Thursday 20 July 2017

SEMUA PROJEK PENGANGKUTAN AWAM DR MAHATHIR ADALAH PROJEK GAGAL DAN TERPAKSA DIJAMIN KELUAR (BAILED OUT) OLEH KERAJAAN.

Terdapat empat projek utama pengakutan awam KL diperkenalkan oleh Mahathir.
Empat projek tersebut seperti berikut:
1. KL Monorail line
Projek monorail yang diswastakan itu telah diluluskan oleh mesyuarat kabinet ting Jun 1989. Ia menelan belanja anggaran RM143 juta. Apabila siap dan dirasmikan, menelan belanja RM1.18 bilion pada 2003.
syarikat ini telah muflis.
Syarikat konsesi ini telah dijamin keluar (bailed-out) dan diambil alih oleh sebuah syarikat milik kerajaan Prasarana pada 2007 dengan nilai RM882 juta.
2. The Putra LRT line
Syarikat yang diswastakan memulakan operasi pada 1998.
sayarikat ini juga telah muflis.
Dijamin keluar dan diambil alih oleh sebuah syarikat milik kerajaan Prasarana pada 2002 dengan anggaran nilai harga antara RM4.5 bilion ke RM5.7 bilion.
3. The STAR LRT line
Syarikat yang diswastakan ini memulakan operas pada 1996.
syaikat ini juga telah muflis.
Dijamin keluar dan diambil alih oleh sebuah syarikat milik kerajaan Prasarana pada 2002 dengan nilai RM3.3 bilion.

4. Intrakota Bus Services
Syarikat perkhidmatan bas yang diswastakan ini mula beroperasi pada 1998.
syarikat ini juga telah muflis.
Diamin keluar dan diambil alih syarikat milik kerajaan Prasarana pada 2003 nilai RM177 juta.
Kesimpulanya
Kesemua projek utama pengangkutan awam KL yang diperkenalkan Mahathir telah diberi kepada syarikat swasta yang merupakan kroni beliau melalui konsesi dan pada tempoh yang singkat menjadi muflis.
Memandangkan syarikat-syarikat berkenaan merupakan syarikat kroni Mahathir, sebagai Perdana ketika itu yang mempunyai kuasa, beliau telah mengarahkan agar syarikat-syarikat tersebut diselamatkan dengan jaminan keluar (bailed-out) menggunakan wang kerajaan.
Kerajaan terpaksa menjamin keluar semua syarikat itu atas arahan. Memandangkan kesemua projek tersebut mendapat sambutan rakyat serta memperolehi pendapatan yang lumayan daripada operasinya. Oleh itu, mereka menjadi muflis merupakan satu tanda tanya. Selain pengurusan overhead yang tinggi, unsur rasuah dan penyalah guna kuasa tidak boleh diketepikan begitu sahaja memandangkan semua syarikat tersebut adalah syarikat kroni
Kerajaan telah kerugian wang rakyat berjumlah keseluruhanya RM 11.10 bilion untuk menjamin keluar semua syarikat berkenaan. Ini termasuk perbezaa peningkatan kos projek KL Mono Line di mana kos asal yang dirancangkan ialah RM143 juta dan kos apabila siap RM 1.8 bilion, perbezaan RM 1.04 bilion yang meragukan.
Dengan tergesa-gesa tanpa siasatan yang lebih menyeluruh, kerajaan terus memutuskan untuk menjamin keluar semua syarikat tersebut. Persoalan di sini adakah modus operandi yang sama pernah dilakukan dalam Skandal Forex Bank Negara Malaysia yang tidak pernah disiasat kemudian baru sekarang terbongkar?
Akhir sekali berbandingkan projek pengangkutan awam Najib seperti projek sambungan LRT1, projek sambungan LRT2 dan sekarang yang baru ini dilancarkan  MRT 1 SBK, di mana ditangani oleh kerajaan dengan baik , tidak mempunyai perjanjian konsesi yang memerlukan peningkatan kadar bayaran berkala dan diserahkan sama ada menepati masa dan wang yang peruntukkan atau mendahului masa dan di bawah had wang diperuntukan.

No comments:

Post a Comment