Ringkasan artikel:
Grombolan yang terlibat dalam Skandal
Forex Bank Negara Malaysia.
|
Skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan satu jenayah terancang yang tidak pernah disiasat melibatkan beberapa orang mantan pemimpin negara melalui spekulasi pasaran pertukaran mata wang asing (forex). Wang yang mereka curi yang berselindung disebalik ‘kerugian’ yang dialami oleh BNM konon jumlah keseluruhannya ialah anggaran AS $10 bilion.
Malahan, jenayah tersebut cuba disembunyikan oleh pemimpin berkenaan dengan mengarahkan seorang lagi pemimpin supaya berbohong tentang ‘kerugian’ atau ‘kecurian’ tersebut di Kabinet dan seterusnya di Parlimen.
Berlainan pula dengan isu 1MDB. Isu 1MDB merupakan satu konspirasi fitnah politik yang didalangi oleh beberapa orang pemimpin tempatan hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk melaksanakan niat jahat mereka untuk capai matlamat, mereka sanggup membayar media asing seperti Sarawak Report dan lain-lain dan juga pihak berkuasa asing seperti Departmen Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat untuk memfitnah pemimpin serta negara ini.
Ketua sidiket konspirasi fitnah isu
1MDB bersekongkol dengan media
asing Sarawak Report.
|
Mana-mana pihak tidak boleh menyamakan skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kedua-dua merupakan perkara yang berbeza.
Skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan satu jenayah terancang yang tidak pernah disiasat melibatkan beberapa orang mantan pemimpin negara melalui spekulasi pasaran pertukaran mata wang asing (forex). Wang yang mereka curi yang berselindung disebalik ‘kerugian’ yang dialami oleh BNM konon jumlah keseluruhannya ialah anggaran AS $10 bilion.
Malahan, jenayah tersebut cuba disembunyikan oleh pemimpin berkenaan dengan mengarahkan seorang lagi pemimpin supaya berbohong tentang ‘kerugian’ atau ‘kecurian’ tersebut di Kabinet dan seterusnya di Parlimen.
Ahli sindiket fitnah isu 1 MDB |
Berlainan pula dengan isu 1MDB. Isu 1MDB merupakan satu konspirasi fitnah politik yang didalangi oleh beberapa orang pemimpin tempatan hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk melaksanakan niat jahat mereka untuk capai matlamat, mereka sanggup membayar media asing seperti Sarawak Report dan lain-lain dan juga pihak berkuasa asing seperti Departmen Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat untuk memfitnah pemimpin serta negara ini.
Skandal forex membabitkan BNM pada tahun 1980-an dan 1990-an itu tidak mempunyai sebarang laporan khusus termasuklah disiasat oleh mana-mana badan siasatan sebelum ini.
Ahli-ahli sindiket fitnah isu 1MDB |
Sebaliknya, isu 1MDB telah melalui satu proses pengauditan manakala laporan rasminya telah dikemukakan untuk penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mempunyai perwakilan pembangkang dalamnya.
Malah, siasatan ke atas 1MDB juga menunjukkan syarikat itu telah berjaya menstrukturkan semula hutang-hutangnya selain tidak membuat pelaburan berisiko tinggi yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit seperti pelaburan forex dalam skandal BNM.
Sehubungan itu, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak termasuk pembangkang khususnya yang cuba mempolitikkan atau mempersoalkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas skandal BNM termasuk membandingkannya dengan isu 1MDB.
Pada hemat kami, pembangkang berasa cemas serta kehabisan modal untuk dijadikan elemen provokasi selain tidak mempunyai isu-isu lain yang boleh dijadikan alasan untuk memburukkan kerajaan.
Kabinet pada 21 Jun lalu sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) terdapat kase prima facie untuk RCI diwujudkan bagi menyiasat skandal yang melanda BNM lebih 25 tahun lalu, kerana terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian atau kecurian bagi mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.
Sehingga kini rakyat masih ternanti berapakah jumlah sebenar yang dilaburkan oleh BNM serta kerugian atau kecurian secara tepat. Jika pembangkang ingin mempersoalkan mengenai urus tadbir yang berintegriti, penubuhan RCI sahaja boleh mengheret individu berkaitan ke muka pengadilan.
No comments:
Post a Comment