Sunday, 2 July 2017

MAHATHIR DAN DAIM BERBOHONG TENTANG KERUGIAN SKANDAL FOREX BANK NEGARA MALAYSIA (BNM).

Ringkasan artikel:

Mahathir dan Daim berbohong atas dua perkara bila ditaya tentang kerugian forex Bank Negara. Pertama pada 1993, mereka menafikan bahawa Bank Negara kehilangan wang dan mengatakannya sebagai pembohongan dan propaganda pembangkang. Kemudian, tahun berikutnya, mereka berbohong tentang amaun dan jenis kerugian yang dialami. Kepada Kabinet, mereka kata ‘perbelanjaan tertangguh’ dan kerugian tidak dikesan, sementara kepada Parlimen, mereka kata hanya ‘kerugin atas kertas’. Sekarang orang awam akan tahu tentang mereka yang terlibat di sebalik PPBM dan Pakatan Harapan yang mencuri AS$10 bilion wang negara dan berbohong tentangnya selama lebih  20 tahun.

Pada 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan baru. Ketika itu akan berlaku letusan yang mereka perlu tangani, dan Anwar merupakan calon yang ideal untuk menangani masalah itu. Dan masalah itu ialah tentang perjudian Bank Negara Malaysia (BNM) di pasaran pertukaran mata wang asing (forex) sejak 1988 dan ia ibarat ayam yang telah hampir kembali ke rumah untuk bertenggek. BNM telah dan akan rugi berbilion wang negara.

Pada 1993, Lim Kit Siang berdiri di Parliament dan bertanyakan kabar angin yang beliau dengar tentang BNM kerugian banyak wang kerana berjudi di pasaran forex. Kemudian Mahathir dan Daim menyuruh Anwar untuk menjawab bahawa BNM tidak mengalami sebarang kerugian. Anwar berkata bahawa dakwaan tentang BNM itu merupakan satu pembohongan dan hanya merupakan propaganda pembangkang.
Pada 1994, kabar angin semakin bertiup kencang dan tidak lagi mampu dinafikan. Apabila Kit Siang sekali lagi  membangkitkannya perkara tersebut di Parlimen, kali ini Parlimen telah diberi tahu bahawa kerugian yang dialami adalah ‘kecil’ dan hanya ‘kerugian atas kertas’. Hakikatnya, pada 1992 anggaran kerugian BNM ialah lebih kurang RM12 bilion kerana berjudi di pasaran forex. Pada 1993 mereka telah rugi lagi  RM15 bilion dan akhir sekali pada 1994 anggaran kerugian ialah RM3 bilion.
Kit Siang telah melaungkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kerugian forex BNM supaya mereka yang bersalah dipenjarakan.
Pada keseluruhannya, Bank Negara rugi RM30 bilion atau AS$10 bilion dalam tempoh tiga tahun berjudi atas pasaran forex.
Oleh itu mereka berbohong. Pada 1993, mereka memberi tahu Parliament bahawa BNM tidak rugi apa-apa bila ditanya, hakikatnya, kerugian sudah mencecah melebihi RM27 bilion. Pada 1994, mereka beritahu Parliamen bahawa kerugian adalah kecil dan hanya kerugian ‘atas kertas’ bila ditanya, hakikatnya, ia sudah menjadi RM30 bilion. Tidak cukup dengan membohongi kepada Parliamen, pada 1994 mereka juga membohongi kepada Kabinet dan mengatakan bahawa ia ‘perbelanjaan tertangguh’ dan kerugian tidak dikesan dan bahawa angkanya hanya RM5.7 bilion sahaja pada hal sebenarnya ia sudah mencecah RM30 bilion atau AS$10 billion ketika itu.
Oleh itu Mahathir dan Daim berbohong  sebanyak dua kali. Mereka berbohong tentang jumlahnya dan mereka juga berbohong tentang jenis kerugian yang dialami. Dan mereka memberi tahu Parlimen satu pekara dan memberi tahu Kabinet satu pekara yang lain.
Mahathir dan Daim cuba menyembunyikan jenayah berkenaan, dan dalam proses itu malah ia hampir memufliskan MAS.
Kertas Kabinet dan hansard Parliamen mempunyai rakaman semua pembohongan ini. Dan sekiranya RCI memperolehi dokumen dan rakaman ini, Mahathir dan Daim akan menyertai Anwar di penjara. Hansard Parliamen adalah dokumen awam dan anda boleh mendapatkannya di internet sementara kertas Kabinet adalah dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi dan perlu dibatalkan taraf kelasifikasinya terlebih dahulu. 
Sebagaimana kata Mahathir, Perdana Menteri mesti bertanggungjawab, memandangkan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu harus dipersalahkan terhdap sebarang skandal kewangan. Dalam kase ini Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika BNM hilang RM30 bilion maka beliau harus dipersalahkan atas tanggungjawabnya untuk menentukannya.
Malah lebih penting daripada itu, Mahathir bukan hanya dipersalahkan untuk kerugian forex RM30 bilion tetapi juga kerana menyembunyikan fakta ini dan kerana berbohong kepada Parliamen dan kepada Kabinet. Mahathir dan Daim berbohong kepada Umno, Barisan Nasional, Kabinet, Parliamen dan kepada rakyat Malaysia. 
Apa yang RCI akan temui bukan sahaja BNM hilang RM30 bilion, atau bahawa Mahathir and Daim berbohong tentang amaun dan jenis kerugian, mereka juga akan menemui bahawa bukan sahaja kerana kerugian forex bahkan kebanyakkan daripada wang sebenarnya telah dicuri atau dipam keluar (syphoned out). 
480 syarikat Mahathir dan anak-anaknya adalah bertujuan untuk membersihkan (laundering) wang yang dicuri.
Setelah RCI menyiasat terhadap 480 syarikat Mahathir dan anak-anaknya dan perniagaannya, mereka akan lihat bahawa sebahagian besar kononnya ‘kerugian forex’ berakhir dalam syarikat-syarikat ini. Mereka memerlukan syarikat hadapan ini atau perniagaan ini sebagai saluran untuk menyalurkan wang yang dicuri. Wang tersebut tidak boleh tiba-tiba berada dalam poket puak Mahathir. Oleh itu wang tersebut pertama harus pergi ke syarikat-syarikat ini dan kemudian kembali semula kepada keluarga tersebut seolah-olah merupakan kekayaan yang datang daripada keuntungan perniagaan..
Tetapi Mahathir tidak bodoh. Beliau tahu bahawa wang berkenaan akan meninggalkan jejak atas kertas. Oleh itu wang tersebut harus melalui banyak proses sebelum berakhir dalam syarikat-syarikat tersebut dan kemudian kedalam poket mereka dianggap sebagai keuntungan daripada aktiviti perniagaan mereka. RCI akan perlu meneliti  jejak atas kertas untuk mengesan bagaimana datangnya wang tersebut daripada Bank Negara dan berakhir dalam poket Mahathir dan keluarganya.
Atas satu lagi perkara, Kit Siang mahu laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) dijadikan laporan awam. Apa sebabnya?  Laporan PPK telah dimajukan kepada RCI yang akan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara kerana berjudi di pasaran forex. Oleh itu sekarang ialah perkara RCI dan bukan lagi perkara PPK.
Kit Siang sekarang cuba menyelamatkan Mahathir untuk menyelamatkan  Pakatan Harapan.
Kit Siang bimbang tentang apa yang RCI akan temui. Oleh itu beliau cuba  mencari kesalahan dengan laporan PPK supaya beliau boleh laungkan tentang tidak keadilan dan kecacatan atau kekurangan PPK walaupun sebelum RCI bersidang dan mengumumkan penemuan mereka. Setelah RCI mengumumkan laporan terakhir mereka mungkin ia sudah terlambat. Oleh itu Kit Siang perlu untuk menyelamatkan Mahathir dengan mewujudkan keraguan tentang laporan PPK. Sekiranya tidak Kit Siang akan kehilangan anjing penyerangnya yang penting untuk menyerang Melayu (Malay Screw Malay).
Kit Siang tidak mampu untuk RCI mendedahkan kebenaran — kebenaran tentang kerugian sebenar, pembohongan, dan di mana perginya wang tersebutApakah yang anda gambarkan akan berlaku sekiranya RCI mendedahkan kebenaran? Adakah rakyat Malaysia akan mengundi Mahathir ‘The Man of the Yeardan mencadangkan beliau sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu (Prime Minister-in-waiting) Pakatan Harapan? Hakikatnya, bukan sahaja Mahathir, tetapi Daim, juga, akan mati. Dan itu akan meninggalkan Kit Siang dengan hanya Mat Sabu dan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memimpin Pakatan Harapan menghadap Barisan Nasional pimpinan-UMNO di dalam pilihan raya akan datang. Bolehkah anda gambarkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan akan datang dengan tiga pelawak(three stooges) ini memimpin serangan?



No comments:

Post a Comment