Sunday, 9 July 2017

GESAAN MEMBOIKT EDARAN ENERGY : RAFIZI SABOTAJ RAKYAT DARIPADA NIKMATI KADAR ELEKTRIK RENDAH.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disifatkan sebagai seorang pemimpin pembangkang yang  melampaui batas kerana gesaannya untuk memboikot cadangan penyenaraian Edra Energy di Bursa Malaysia dan mengaitkan Edra Energy dengan 1MDB.
Untuk kepentingan rakyat dan negara, Rafizi harus segera menghentikan gesaannya itu dan menyerahkan kepada pengurus dana profesional untuk menjalankan tugas mereka.
Banyak pihak menggesa beliau untuk menarik balik desakannya itu yang tidak masuk akal untuk memboikot , kerana ia bukan sahaja melemahkan keyakinan pelabur asing pada Malaysia atau membuatkan Edra dan syarikat lain membatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia malah akan ke berpindah ke negara lain untuk penyenaraian.  Pada jangka panjang ia akan merugikan pasaran di Bursa Malaysia.
Gesaan beliau itu jelas berniat jahat dan boleh ditafsirkan sebagai tindakan mensabotaj ekonomi negara yang mana boleh diambil tindakan undang-undang di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Bukan itu sahaja, tindakannya itu juga boleh mensabotaj semua pihak di negara ini untuk menikmati kadar elektrik yang rendah.
Ironinya, ini bukanlah kali pertama beliau melakukan perkara sedemikian melalui fitnah serta putarbelitnya, bahkan sudah beberapa kali, ada yang sudah didakwa dan dijatuhi hukuman, dan ada sedang menunggu proses saman sivil dan sebagainya. Namun beliau masih bebas untuk terus melakukan perkara yang sama kepada pihak lain seolah beliau dilihat mempunyai kekebalan daripada tindakan undang-undang.
Apa kesudahannya tentang beliau memfitnah Tabung Haji yang mengakibatkan banyak pendeposit mengeluarkan caruman mereka serta menjejaskan peluang mereka untuk menunaikan ibadat haji mengikut tempoh yang telah ditetapakan oleh Tabung Haji?
Apakah kesudahannya tentang fitnah beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang kononnya ada kaitan dengan hutang 1MDB?
Pihak berkuasa tidak seharus memandang remeh ke atas tindak tanduk pemimpin pembangkang ini yang bangga dengan tindak tanduknya, kononnya memperjuangkan kebenar. Kebenaran apa? Kebenaran tahi kucing, sehingga tidak takut dengan Allah dengan melakukan fitnah bersiri demi politik duniawi. 
Berbalik semula kepada Edra Energy, 1MDB berjaya melengkapkan sasarannya untuk melakukan pembaharuan terhadap industri Penjana Kuasa Bebas (IPP) di mana pihak pembangkang sebelum pembaharuan ini, berulangkali mengatakan perjanjian konsesi adalah berat sebelah kepada syarikat konsesi seperti Edra Energy semasa dan selepas Tun Dr Mahathir menamatkan perkhidmatan pada tahun 2003.
Ironinya, perjanjian konsesi berat sebelah itu ditandatangani ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana syarikat konsesi berkenaan merupakan syarikat kroni beliau, dan kini beliau bersama pembangkang dan Rafizi merupakan rakan seperjuang.
Untuk mengimbau kembali, selepas 1MDB menyertai perniagaan IPP, kerajaan telah memulakan tender terbuka pertama bagi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) pada September 2012.
1MDB secara konsisten menawarkan bidaan paling rendah bagi pembaharuan PPA sekaligus membantu mewujudkan bidaan lebih rendah di kalangan pembida lain.
Tindakan ini tidak disenangi oleh Mahathir kononnya menjejaskan pendapatan syarikat kroninya.
Hasil dari usaha itu, kebanyakan PPA yang sebelum ini adalah berat sebelah kini lebih adil, malah analisa bank pelaburan turut mengesahkan dalam laporan mereka, perjanjian menyebelahi syarikat konsesi bagi IPP hanya tinggal sejarah setelah Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri pada 2003.
Konspirasi dengan Sarawak Report
oleh Tun Mahathir.
Konspirasi dengan DOJ oleh Tun

Mahathir.
Isu PPA dan syarikat konsesi IPP merupakan salah satu penyebab bermulanya permusuhan Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan 1MDB sehingga kini. Untuk menjatuhkan Najib, Mahathir sanggup berkonspirasi dengan media (Sarawak Report) dan ajensi asing (DOJ) untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap 1MDB.   
Untuk maklumat, penjimatan dari kadar PPA yang lebih adil kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan subsidi gas Petronas sekaligus kepada kerajaan, diunjurkan bernilai hingga RM200 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Hasil dari usaha ini amat ketara hari ini. Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.
Manakala bil subsidi gas Petronas bagi 2015 adalah 1/3 dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan sebanyak RM10 bilion.
Penjimatan yang besar ini jelas boleh dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk semua termasuk keperluan industri serta rakyat.
Itulah antara sebab mengapa sejak 2013, pembangkang tidak lagi bercakap mengenai perjanjian berat sebelah IPP berikutan kerajaan hari ini telah menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir yang bertahun lamanya melalui 1MDB.
Dan lanjutan dari itu, Edra Energy telah dijual oleh 1MDB kepada pelabur asing melalui tender terbuka antarabangsa. Hari ini, 1MDB tidak lagi mempunyai sebarang kaitan perniagaan dengan Edra Energy.
Akhirnya Rafizi seharusnya mengakui bahawa kerajaan dan 1MDB telah memainkan peranan yang baik dalam menyelesaikan masalah legasi yang dibawa dari pentadbiran Mahathir yang lalu melalui perjanjian IPP berat sebelah ini kerana untuk memnafaatkan kroninya dan membebankan rakyat keseluruhanya.

No comments:

Post a Comment