dengan itu, adalah tanggungjawab atas Mahathir untuk membuktikan apa yang beliau dakwa dan harus dibuktikan bahawa beliau adalah benar dan ikhlas serta percaya bahawa Anwar ialah mangsa konspirasi politik dengan memohon maaf kepada Anwar tentang segala yang beliau telah katakan dan lakukan terhadap Anwar sejak 1998. Adalah tidak bermakna untuk mendakwa bahawa Anwar telah didapati bersalah terhadap jenayah yang beliau tidak lakukan dan tetapi tidak mengubahnya dengan sekurangnya menyatakan mohon maaf kepada Anwar.

Kegagalan untuk melakukan perkara yang betul dengan memohon maaf tentang apa yang Mahathir telah katakan adalah merupakan satu hipokrasi yang beliau telah lakukan terhadap Anwar, ini akan membuktikan apa yang Perdana Menteri Najib Tun Razak telah katakan adalah betul, di mana sebenarnya Mahathir takut terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan menyiasat kerugian RM30 bilion di Bank Negara atas perjudian di pasaran mata wang asing. Kerisauan utama Mahathir ialah bahawa Anwar akan beri keterangan menentangnya dan akhirnya kebenaran disebalik kerugian RM30bilion akan dedahkan oleh Anwar. Dengan itu, dilihat bahawa tindakan Mahathir untuk memujuk Anwar dengan tawaran sebagai PM merupakan satu kepura-puraan dan dibuat tanpa keikhlasan.



No comments:

Post a Comment