Friday 7 July 2017

TUAN IBRAHIM TUAN MAN MELAYU TIDAK FAHAM BAHASA MELAYU SEPERTI PEMIMPIN DAP.

Kuda Trojan DAP dalam
PAS.
Pembangkang seringkali mengulangi dakwaan bahawa dana 1MDB hilang tanpa dikesan ekoran tidak pernah memahami atau cuba memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB. 
Pembangkang termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jelas tidak membaca laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ataupun laporan Jabatan Audit Negara (JAN) yang mendapati tiada kehilangan dana 1MDB. Mungkin beliau baca tetapi susah memahami bahasa Melayu seperti setengah pemimpin DAP yang totok Cina dari Tongsan. Atau beliau sengaja bebal tidak mahu memahami isu tersebut kerana kepentingan politik sebagai Kuda Trojan DAP dalam PAS untuk sekali lagi memecah belahkan PAS demi politik DAP.
Gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu 1MDB amat dangkal sekali serta menggambarkan ada udang di sebalik batu.
Beliau termasuk beberapa pimpinan Pakatan Harapan lain (tidak termasuk pempin PAS yang lain) membangkitkan perkara yang sama kononnya beliau tidak memahami atau mungkin sengaja tidak mahu memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB kerana terlalu simpati sangat dengan DAP serta ingin sekali lagi kembali kepada mereka dalam pakatan baru iaitu Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Kepong Timbalan
Pengerusi PAC isu 1MDB
Sungguhpun laporan PAC diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, tetapi laporan Jabatan Audit Negara yang mendapati tiada kehilangan dana 1MDB merupakan hasil siasatan yang turut merujuk kepada laporan PAC berkenaan.
Sekiranya beliau rajin serta ikhlas untuk memahaminya, beliau juga boleh membaca hansard prosiding PAC melibatkan pelbagai pihak termasuk Juruaudit Deloitte, KPMG, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melihat sendiri sama ada prosiding dilaksanakan secara telus atau tidak. Sekiranya beliau masih malas untuk membaca hansard prosiding PAC beliau boleh sahaja merujuk kepada Timbalan Pengerusi PAC Ahli Parlimen Kepong YB Dr Tan Seng Giaw dari DAP salah seorang yang melulusan laporan PAC tersebut.
Ahli Parlimen PJ Utara ahli PAC
isu 1MDB.
Tetapi jangan rujuk kepada Tony Pua (salah seorang ahli PAC) Ahli Parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara kerana beliau mempunyai kepentingan politik dalam isu 1MDB, walaupun telah menandatangani bagi mengesahkan laporan jawatankuasa tersebut, tetapi masih mempertikaikannya. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli sindiket konspirasi yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memfitnah 1MDB bagi tujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  
Banyak pihak yang setia kepada negara ini serta menentang campur tangan asing, turut tidak bersetuju dengan gesaan Tuan Ibrahim untuk membenarkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat melakukan siasatan terhadap 1MDB, sepertimana Presiden PAS tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana akan membawa masuk campur tangan asing di mana ia akan mengundang penjajahan  sekali lagi oleh kuasa asing terhadap negara ini.
Presiden PAS
Tuan Ibrahim mempertikaikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali kerana tidak membuat pendakwaan ke atas 1MDB selepas menerima laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan soal pemindahan dana ke luar negara.
Pada asasnya, sebagai seorang Peguam Negara yang bebas, Tan Sri Appandi dalam menjalankan tugasnya tidak berasaskan kepada mana-mana keputusan politik termasuk keputusan politik pembangkang. Beliau menjalankan tugasnya berasaskan pekiraan undang-undang dan bukannya perkiraan politik.
Oleh yang demikian hakikatnya, Tuan Ibrahim tidak membaca atau sengaja tidak mahu membaca justifikasi yang dinyatakan oleh Peguam Negara pada 13 Oktober 2015 bahawa pendakwaan tidak dapat dibuat kerana BNM sendiri yang memberi kebenaran kepada 1MDB sebanyak tiga kali pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011 dan BNM sebagai pegawai pengawal tidak menghalang pemindahan terbabit.
Berasaskan pekiraan undang-undang 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan kerana pemindahan dana ke luar negara. Ini kerana ia telah mendapat kebenar BNM, iaitu pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal keluar masuk wang di negara ini.
Berasaskan pekiraan politik mungkin 1MDB didapati bersalah oleh pembangkang kerana gagal untuk memburuk-burukannya demi untuk menjatuhakn seorang Perdana Menteri dengan secara tidak demokratik.
Dalam pada itu, penganalisis politik Lim Sian See turut menepis keperluan 1MDB disiasat semula berdasarkan kesemua ahli PAC yang turut dianggotai ahli parlimen pembangkang sendiri sudah menyatakan kepuasan hati terhadap siasatan dijalankan mereka.
Laporan akhir PAC kemudiannya ditandatangani oleh semua ahli PAC – termasuk ahli parlimen pembangkang. Selain itu dalam laporan tersebut menyatakan hampir kesemua hutang bank dan hutang jangka pendek 1MDB telah dan akan diselesaikan berdasarkan rancangan realisasi syarikat yang telah diumumkan sebelum in.
Setakat hari ini, tiada yang diselindungi didalam laporan tersebut kerana jika benar wujud salahlaku, ahli PAC pembangkang boleh tidak menandatangani laporan akhir berkenaan jika tidak bersetuju dengan penemuan dalam jawatankuasa tersebut. Namun alahamdullilah semua menandatanganinya yang menggambarkan bahawa tidak wujud salahlaku. Melaikan Tony Pua Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara yang mempertikaikan laporan tersebut dengan hujah yang dangkal, walaupun telah menandatangani laporan tersebut.  
Oleh itu pihak pembangkang disarankan agar tidak mengelirukan rakayat dengan maklumat yang dikitar semula serta  tidak pernah dibuktikan sejak isu 1MDB didedahkan pada 2015.
Daripada meminta Laporan Audit Khas atau Laporan PAC berkaitan isu 1 MDB adalah lebih baik pihak pembangkang bersabar dan tunggu sahaja laporan yang lebih serius lagi iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal kerugian Bank Negara Malaysia anggaran jumlah AS$10 bilion kerana terlibat dalam spekulasi mata wang asing (forex). Difahamkan kerugian yang dialami juga melibatkan kecurian dan tidak pernah disiasat dengan terperinci. Malah ia cuba disembunyikan dengan berbohong kepada Kabinet dan juga Parlimen atas kerugian tersebut.
Harap sabar, masanya akan tiba untuk mendedahkan integriti sebenar pembangkang. Cakap tak serupa bikin. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan.


No comments:

Post a Comment