Wednesday 12 July 2017

TANPA PEMBOHONGAN MUNGKIN RAFIZI TIDAK BOLEH JADI AHLI PARLIMEN PANDAN.

Rafizi pembohong/pemfitnah bersiri.
Nampaknya, Rafizi Ramli PKR semakin memperbodohkan rakyat khususnya pengundi kawasan Parlimen Pandan. Ini dilihat sama ada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan terlalu dungu serta mudah terpengaruh dengan si pembohong bersiri itu yang hanya harap rupa jambu sahaja, atau pun kerana beliau terlalu pakar dalam teknik-tenik pembohongan ketika menuntut di luar negara dahulu sehingga mampu mempengaruhi pengundi-pengundi Parlimen Pandan yang bijaksana.

Oleh itu, pengundi-pengundi Parlimen Pandan dinasihatkan agar tidak lagi dibohongi buat kali kedua dalam PRU ke 14 akan datang (sekiranya pembong bersiri ini masih lagi bertanding di Parlimen Pandan). Seandainya mereka masih reda dibohongi maka adalah sah mereka memang dungu atau mungkin pembohong bersiri itu memang pakar berbohong.

Fitnah dan putar belit Rafizi PKR ini memang sudah melampau. Dalam masa yang sama, Zaid Ibrahim pernah mengingatkan Anwar Ibrahim supaya tidak usah berselindung di bawah skirt Rafizi.

Ya memang benar. Rafizi Ramli memang layak memegang gelaran pembohong bersiri negara. Ianya juga menimbulkan persoalan sama ada beliau menghidap penyakit pathological lying atau pun pseudologia fantastica di mana wujud pembohongan kompulsif dan habitual?
Yang terbaru, dakwaan beliau harga petrol dan diesel akan terus naik dalam beberapa bulan akan datang dan bakal mencecah RM2.70 menjelang Jun 2017 ternyata hanya satu pembohongan belaka. Ternyata bahawa harga bahan api untuk minggu ketiga bulan Jun turun lagi, selepas mencatatkan penurunan harga dua minggu sebelum ini.
Di bawah adalah senarai 24 dalil mengapa Rafizi Ramli tidak layak dipilih sebagai Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mana-mana kawasan di negara ini :
1. Memfitnah cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kononnya kenyataan tersebut merupakan hanya beseloroh serta gurauan. Beliau kelihatan berani sekira tidak dicabar, tetapi sebenarnya beliau merupakan pemimpin yang pengecut apabila dicabar balik.  
2. Memfitnah mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk seks dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR (parti beliau sendiri). Setelah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti terhadap tuduhan tersebut.
3. Memfitnah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp)  tentang pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Keputusan bicara saman fitnah, Rafizi didapti bersalah kerana memfitnah dan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM200,000.

4. Memfitnah  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya terlibat dalam urusniaga Boustead Holdings Berhad yang kononnya ada kaitan tentang pembayaran bernilai RM160 juta. Rafizi menarik balik tuduhan tersebut dan diselesaikan di luar mahkamah.
5. Memfitnah dan memutar belit tentang isu GST.
6. Memfitnah Tabung Haji kononnya akan rugi RM933 juta. Akibat fitnah itu, seramai 3,954 pendeposit Tabung Haji menutup akaun caruman mereka yang telah menjejaskan giliran mereka untuk menunaikan ibadah haji. Tetapi Rafizi sendiri  tidak tutup akaunnya dalam Tabung Haji dan gilirannya untuk menunaikan haji tidak terjejas serta turut menikmati dividennya.
7. Memfitnah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim mantan MB Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dalam usahanya menjadikan Datuk Seri Anwar sebagai MB Selangor. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah, terbukti bahawa segala dakwaan Rafizi dan Saifuddin Nasution adalah fitnah.
8. Memfitnah kononnya berlaku Blackout semasa PRU13, Rafizi juga mengaku salah kerana menganjur bantahan tentang blackout tersebut di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang tersebut iaitu DBKL. Beliau juga gagal mengemukakan bukti mengenai kejadian blackout semasa PRU13 dan dakwaan tentang kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh.
9. Memfitnah UMNO kononnya menyerang gereja menggunakan Molotov. Bagaimanapun beliau gagal kemuka bukti di mahkamah dan telah dijatuhi hukuman denda RM1,800.
10. Memfitnah kerajaan kerana beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan rasmi kononnya membazir, ia bagaimanapun dinafikan oleh syarikat BMW sendiri dan setakat ini tidak ada sebarang permohonan maaf daripada beliau kerana memfitnah.
11. Memfitnah kononnya yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya ialah sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta bukannya RM7 bilion seperti difitnah. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini menyedarinya tidak benar.
12. Memfitnah kononnya kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam. Padahal, kos sebenar hanyalah RM559 juta. UiTM mengeluarkan kenyataan amat terkilan dengan maklumat yang tidak tepat itu serta disensasikan oleh Rafizi untuk mencari modal politik.
13. Memfitnah kononnya Tabung Haji memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE). Lembaga Tabung Haji menafikan tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.
14. Memfitnah kononnya FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). FELDA menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan FELDA mempunyai keupayaan kewangan dan kemampuan sumber dalaman untuk membayar bonus itu kepada warga FELDA dan dakwaan Rafizi Ramli adalah tidak berasas sama sekali.
15. Memfitnah kononnya PAS menerima rasuah RM90 juta dari 1MDB. Hadi Awang menafikannya dan mengatakan ianya merupakan 300 peratus pembohongan. Beliau menyarankan agar Rafizi untuk segera bertaubat meminta keampunan di atas dosa menyebarkan fitnah. Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa juga menafikan dakwaan itu. Beliau ialah seorang Islam berdasrkan turun temurun yang tidak peka dengan hukum hakam serta tidak mepercayai bahawa fitnah atau berbohong itu berdosa dalam Islam, ia ibarat seperti membunuh.
16. Memfitnah kononnya kerajaan menggunakan khidmat Florence Goh iaitu bekas Pelobi Presiden Amerika untuk melobi kepentingan negara. Florence Goh tampil menafikannya dan menganggap Rafizii seorang yang cuai sehingga menjadikan dirinya dan syarikat beliau sebagai mangsa fitnah. Jika dikaji semula kebanyakkan fitnah-fitnah beliau untuk menyerang sesuatu pihak akan mengakibatkan kesusahan pihak ketiga yang tidak berdosa. Contoh yang baik ialah fitnah kononnya Tabung Haji kerugian RM933 telah menjejaskan pencarumnya untuk menunaikan ibadah mengikut giliran yang telah ditetapkan serta menikmati dividen sekiranya beliau tidak mengeluarkan caruman mereka. Dan dalam kase ini untuk menyerang kerajaan Rafizi telah mecemarkan nama baik Florence Goh dan syarikatnya yang tidak berdosa.
17. Memfitnah kononnya pejabat Perdana Menteri mempunyai perhubungan dengan 45 group atau dengan pemilik syarikat Baumgardner-Nardone dengan tidak mengemukakan sebarang bukti sahih. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad telah menafikan fitnah itu melainkan dakwaan tersebut disertakan dengan bukti.
Ini berpunca daripada politik fitnah.
18. Memfitnah kononnya Hakim Syariah terlibat dalam gejala rasuah tanpa sebarang bukti dikemukakan. Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim membuat laporan polis berhubung kenyataan itu. Sedang disiasat untuk didakwa di bawah Jenayah Fitnah (Kanun Keseksaan) dan bukannya saman sivil.
19. Memfitnah kononnya Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah sebagai pengerusi yayasan tersebut. Syed Mehdhar menggesa Rafizi untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan.
Kebangkitan rakyat Arab Spring ini disebabkan
oleh fitnah didalangi Zionis.
20. Memfitnah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar dan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof ada hubungan rapat dengan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihanraya umum ke 13. Wan Ahmad menafikannya dan berharap Rafizi terima dosa kerana memfitnah beliau pada bulan puasa.
21. Memfitnah dengan tujuan untuk memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung pembayaran gratuiti kepada pencarum LTAT. LTAT telah memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli.
Akibat fitnah didalangi Zionis telah mencetuskan kebangkitan
rakyat Arab Spring.
22. Memfitnah kononnya Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengurangkan elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) daripada RM250 kepada RM125. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikannya dan menegaskan Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.
23. Memfitnah projek MRT ini akan melonjak kepada RM100 bilion kononnya ‘bersumberkan maklumat dari SPAD’. Ternyata bahawa projek itu hanya berbelanja sebanyak RM21 billion sahaja menurut kenyataan rasmi kerajaan.
24. Memfitnah kononnya PM Najib Razak telah mengumumkan projek MRT berharga RM21 billion ialah untuk 21km, ini bersamaan dengan kos RM1 billion untuk satu km. Padahal nilai yang diumumkan itu adalah untuk keseluruhan pakej Fasa 1 dan 2 projek MRT1 sejauh 51km. Nampaknya prinsip politik yang dimainkan Rafizi seiras dengan prinsip politik yang dimainkan oleh Zionis di barat. Mungkin beliau mempelajarinya ketika menuntut di barat dahulu. Prinsip yang digunakan oleh Zionis ialah prinsip F.P.K.P atau FK2P (Fitnah,Putarbelit,Kelirukan dan Pengaruh). Prinsip yang sama telah digunakan  Zionis untuk mendalangi kebangkitan rakyat semasa peristiwa Arab Spring antara penghujung 2010 hingga awal 2012 di seluruh negara-negara semenanjung Arab.
Apakah Rafizi mahu menafikan 24 (+1) dalil tersebut di atas? Sudah tentu mahu.  Memandangkan beliau tidak mempunyai modal serta kepakaran lain dalam politik, selain daripada memfitnah, memutarbelit, mengelirukan demi mempengaruhi pengikut atau pengundinya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Rafizi Ramli juga telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Mahkamah Sesyen dan sekarang sedang menunggu menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.
Sikap kerap memfitnah serta berbohong ini juga telah menjadi perbualan hangat pihak netizen. Malah ada yang melabelkan ‘Rafizi’ = ‘bohong’ dan hashtag #RafiziIsBohong juga sedang viral dalam twitter!

No comments:

Post a Comment