Saturday, 22 July 2017

MENGAPA MAHATHIR YAKIN SANGAT BELIAU AKAN DIPENJARA?

Ringkasan artikel:

Mahathir tahu bahawa beliau telah berbohong kepada negara sejak 25 tahun yang lalu. Dan sekarang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan mendedahkan kebenaran dan penyiasatan akan, tanpa ragu, menunjukkan bahawa sesungguhnya jenayah telah dilakukan dan bahawa sebahagian daripada kononnya kerugian forex adalah kerugian palsu dan sebenarnya dicuri keluar dan berselindung sebagai kerugian forex ‘biasa’. Inilah sebabnya mengapa Mahathir tahu dia akan dipenjara. Tetapi dia cuba menggambarkan seperti hukuman penjaranya berbaur politik dan kerana dia seorang pemimpin pembangkang dan bukan kerana dia telah melakukan jenayah semasa menjadi Perdana Menteri.
Tangkap lah!” Mahathir beri tahu Najib.
(Malaysiakini) – Dr Mahathir Mohamad telah mencemuh dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa mantan perdana menteri itu takut terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang skandal pertukaran mata wang asing (forex).
Pada Aidilfitri, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib, tetapi dia selalu cuba untuk mencari jalan untuk menangkap saya. Tidak apa, dia ada kuasa. Tangkap lah! ,” kata Mahathir pada rumah terbuka Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka.

Pertamat, Tun Dr Mahathir Mohamad kata Perdana Menteri Najib Tun Razak akan menangkap banyak pemimpi pembangkang dan mempenjarakan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang atau PRU ke 14. Beberapa hari kemudian Mahathir kata Najib merancang untuk menagkapnya dan mempenjarakan dia dan menggunakan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas skandal forex AS$10 bilion Bank Negara sebagai alasan untuk dia dipenjarakan. Sekarang  Mahathir mencabar Najib untuk menahan dia.
Hari yang terlalu awal Mahathir cuba mengambarkan bahawa apa sahaja sebab kejatuhan dia semata-mata sebab politik dan kerana dia pemimpin pembangkang yang merupakan ancaman kepada Najib, UMNO dan Barisan Nasional (BN). Mengapakah  Mahathir menganggap dia pemimpin pembangkang dan/atau boleh jadi satu ancaman Najib, UMNO dan BN? Dia bukan Ahli Parlimen dan hanya Pengerusi sebuah parti yang mempunyai satu kerusi Parlimen dan berkemungkinan tidak akan memilki kerusi tersebut selepas pilihan raya akan datang. Dan jenayah Mahathir tidak ada kaitan langsung dengan politik tetapi jenayah merompak AS$10 bilion wang Bank Negara.
Mahathir berpura-pura dia amat berkuasa dan bahawa Najib amat takut akannya,  di mana mengapa mereka akan menahannya, pada hal dia akan tahan kerana dia adalah penjenayah biasa.
Ini merupakan permainan penipuan Mahathir untuk mengambarkan dirinya lebih besar daripada hayat dan memberitahu dunia dia menghadapi dipenjarakan sebab statusnya yang tinggi dalam pembangkang pada hal secara praktikal tiada status dan kesukarannya sebab dia telah melakukan jenayah ketika berkuasa. Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh menuntut status sebagai pemimpin pembangkang tetapi bukan Mahathir. Mahathir hanya menganggap dirinya sebagai pemimpin pembangkang apabila malah pemimpin pembangkang sendiri tidak menganggap dia sedemikian dan hanya menggunakan dia untuk menyerang Najib sahaja.
Mahathir tidak seharusnya bimbang tentang sama ada Najib akan menahannya. Dia seharusnya lebih bimbang tentang sama ada Pakatan Harapan akan menahanya sekiranya mereka berkuasa. Adakah Mahathir fikir dia tidak akan dipenjarakan sekiranya Pakatan Harapan ambil alih? Mahathir ialah seorang yang amat berbahaya untuk dibenarkan merayau dengan bebas, dan sekiranya Pakatan Harapan mendapat kuasa, dan sekiranya dia masih hidup ketika itu, mereka sudah tentu akan meletakkan dia ‘tempat selamat’ dalam penjara.
Mahathir ialah seorang pengacau dan berbahaya. Dia telah serang semua Perdana Menteri Malaysia (dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia)sejak Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan mengusahakan ke arah untuk menjatuhkannya daripada memerintah. Sesiapa yang menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (dan sekiranya Mukhriz tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri) adakah anda fikir  Mahathir akan membiarkan Perdana Menteri itu begitu sahaja? Mahathir akan serang Perdana Menteri Pakatan Harapan itu sebab dia tidak membuat Mukhriz sebagai timbalannya.
Malah sekiranya Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir masih akan serang Perdana Menteri dan akan cuba menjatuhkannya supaya Mukhriz boleh ambil alih sebagai Perdana Menteri. Oleh itu satu perkara yang selamat yang Pakatan Harapan boleh lakukan ialah menghantar Mahathir ke penjara. Bagaimana pun, DAP dan PKR (dan semua orang PAS sekarang dalam PAN) telah pun berjanji kepada rakyat pada 1999 bahawa perkara pertama yang mereka akan lakukan setelah pembangkang berkuasa ialah menghantar Mahathir ke penjara.
Mahathir harus lebih bimbang tentang Kit Siang memenjarakan beliau sekiranya Pakatan Harapan berkuasa.
Dan DAP, PKR dan PAN tidak pernah kata Mahathir telah diampun terhadap jenayah dan telah diberi pengampunan. Bagiamana pun, biasanya pengampunan diberi kepada mereka yang telah mengembalikan semula apa yang mereka curi daripada negara dan Mahathir tidak berbuat demikian. Hakikatnya, dia menafikan dia telah mencuri sebarang apa daripada negara dan masih menyimpan wang berbilion yang dia curi.
Sebenarnya, sekiranya Najib mahu menahan Mahathir dia boleh lakukan sekarang. Dan ia boleh berlaku dua tahu dahulu berbalik pada 2015 apabila Najib membuat satu gerakan menentang konspirator ANC (Anti-Najib Campaign) dan menghancurkan mereka.
Mahathir sebenarnya ingat dia akan ditahan dua tahun yang lalu berbalik kepada Julai 2015. Oleh itu dia hantar risikan untuk mengetahui daripada orang Najib sama ada Perdana Menteri ada rancangan untuk menahannya. Dengan itu Mahathir sebenarnya tidak berani sebagaimana yang dia berlagak. Dia sebenarnya bimbang bahawa dia akan ditahan. Dan mereka yang rapat dengan Mahathir berkata seluruh keluarganya bimbang bahawa Mahathir mungkin menghadapi dipenjarakan dan mereka sedang mencari satu jalan untuk membuat orang tua itu mengurangkan serangan terhadap Najib.
Tetapi dengan itu mengapa Mahathir bimbang tentang ditahan sehingga sanggup menghantar hambanya untuk mendapat maklumat daripada Budak Boffin Perdana Menteri sama ada dia akan ditahan? Baiklah, itu disebabkan apa yang Mahathir akan lakukan sekiranya anda lakukan terhadap dia itulah yang dia jangkakan terhadap Najib. Mahathir tidak teragak-agak untuk anda ditahan; oleh itu inilah yang dia ingat yang Najib akan lakukan terhadap dia iaitu menahannya.
Mahathir adalah Mahathir dan Najib adalah Najib. Tetapi Mahathir telah mengukur  Najib mengikut piawaian dia. Dan inilah merupakan kesilapan dia. Mahathir telah merangkakan apa yang dia akan lakukan dan melakukan tindakan berdasarkan apa yang dia jangka Najib akan lakukan sekiranya dia di kedudukan Najib. Tetapi Najib tidak lakukan apa yang Mahathir telah lakukan. Cara Najib lakukan sesuatu adalah berbeza kepada apa yang Mahathir akan lakukan. Dan inilah mengapa Mahathir tidak mempunyai kawalan terhadap bola ketika bermain bola.
Mahathir kata dia sudah menyiasat Anwar dan tidak memerlukan mahkamah dan tidak memerlukan mahkamah untuk meyakinkan dia tentang kesalahan Anwar dan membuatkan mahkamah sedikit pilihan tetapi memanjarakan Anwar.
Masalahnya ialah, apabila Mahathir kata Najib merancang untuk menahan dia, itu kerana dahulu Mahathir akan memutuskan siapa yang harus ditahan semasa dia berkuasa selama 22 tahun. Najib, bagaimana pun, tidak melakukan sedemikian. Tugas Perdana Menteri tidak menahan orang seperti apa yang Mahathir telah lakukan semasa dia jadi Perdana Menteri. Peguam Negara memutuskan sekiranya jenayah telah berlaku dan sama ada orang berkenaan patut dibicarakan. Pihak polis memutuskan sekiranya sesaorang telah melakukan jenayah dan, dengan itu, perlu ditahan. Pihak kehakiman memutuskan sekiranya cukup bukti terhadap jenayah yang telah dilakukan dan dengan itu sama ada orang yang dibicarakan sabit kesalahan dan dijatuhi hukum penjara.
Ada proses yang perlu diikuti, untuk menahan, untuk mendakwa, untuk membicara, untuk mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman dan ini bukanlah tugas Perdana Menteri sebagaimana tuduhan Mahathir terhadap Najib. Mahathir, walaubagaiman pun, apabila mahu menyingkirkan Anwar Ibrahim, mengadakan sidang media dan, secara langsung diTV, berkata dia telah secara pribadi menemu duga ‘mangsa’ Anwar seorang demi seorang dan tidak memerlukan mahkamah untuk meyakinkan dia bahawa Anwar bersalah kerana meliwat dan banyak lagi jenayah sex yang lain.
Setelah membuat ‘pengakuan’ siaran terus menerus di TV, apa lagi yang Ketua Polis Negara (IGP), Peguam Negara (AG), Ketua Hakim Negara, dll. Boleh lakukan? Sekiranya mereka dapati Anwar tidak bersalah bermakna mereka akan memberi tahu seluruh dunia bahawa Mahathir berbohong. Oleh itu, untuk melindungi belakang  Mahathir, mereka terpaksa menentukan bahawa Anwar dipenjarakan untuk jenayah yang Mahathir kata dia lakukan atau tidak Mahathir akan dilihat seperti betul-betul dungu (bloody fool) dan seorang pembohong atau penipu.
Dan hakim telah diarahkan untuk menentukan bahawa Anwar dipenjarakan, tambahan lagi, dalam penghakimannya , telah berkata walau pun saksi telah berbohong, itu tidak bermakna saksi tersebut tidak boleh dipercayai dan dia mendapati Anwar bersalah kerana gagal membuktikan dia tidak bersalah.
Malah penuntut tahun pertama undang-undang akan tergelak terhadap keputusan mahkamah ini. Tetapi apa yang mereka boleh buat? Mahathir sudah memberi tahu seluruh dunia secara langsung di TV bahawa Anwar bersalah meliwat dan banyak lagi jenayah sex yang lain dan siapa yang berfikiran waras akan menyangkal ini dan mengatakan Mahathir berbohong? Dan hanya satu cara untuk membuktikan bahawa  Mahathir tidak berbohong ialah dengan memenjarakan Anwar. Memang benar, Mahkamah Persekutuan kemudian telah membebaskan Anwar atas alasan bahawa pihak pendakw gagal untuk membuktikan Anwar bersalah walau pun mahkamah percaya Anwar bersalah.
Itulah bagaimana Mahathir melakukanya. Mahathir memenjarakan orang. Dengan itu  Mahathir jangka Najib akan juga melakukan perkara yang sama kepadanya. Dan itulah mengapa Mahathir kata Najib akan menahan banyak pemimpin pembangkang dan memenjarakan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang, kemudian berkata Najib merancang untuk menahan dia dan memenjarakannya kerana skandal forex Bank Negara berjumlah AS$10 bilion, dan mencabar Najib untuk menahannya.
Mahathir menjangkakan Najib akan memenjarakannya sebagaimana dia (Mahathir) memenjarakan Anwar.
Mengapa, pada permulaannya, Mahathir fikir dia layak dipenjarakan untuk kerugian forex Bank Negara berjumlah AS$10 bilion? Adakah dia mengatakan bahawa Bank Negara pernah mengalami kerugian AS$10 bilion kesemuanya, di mana bernilai RM99 bilion sekarang? Tetapi pernahkah tidak Parliamen dan Kabinet diberi tahu kerugian ini tidak berlaku? Dan sekiranya kerugian AS$10 bilion ialah, sebagaimana Mahathir kata, “sebagai biasa dalam menjalankan perniagaan”, oleh itu tiada jenayah telah dilakukan, oleh itu mengapa Mahathir mungkin dipenjarakan?
Ya, sesungguhnya soalan yang baik. Mahathir tahu bahawa dia telah berbohong kepada negara sejak 25 tahun yang lalu. Dan sekarang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan mendedahkan kebenaran dan penyiasatan akan, tanpa ragu, menunjukkan bahawa jenayah telah sesungguhnya dilakukan dan bahawa sebahagian daripada yang kononnya dikatakan kerugian forex adalah kerugian palsu dan sebenarnya wang sedut keluar atau dicuri dan penyamaran sebagai kerugian forex ‘biasa’. 
Inilah sebabnya mengapa Mahathir tahu dia akan masuk penjara. Tetapi dia cuba memberi gambaran seperti dia dihukum penjara kerana politik dan sebab dia pemimpin pembangkang dan bukan sebab dia telah melakukan jenayah semasa menjadi Perdana Menteri.
Yang teruk daripada dipenjarakan, apa kata sekiranya kerajaan Malaysia hantar bukti ini kepada Departmen of Justice (DOJ) Amerika Syarikat dan mereka adakan sidang media (sepertimana mereka suka lakukan) mengatakan bahawa mereka akan rampas harta Mahathir termasuk keluarganya dan rakan di Amerika Syarikat (sebab itu semua wang yang dicuri daripada Bank Negara). Mahathir juga mempunyai rangkaian harta di London, ladang yang luas di Argentina, dll., di mana kerajaan Malaysia boleh bekukan, termasuk 500 syarikat Milik Mahathir dan keluarganya di mana kerajaan boleh lakukan yang sama.
Sebenarnya ini akan lebih teruk daripada hukum penjara. Sekiranya Mahathir dan keluarganya hilang semua kekayaannya ia adalah jauh lebih teruk mati. Mungkin menghantar Mahathir ke penjara tanpa mengusik hartanya adalah lebih berperi kemanusian. Bagaimana pun, sekiranya saya Najib (dan sudah tentu saya tidak), saya tidak kisah menghantar seorang tua yang akan mati ke penjara. Saya akan tentukan bahawa sementara dia masih hidup dia akan lihat perniagaan dan dinasti politiknya hancur di hadapan matanya. Mahathir akan kemudian berhasrat dia ke penjara disebalik mati lama dahulu sebelum dia dapat melihat kerja sepanjang hayatnya disappear into thin air.
Ya, ungkapan kesukaan Mahathir: disappear into thin air.














Mahathir thinks he is Mandela and not a common criminal

No comments:

Post a Comment