Wednesday, 12 July 2017

DUA ‘TAIKO’ DAP TAKUT KECUNDANG.

Taiko Utama DAP
DAP didakwa tidak mampu untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kali kedua kerana mereka berkemungkinan tidak mampu menerima kekalahan dua ‘taiko’ besar parti itu, iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw dijangkakan akan memenangi kedudukan nombor satu dalam pemilihan keanggotaan jawatankuasa parti itu manakala Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Guan Eng berkemungkinan kalah dan Kit Siang pula mungkin akan hanya berada di tangga ke-10.
Taiko Kedua DAP
Atas sebab itulah, Kit Siang yang juga Penasihat DAP pernah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausahanya, Vincent Wu Him Ven untuk membuat penipuan dalam pemilihan parti pada Disember 2012 supaya Seng Giaw boleh ‘ditendang keluar’ daripada memenangi kedudukan teratas.
Kit Siang meminta Anthony Loke melakukan penyiasatan dan mereka mendapati bahawa Seng Giaw akan memenangi undi tertinggi dalam pemilihan parti pada Disember 2012 bersama dengan yang lain dalam ‘pasukan B’ seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow, Dr. Boo Cheng Hau, Chong Chieng Jen dan sebagainya yang akan menduduki senarai sepuluh teratas.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan
DAP.
Lebih memburukkan lagi keadaan, siasatan Anthony Loke itu mendedahkan bahawa Kit Siang dan Guan Eng tidak akan memenangi kedudukan teratas atau sekurang-kurangnya berada pada sepuluh teratas, tetapi berada di tangga sepuluh ke bawah, dengan kemungkinan Guan Eng terkeluar daripada senarai 20 teratas. 
Melalui jangkaan yang menyaksikan kekalahan teruk Kit Siang dan Guan Eng itu, maka Anthony Loke dan Vincent Wu merangka perancangan bagaimana untuk menyekat lebih daripada 1,300 perwakilan yang mesra pasukan B daripada menghadiri mesyuarat tersebut dengan tidak menghantar surat jemputan kepada mereka.
Penolong Setiausaha DAP
Menurutnya, pada masa sama, mereka akan membawa lebih daripada 500 ‘pengundi hantu’ untuk memberi laluan kepada Kit Siang, Guan Eng, dan ‘pasukan A’ demi memberi kemenangan lebih 500 undi kepada mereka.
Begitulah cara seorang ayah dan anak dalam keluarga Lim untuk mendapat kedudukan teratas dan pasukan A mendapat kedudukan sepuluh teratas manakala pasukan B ditolak ke kedudukan sepuluh ke bawah dengan pemimpin pasukan mereka ditendang kesemuanya.
Dalam pada itu, DAP menuduh UMNO cuba membatalkan pendaftaran parti hanya kerana mereka ingkar arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC.
Sedangkan, permasalahan yang berlaku hanya melibatkan DAP dan ahli-ahlinya sendiri, selain itu ROS tidak mempunyai sebarang niat untuk membatalkan pendaftaran parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment