Ringkasan artikel:
Sekiranya Pakatan Harapan mahu memperolehi peluang yang baru mereka akan memerlukan isu yang besar dan terkini untuk menggantikan isu DOJ-1MDB. Mereka tidak boleh mengharapkan untuk membawa isu sekarang untuk selama setahun lagi ke dalam pilihan raya akan datang. Dan apa akan berlaku sekiranya pilihan raya akan datang bahawa “isu besar dan terkini untuk menggantikan isu DOJ-1MDB” ialah laporan RCI atas kerugian forex AS$10 oleh Bank Negara? Adakah ini, satu perkara yang boleh difikirkan?
Pada bulan ini (Julai 2017) Pakatan Harapan akan memulakan satu usaha mengadakan tiga bulan kempen jalanan kononnya untuk ‘menjelaskan’ kepada rakyat Malaysia tentang pengumuman DOJ pada 15hb Jun 2017 termasuk pengumuman yang terdahulu pada 20hb Julai 2016. Ia akan merupakan ‘delegasi yang kuat’ terdiri daripada kepimpinan parti yang akan menyerang serta menembak menggunakan senjata pembohongan mereka.
Asasnya, Pakatan Harapan bimbang bahawa pada hujung minggu Hari Raya yang lepas tiada siapa bercakap tentang DOJ, 1MDB dan barang kemas Rosmah Mansor. Mereka ada bercakap, bagaimanapun, mereka bercakap tentang harga minyak, kos sara hidup, dan lain-lain.
Pakatan Harapan berharap tiga bulan kempen jalanan dapat mengalihkan perhatian rakyat Malaysia terhadap rompakan AS$10 bilion dari Bank Negara.
Pengumuman DoJ terkini dijangkakan akan mewujudkan gelombang kejutan seluruh negara dan menyakinkan rakyat Malaysia bahawa apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata adalah benar: di mana RM42 bilion wang 1MDB lesap atas angin. (Mahathir kemudian menukar kenyataannya dan mengatakan bahawa angkanya mungkin melebihi daripada RM50 bilion). Tetapi kemudian DoJ tidak menyatakan angka RM42 billion itu.
Apa yang Mahathir harus lakukan ialah menggunakan tiga bulan kempen jalanan untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa beliau kata RM42 bilion (atau lebih daripada RM50 bilion) telah dicuri daripada 1MDB pada hal ia tidak. Adakah Mahathir berbohong kepada negara atau adakah ada orang berbohong kepadanya? Sekiranya Mahathir benar berbohong adakah beliau fikir beliau boleh terlepas begitu sahaja?
Semasa Mahathir pertama kali melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri Najib Tun Razak pada Disember 2014 — dengan menggunakan isu 1MDB sebagai senjata serangan — beliau menjangkakan bahawa Najib boleh dijatuhkan dalam tempoh lebih kurang enam bulan. Rakyat akan marah sekiranya benar Najib curi RM42 bilion wang 1MDB dan mereka sudah lama akan tendang beliau keluar. Sehingga tiba masanya mereka mendapat tahu bahawa Mahathir telah berbohong, dan RM42 bilion sebenarnya tidak dicuri daripada 1MDB, ia terlewat untuk berbuat sesuatu. Sehingga itu Najib mungkin akan dijatuhkan dan Muhyiddin Yassin mungkin akan menjadi Perdana Menteri yang baru dengan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.
Pakatan Harapan akan beri tahu orang Melayu bahawa mereka mahu menjatuhkan Najib untuk ‘Selamatkan Malaysia’ tanpa memberi tahu mereka bahawa apabila Najib jatuh, kemudian Umno-BN akan juga habis dan Pakatan Harapan pimpinan-DAP akan mengambil alih.
Ia adalah sama seperti perkara tentang Iraq-Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD). Sehingga tiba masanya orang mendapat tahu bahawa Saddam Hussein tidak membina dan menyembunyikan WMD, maka perkara itu tidak lagi penting. Iraq telah hancur dan Saddam telah terkorban dan Amerika Syarikat berjaya menakluki Iraq. Amerika Syarikat berbohong, oleh itu apakah kesudahannya? Iraq tetap musnah dan tiada apa yang anda boleh lakukan terhadapnya.
Seandainya Najib berjaya dijatuhkan dalam tempoh enam bulan, mengikut rancangan, ketika itu perkara tersebut tidak lagi penting sama ada orang mengetahui kemudian dakwaan bahawa Najib curi RM42 bilion wang 1MDB sebagai satu pembohongan. Malah sekiranya anda kemudian mengetahui bahawa ia merupakan satu pembohongan, oleh itu apakah kesudahannya? Najib tetap dijatuhkan dan anda tidak boleh membawa beliau balik sebagai Perdana Menteri. Nasib kurang baik untuk Najib, serupa seperti nasib kurang baik untuk Saddam.
Tetapi ia tidak berlaku dalam tempoh enam bulan sebagaimana apa yang dirancangkan. Melebihi 30 bulan kemudian dan Najib masih lagi berkuasa. Rampasan kuasa July 2015 gagal. Rampasan kuasa Oktober 2015 gagal Rampasan kuasa Disember 2015 gagal. Rampasan kuasa pada July 2016 gagal. Dan sekarang rampasan kuasa Jun 2017 juga kelihatan gagal. Ia ibarat lima peluru berpandu Scud ditembak kepada Najib dan beliau terselamat daripada semua daripada tembakan tersebut. Najib kelihatan mempunyai banyak nyawa daripada kuching.
Masalah dengan rampasan kuasa, mereka harus lakukan dengan pantas dan mempunyai penamat. Rampasan kuasa tidak boleh terus menerus tanpa penamat. Rampasan kuasa Julai 2015 sepatutnya berakhir dalam beberapa hari sahaja. Bagaimanapun, sebelum mereka boleh memulakan, Najib memulakan dahulu dan memancung pemain utama mereka. Kemudian Najib dengan kebijaksanaannya meneutralkan juga rampasan kuasa Oktober dan Disember dengan memusnahkan kapal terbang mereka yang sedang bergerak di landasan dan sebelum ia boleh berlepas.
Mahathir menjangkakan isu 1MDB akan bertahan selama enam bulan di mana selepas itu Najib akan tersigkir daripada pejabatnya.
Mahathir sebelum itu menghabiskan beberapa bulan dan jumlah wang banyak ke atas rancangan rampasan kuasa ke empat, iaitu pengumuman DOJ pada Julai 2016. Itu sepatunya merupakan paku terakhir kepada keranda Najib. Tetapi ketika itu bukan sahaja ia merupakan paku terakhir untuk keranda Najib malah Mahathir tidak dapat memasukkan Najib ke dalam keranda tersebut. Macam mana untuk memaku keranda tersebut sekira mangsanya Najib enggan baring di dalamnya?
Pada asasnya ia disebabkan oleh kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Tun Daim Zainuddin dan Kadir Jasin. Setelah pengumuman DoJ dibuat, mereka sepatutnya menghebahkan perkara tersebut dan mengadakan acara media besar-besaran. Tetapi acara media sepatutnya buat secara hentaman mengejut dan serangan secara rahsia ke atas Najib. Kadir, bagaimanapun, dengan bodohnya telah mendedahkannya dan ‘Boffin Boy’ Najib telah mengetahuinya. Oleh itu, sekali lagi, ‘Boffin Boy’ Najib memusnahkan kapal terbang mereka yang sedang bergerak di landasan dan sebelum ia boleh berlepas.
Mahathir amat marah. Itulah sebabnya beliau tidak lagi membenarkan Daim dan Kadir Jasin untuk mengendalikan pengumuman DOJ ke dua pada bulan yang lepas. Kali ini Mahathir menyuruh Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengendalikan pasca pengumuman DOJ kepada umum. Dan itulah sebabnya di mana-mana sekarang dipenuhi dengan cerita tentang pengumuman DOJ dua minggu yang lalu.
Mereka sedang berharap bahawa isu jangka pendek boleh dilanjutkan tempoh hayatnya kepada empat tahun.
Masalahnya sekarang tidak kira apa isu pun mempunyai tempoh hayat, tempoh hayat yang pendek (orang Russia kata hanya 100 hari). Pengeboman di Manchester Arena pada 22hb Mei sekarang telah dilupakan. Ia digantikan oleh pilihan raya Britain pada 8hb Jun. Adakah sesiapa ingat nama pengebom atau berapa orang mati dan cedera? Hakikatnya, sebelum itu serangan di London Bridge yang berlaku pada 6hb Jun dan juga sekarang tidak ada orang bercakap mengenainya.
Pilihan raya Britain telah digantikan oleh kebakaran Grenfell Yower pada 14hb Jun. Orang masih bercakap tentangnya, sudah tentu, sehingga satu perkara baru timbul. Dan perkara baru itu yang akan menggantikan kebakaran di Grenfell Tower ialah tentang Perdana Menteri Britain Theresa May yang terpaksa membayar £1 bilion untuk mendapatkan sokongan sepuluh Ahli Parlimen pembangkang dari Ireland bagi menolong beliau menubuhkan kerajaan minoriti.
Ya, PM Britain membayar RM5.5 bilion atau RM550 juta setiap orang untuk sepuluh Ahli Parlimen pembangkang sementara Anwar Ibrahim mahu bayar hanya RM600 juta untuk 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk membantu beliau menubuhkan kerajaan pada September 2008. Sekarang anda tahu mengapa ‘14th September’ tidak berlaku sepertimana dijanjikan Anwar. Ahli Parlimen Malaysia tidak makan dedak seperti mana yang perlecehkan oleh Mahathir dan Kit Siang. Anda fikir hanya RM20 juta setiap orang mencukupi?
Bagaimanapun, pokoknya, 30 bulan adalah terlalu lama untuk mengekalkan tempoh luput sesuatu isu. Isu 1MDB merupakan isu tahun 2015 yang sudah basi. Mereka cuba mengekalkan tempoh luput dengan memberikannya satu ‘transfusi’ dengan pengumuman DOJ pada July 2016. Itu sepatunya merupakan jangka pendek, isu satu bulan, kemuncak kepada Najib disingkirkan. Tetapi kesilapan besar Daim dan Kadir Jasin memusnahkan segala rancangan dan keseluruhan episod gagal mereka realisasikan.
Menjelang pilihan raya akan datang laporan RCI ke atas skandal forex AS$10 bilion akan menggantikan cerita basi pengumuman DOJ.
Pada July 2016 perkara DoJ telah mati dan dikebumikan supaya ia perlu dihidupkan semula. Dan itulah sebabnya penguman kedua di buat oleh DOJ pada 15hb Jun. Tetapi itu, juga, untuk jangka pendek, baik hanya untuk cuti Hari Raya apabila orang balik kampung. Bagaimanapun, sejak hujung minggu yang lepas, orang pulang daripada bercuti dan isu panas semasa hujung minggu Hari Raya bukanlah tentang pengumuman DOJ atau barang kemas Rosmah Mansor.
Untuk semua maksud dan tujuan pengumuman DoJ pada 15hb Jun adalah isu yang sudah mati. Oleh mereka perlu untuk menghidupkannya semula dengan meletakkannya atas sokongan-hayat. Dan itulah tentang apa dia kempen jalanan tiga bulan: iaitu untuk menghidupkan semula isu yang sudah mati. Mereka tidak boleh bercakap tentang isu 1MDB 2015. Mereka juga tidak boleh bercakap tentang pengumuman DOJ 2016. Mereka perlu bercakap tentang perkara lebih semasa. Dan pengumuman DOJ 15hb Jun 2017 kononnya merupakan isu semasa.
Mereka menyangka bahawa Najib akan membubarkan Parliamen tidak lama selepas Hari Raya dan mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos atau September. Itulah sebabnya mengapa mereka rancangkan masa untuk pengumuman DOJ kedua pada bulan Jun (hanya sebelum Hari Raya) dan untuk tiga bulan kempen jalanan pada Julai dan September. Sekarang, bagaimanapun, ia dilihat macam Parliamen tidak akan dibubarkan dan pilihan raya tidak akan diadakan pada Ogos atau September.
Sehingga September, pada penghujung tiga bulan kempen jalanan, pengumuman kedua DOJ pada 15hb Jun tidak lagi menjadi semasa. Ia akan menjadi cerita basi. Sekiranya pilihan raya diadakan tahun hadapan ketika itu cerita DOJ tidak lagi boleh digunakan.If the general election is going to be held next year then the DoJ story can no longer be used. They will need a third DoJ announcement, maybe around March or April next year.
Pakatan Harapan bertaruhkan semua wangnya kepada seekor kuda bernama DoJ dan sekiranya kuda ini kalah ketika itu mereka akan habis buat selama-lamanya.
Hakikatnya bahawa keseluruhan strategi pilihan raya Pakatan Harapan adalah berdasarkan atas 1MDB, pengumuman DoJ, barang kemas Rosmah, dan lain-lain, bukan menjadi tanda pengukur yang baik untuk mereka meraih undi. Ia akan dikira lebih daripada itu untuk mempengaruhi pengundi untuk mengundi anda. Mereka siapa yang mempercayai tentang cerita 1MDB, penguman DoJ, barang kemas Rosmah, dan lain-lain, sudah memang penyokong anda. Mereka akan undi anda tidak kisah apa yang anda cakap atau tidak cakap.
Orang siapa yang mengundi Pakatan pada 2008 dan 2013 akan terus mengundi Pakatan pada 2018 walau pun sekiranya tiada isu 1MDB atau DoJ. Bercakap kepada mereka tentang isu ini semasa kempen jalanan anda adalah serupa dengan berdakwah kepada mereka sudah pun mempercayai dan mengamalkan sesuatu ajaran (agama). Inilah orangnya walau apa pun akan mengundi DAP, PKR, PAN dan PPBM. Apa yang anda sepatut perlu lakukan ialah menarik mereka yang biasanya mengundi Umno, Barisan Nasional dan PAS. Bolehkah itu dilakukan dalam tempoh tiga bulan kempen jalanan anda?
Sekiranya Pakatan Harapan berharap kepada ‘kawasan tradisi’, yang terbaik mereka boleh memenangi 70 kerusi. Tetapi mereka perlu sekurangnya 115 kerusi parliamen untuk membentuk kerajaan (atau 125 kerusi untuk selamat). Bolehkah kempen jalanan tiga bulan ini dan isu 1MDB-DOJ membantu Pakatan Harapan memenangi tambahan 45-55 kerusi? Yang lebih penting , sekiranya pilihan raya umum diadakan pada June atau July tahun hadapan, di mana setahun dari sekarang, bolehkah kempen jalanan tahun ini Julai - September kekal semasa atau pengundi telah lupa semua perkara dan mempunyai lain perkara dalam pemikiran mereka?
Sekiranya Pakatan Harapan mahu untuk memperolehi kawasan baru mereka perlu isu baru serta besar untuk menggantikan isu DoJ-1MDB. Mereka tidak boleh mengharapkan untuk membawa isu ini untuk setahun lagi ke dalam pilihan raya umum akan datang. Dan apa akan berlaku sekiranya sehingga pilihan raya umum akan datang bahawa “isu baru dan besar untuk menggantikan isu DOJ-1MDB” merupakan laporan kerugian forex Bank Negara jumlah AS$10 bilion? Sesuatu perkara untuk difikirkan, betul tidak?
No comments:
Post a Comment