Ringkasan artikel:
Penasihat DAP Lim Kit Siang digambarkan oleh penentangnya sebagai mengamalkan pemerintahan diktator dan cuba membina dinasti politiknya.
Ini dikaitkan dengan keengganannya untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti mana diarahkan oleh Pendaftar Pertubohan (ROS) baru-baru ini.
Benarkah tanggapan ini? Bagi memperjelaskan kepada rakyat, berikut adalah kronologi isu status ahli-ahli CEC DAP termasuklah Setiausaha Agungnya yang juga anak Kit Siang, Lim Guan Eng yang begitu lama masih belum lagi selesai.
Kesimpulan daripada kronologi pemilihan CEC yang telah ulang sebanyak dua kali sebelum ini jelas menggambarkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti demokrtik seperti namanya ‘Democratic Action Party’.
Sebenarnya berlakunya isu pemilihan CEC DAP ialah cubaan menipu khasnya terhadap akar umbi DAP dan amnya rakyat Malaysia.
Oleh itu, daripada kronologi pemilihan CEC DAP harus dijadikan iktibar agar rakyat tidak terperangkap dengan parti yang tidak mempunyai integeriti dengan manipulasikan serta menafikan hak ahlinya untuk mengundi demi kepentingan pribadi untuk mempertahankan kuasa.
Kronologi pemilihan.
15 Disember 2012: Seramai 20 ahli CEC yang baharu dipilih dalam Kongres Nasional DAP. Kesemua calon Melayu ditolak oleh perwakilan yang hadir dalam merebut 20 jawatan.
3 Januari 2013: Hanya setelah tiga minggu barulah DAP mengaku telah berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan itu dengan menyalahkan program komputer Microsoft Excel. Tindakan DAP itu dikutuk oleh rakyat kerana cuba ‘memperbetulkan’ pemilihan CEC setelah didesak.
17 April 2013: ROS mengeluarkan notis kepada DAP kerana berlaku aduan penyelewengan ketika pemilihan itu. Ahli-ahli DAP membuat laporan kepada ROS tentang wujudnya penyelewngan dan manipulasi undi ketika pengundian. Di antara yang dilaporkan :
a. DAP gagal memberi notis kepada pewakilan seramai 753 orang yang merupakan ahli sah dan layak mengundi dalam CEC pada 15 Disember 2012.
b. Wujud 547 perwakilan haram atau ‘pengundi hantu’ yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang dikatakan telah diarah mengundi enam individu termasuklah Kit Siang dan Guan Eng.
c. Seramai 851 daripada 2,576 perwakilan tidak hadir dan mengundi semasa pemilihan semula CEC dan secara misteri muncul pula 120 cawangan tambahan yang hadir dan pengundi diwakili oleh 450 perwakilan. Ini bermakana 1,301 perwakilan asal tidak hadir untuk mengundi.
17 Jun 2013: ROS meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi pada pemilihan Disember 2012. Ini untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch’ atau satu penyelewengan.
30 Julai 2013: ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
5 Ogos 2013: ROS dedahkan bahawa dakwaan pemimpin DAP yang mereka telah memberi kerjasama penuh kepada ROS adalah merupakan pembohongan kerana sepanjang siasatan mereka sering meminta penundaan tarikh atau memendekkan masa proses siasatan atas alasan sibuk dengan hal politik kepartian mereka.
29 September 2013: Pemilihan semula CEC DAP, Liew Chin Tong mendapat undi popular tertinggi sekali iaitu 1,438 undi tetapi beliau tidak dapat memegang jawatan terpenting sekali dalam DAP. Guan Eng masih memegang jawatan Setiausaha Agung DAP ( jawatan belum diluluskan ROS) walaupun dia sekadar menduduki hanya tangga kelima sahaja.
4 Disember 2013: ROS menghantar surat kepada Pengerusi DAP Kedah yang memaklumkan bahaw CEC DAP masih belum diikttiraf oleh ROS.
6 Disember 2013: ROS hantar surat kepada DAP untuk mengemukakan laporan lengkap pemilihan semula CEC termasuk 985 cawangan (cawangan asal 865 ditambah 120 cawangan) yang telah diberi status A dan juga salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.
11 Disember 2013: ROS melaporkan isu CEC akan terus berada dalam kedudukan tergantung sehingga DAP mengemukakan laporan berhubung kongress khas dan pemilihan semulanya.
18 Februari 2014: ROS meminta DAP senarai 985 cawangan yang diberikan dengan sijil A kerna dokumen itu belum lagi diserahkan kepada ROS. ROS juga meminta parti untuk senara penuh semua perwakilan dari sijil A cawangan yang menghadiri pemilihan CEC awal pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013. DAP juga diminta untuk salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan yang tidak dapat menghadiri mesyuarat pada 15 Disember 2012.
23 September 2014: DAP mengambil keputusan tidak meneruskan permohonan semakan kehakiman (kerana fakta kase tidak menyebelahi mereka). Pada peringkat permulaan mereka cuba mengugut ROS supaya mengiktiraf pemilihan semula CEC dalam kongress khas parti itu pada 29 September 2013.
3 Oktober 2014: ROS membuat penafian pernah mengiktiraf pemilihan CEC DAP sebagai sah.
19 Mac 2015: Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri berkata siasatan ROS terhadap DAP masih berjalan. Ini kerana jabatan berkenaan masih menerima aduan baharu daripada ahlinya sendiri walaupun pemilihan semula telah diadakan.
9 Julai 2015: Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ROS mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian parti di bawah Seksyen 16 Akta Pertubuhan dengan pengecualian mahkamah.
29 Oktober 2015: ROS masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap DAP berikutan pemilihan semula parti itu yang diadakan pada 29 September 2013. Kenyataan ini dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab soalan Loke Siew Fook yang meminta beliau menyatakan status siasatan ROS terhadap DAP.
19 Mei 2016: Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan ROS tidak berpuas hati dengan dokumen yang disediakan oleh DAP. ROS masih menyiasat pemilihan semula kerana ia perlu menganalisis dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh DAP. Ini kerana terdapat percanggahan dalam kandungan dan kebenaran dokumen itu.
19 Julai 2016: DAP tangguh pemilihan CEC yang sepatutnya 29 September 2014, tetapi perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan iaitu sepatutnya Mac 2015 namun masih gagal.
23 Mei 2017: Di atas keadaan terdesak kerana gagal memenuhi semua yang diminta oleh ROS dan demi untuk mempertahankan kuasa, DAP mendesak agar ROS membatalkan pendaftaran DAP. Dengan angkuhnya DAP mendesak agar ROS memberi surat tunjuk sebab mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan sudak terbalik bukanya ROS yang memberi surat tunjuk sebab mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan.
Sebenarnya ini merupakan satu tipu helah kepimpinan DAP yang sedia ada untuk menyingkirkan musuh-musuh mereka dalam DAP sekarang, yang dijangkan akan memberi cabaran yang kuat sekira pemilihan semula diadakan. Dengan mengharamkan DAP mereka boleh terlepas daripada kekalahan yang memalukan oleh pencabarnya yang berpengaruh serta berpotensi untuk menang itu. Oleh itu, untuk terus berkuasa, parti baru akan ditubuhkan setelah DAP dibatalkan dengan memindahkan penyokong tegar mereka yang sedia ada ke dalam parti baru itu.
7 Julai 2017: Pengumuman media oleh ROS tentang arahan meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana perlantikan 20 ahli CEC daripada pemilihan semula pada 29 September 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang. Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC bertarikh 15 Disember 2012 yang melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan. Surat rasmi tentang arahan ini akan dikeluarkan oleh ROS dalam masa terdekat.
17 Julai 2017: Setelah sepuloh hari pengumuman media ROS, DAP telah menerima surat rasmi daripada ROS tentang arahan pemilihan semula CEC DAP. DAP telah diberi tempoh empat belas hari untuk memberi respon terhadap surat tersebut. Bagaimanapun surat ROS tersebut tidak menetapkan bila pemilihan semula harus diadakan.
Kesimpulan
Kesimpulan daripada kronologi pemilihan CEC yang telah ulang sebanyak dua kali sebelum ini jelas menggambarkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti demokrtik seperti namanya ‘Democratic Action Party’. Realitinya parti ini ialah sebuah parti yang mengamalkan sistem autokrasi atau sistem kuku besi sejak ditubuhkan pada 19 Mac 1966. Di mana ia mempunyai seorang sahaja pemimpin yang lebih berkuasa ia itu Lim Kit Siang yang masih lagi berkuasa sehingga hari ini. Boleh juga ia disamakan dengan sistem dinasti yang diamalkan di negara Cina dizaman silam, di mana kuasa pemerintahan dipegang oleh keluarga tertentu.
Jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin parti lain yang sezaman dengan Kit Siang majoriti daripada mereka yang masih hidup sudah tidak lagi aktif dalam politik melainkan beliau dan Tun Dr Mahathir. Mengikut rekod, Kit Siang sudah memimpin DAP selama 51 tahun, dalam tempoh tersebut 30 tahun sebagai Setiausaha Agung, 5 tahun sebagai Pengerusi Kebangsaan mulai 1999, 13 tahun sebagai penasihat DAP mulai 2004 hingga sekarang. Masakan beliau mampu bertahan begitu lama sekira mengamalkan pemeritahan secara demokrasi tanpa sebarang penipuan dan paksaan.
Sebenarnya berlakunya isu pemilihan CEC DAP ialah cubaan menipu khasnya terhadap akar umbi DAP dan amnya rakyat Malaysia. Ini bukan apa, tetapi ia hanya merupakan permainan penipuan (con-game) untuk mempertahankan kuasa yang sedang tercabar. Apabila sudah terperangkap kerana berbohong kepada ROS, DAP cuba membentuk tanggapan atau persepsi kononnya ROS tidak berlaku adil kepada mereka, kononnya ROS membisu selama empat tahun dan tiba-tiba cuba mencari salah DAP, kononnya DAP dijadikan mangsa, dan sebagainya untuk mendapat simpati rakyat. Kononnya dunia cuba untuk menganaya DAP yang tidak berkeupayaan dan tidak berdosa. Begitulah amalan DAP apabila sudah tersepit suka membentuk tanggapan untuk mendapat simpati rakyat atau menuding jari ke pihak lain untuk menyelamatkan diri.
Oleh itu, daripada kronologi pemilihan CEC DAP harus dijadikan iktibar agar rakyat tidak terperangkap dengan parti yang tidak mempunyai integeriti dengan manipulasikan serta menafikan hak ahlinya untuk mengundi demi kepentingan pribadi untuk mempertahankan kuasa. Itu baru sahaja pemilihan dalaman parti sudah mahu menipu, maka ia tidak mustahil berlaku dalam setiap pilihan raya umum jika ditakdirkan DAP berkuasa memerintah negara ini demi untuk terus kuasa buat selama-lama.
Berdasarkan trek rekod sejak ditubuhkan 51 tahun (1966) yang lalu, tiada sebarang sumbangan yang cemerlang serta positif oleh DAP kepada negara ini. Sumbangan DAP dalam aspek nation building terhadap negara ini jelas tidak ada. Sumbangan DAP kepada negara ini yang ketara sehingga kini hanyalah ialah memecah belahkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan menghasut rakyat melalui politik kebencian. Sumbangan DAP terhadap kemajuan ekonomi, sains dan teknologi, politik dan kebudayaan kepada negara jelas tidak ada. Politik yang dibawa oleh DAP merupakan politik murahan yang tidak akan membawa negara ini ke mana, malah terus ke belakang dalam dunia yang serba maju ini.
Jika dilihat perjuangan politik DAP hampir serupa dengan perjuangan politik Parti Komunis Malaya (PKM) semasa zaman darurat dahulu; iaitu perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang mana Melayu atau UMNO sebagai kuasa dominan. Hanya pendekatan perjuangan mereka sahaja yang berbeza. Jika PKM dahulu menggunakan pendekatan perjuangan bersenjata untuk menjatukan kerajaan, tetapi DAP sekarang berselindung di sebalik demokrasi (walaupun mereka sendiri berfahaman sosialis yang hampir dengan komunisme) untuk menjatuhkan kerajaan BN yang mana Melayu atau UMNO sebagai kuasa dominan.
Yang menjadi masalah sekarang ialah segelintir Melayu yang keliru tentang kaitan Melayu dengan UMNO oleh kerana terlalu berpolitik serta terpengaruh oleh hasut pembankang (kuasa disebalik Pakatan Harapan ialah parti cauvinis Cina DAP) yang sanggup memusuhi UMNO yang memperjuangkan bangsa Melayu. Sebenarnya mereka tidak faham mengapa mereka dihasut untuk membenci UMNO sebuah parti sebangsa mereka sendiri, ini tidak lain tidak bukan untuk memecah belahkan serta melemahkan Melayu supaya mereka boleh dikuasai untuk dijadikan hamba DAP.
Akhir sekali, insaflah serta berwaspadalah bangsaku, bangsa Melayu terhadap jarum halus DAP melalui Pakatan Harapan untuk memecah belahkan serta menghancurkan bangsa Melayu. Ingat tidak kempen DAP yang dilaungkan oleh seorang ahli mereka “Use Malay to screw Malay” atau “Gunakan Melayu untuk memusnahkan Melayu”. Itulah akibatnya sekiranya kita lalai serta masih menyokong Pakatan Harapan. Dengan itu orang Melayu tidak harus mengikut jejak pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang berjiwa hamba yang bukan sahaja menghambakan diri mereka untuk nafsu kepentingan peribadi, malah menghambakan diri mereka kepada DAP untuk memecah belahkan bangsa sendiri dengan penuh kesetiaan, agar bangsa Melayu hancur serta merempat di tanah air sendiri.
No comments:
Post a Comment