Ringkasan artikel:
Sebabnya mereka menipu dalam pemilihan parti pada Disember 2012 ialah sebab Kit Siang telah mengarahkan Anthony Loke Siew Fook untuk membuat risikan dan mereka dapati bahawa Tan Seng Giaw akan memenangi undi yang tertinggi pada pemilihan parti Disember 2012 — bersama-sama dengan individu lain dalam ‘Tim B’ seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow, Dr Boo Cheng Hau, Chong Chieng Jen, dll., yang akan berada di kedudukan sepuluh ke atas. Oleh itu tiada jalan untuk DAP akan mengadakan pemilihan semula buat kali kedua sebab ini akan membuka pintu untuk Tan Seng Giaw memenangi serta menduduki kedudukan nombor satu dalam pemilihan tersebut.
Sepanjang satu atau dua minggu lepas banyak telah diperkatakan tentang Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang haram.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah bertanya sama ada parti harus “bawa balik” mendiang pengerusi, Karpal Singh, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 17th April 2014, untuk mengundi semasa pemilihan semula sebagaimana diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). “Dia tiada lagi, oleh itu adakah kita boleh menyuruh Kirpal Singh kembali untuk mengundi?” tanya Guan Eng.
Dari pertanyaan beliau jelas menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang Ketua Menteri DAP yang paling jahil serta dungu di abad ini. Sebab itulah ekonomi Pulau Pinang tidak maju di bawah pentadbiran beliau. Sebagai seorang pemimpin politk pembangkang sepatutnya beliau lebih arif tentang siapa yang berhak mengundi atau memilih dalam sesuatu pemilihan. Masakan orang yang sudah mati layak memilih, itu merupakan soalan yang dungu namanya. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak tahu tentang undang-undang pemilihan dalam perlembagaan partinya sendiri serta undang-undang peraturan RoS. Macam mana beliau boleh menjadi Ketua Menteri dengan kebodohannya yang amat sangat. Dengan kebodohannya itu, mengapa beliau tidak mempersoal Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) tentang datuk, nenek, moyangnya yang sudah mati dipanggil untuk mengundi pada PRU ke 14 akan datang?
P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, pula berkata, “Persoalan tentang bagaimana untuk melumpuhkan DAP, parti barisan pembangkan bukan Melayu terkuat di negara ini; mengakibatkan parti politik bukan Melayu yang lain dalam BN tidak berkesan secara total”.
Daripada kenyataannya itu, adalah jelas bahawa P.Ramasamy, seorang profesor kangkung, penyokong tegar pengganas LTTE (Liberation Tiger Tamil Elam), yang rasis terhadap Melayu, angkuh dan sombong. Mengapa beliau harus menyebut ‘parti barisan pembangkang bukan Melayu terkuat di negara ini’? Sedia maklum, ‘barisan parti pembangkang’ yang wujud sekarang ialah Pakatan Harapn dan komponennya terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan PPBM. Sekiranya Ramasamy menyatakan ‘barisan parti pembangkang bukan Melayu terkuat di negara ini’ di manakah letaknya PAN dan PPBM dalam barisan pembangkang yang dinyatakan oleh Ramasamy itu. Dan mungkin ini juga melibatkan PKR, walaupun parti itu bukan seratus peratus parti berasaskan Melayu tetapi majoritinya adalah Melayu. Jelas di sini Ramasamy tidak menyenangi serta anti Melayu walaupun mereka rakan seperjuanga dalam satu barisan atau pakatan. Sebabnya ialah kerana beliau hanya mengiktiraf parti berasaskan kaum pendatang DAP daripada tiga parti yang berasaskan dan separa Melayu dalam barisan atau pakatan mereka, ia itu Pakatan Harapan. Beliau menganggap sekutu mereka PKR,PAN dan PPBM hanyalah sebagai pelengkap kepada perjuangan Pakatan Harapan sebagai ‘hamba politik’. Sebab itulah hanya Melayu yang berjiwa hamba sahaja berada dalam Pakatan Harapan yang sanggup membuka pintu serta bersekongkol untuk bangsanya dijadikan hamba oleh DAP.
Selain daripada sikap rasis, P.Ramasamay juga seorang yang angkuh serta sombong kerana cuba menyembunyikan masalah dalaman Pakatan Harapan terutamanya parti beliau sendiri DAP yang sedang menuju ke arah kehancuran. Isu keenganan DAP untuk mengadakan pemilhan semula CEC yang haram akan menjejaskan peluang DAP untuk bertanding dalam PRU ke 14 akan datang. Walaupun sekiranya pemilihan semula diadakan namun DAP akan terus bergolak di antara dua puak yang bertentangan iaitu antara puak dinasti Lim dan puak Dr Tan Seng Giaw yang mempunyai sokongan padu dari akar umbi DAP. Golongan akar umbi tidak lagi mempercayai puak dinasti Lim setelah dua kali tertipu semasa pemilihan 2012 dan pemilihan ulangan 2013.
Kemudian ada juga pihak lain yang bertanya tentang mengapa mengambil masa, seperti empat tahun, untuk ROS mengambil tindakan? Mengapa ROS tidak mengambil tindakan sebelum ini? Mengapa hanya sekarang baru mahu mengambil tindakan apabila pilihan raya akan datang sudah hampir? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sebaliknya, berkata, “Kelayakkan DAP Dalam Pilihan Raya Umum Akan Datang Diketahui Setelah Kase ROS Diselesaikan”, yang mana ini telah mewujudkan kegemparan di kalangan pemipin-pemimpin DAP tentang apakah yang akan berlaku tehadap mereka selepas ini.
Pengerusi SPR Mohd Hashim Abdullah berkata mereka akan tunggu keputusan RoS sebelum membuat keputusan terhadap nasib DAP.
Sebenarnya DAP cuba menipu rakyat Malaysia. Ini bukan apa tetapi ia hanya merupakan permainan untuk menipu (con-game). DAP sedang cuba memberi tanggapan atau persepsi bahawa ROS tidak berlaku adil kepada mereka, bahawa ROS membisu selama empat tahun dan tiba-tiba cuba mencari salah DAP, bahawa DAP dijadikan mangsa, dan sebagainya. Kononnya dunia cuba untuk mengenakan DAP yang tidak berkeupayaan dan tidak berdosa.
DAP sedang merancang untuk mencabar ROS. DAP belum lagi menerima surat rasmi dari ROS, tetapi menurut punca dalaman DAP menyatakan bahawa tidak kira apa surat itu akan katakan, DAP akan memohon semakan kehakiman (judical review) untuk mencabar ROS. DAP tidak mampu mengadakan pengundian semula ke dua, sebab sekiranya beliau adakan maka Tan Seng Giaw akan memenanginya dengan kedudukan tempat pertama. Dan Guan Eng mungkin kalah sementara Kit Siang akan berada kedudukan sepuluh ke bawah. Ini lah satu perkara yang mereka tidak mahu untuk berlaku, oleh itu pemilihan semula kali kedua tidak boleh diterima.
Ini adalah apa yang telah dilaporkan pada 28hb September 2013 bertajuk: Tug of war between DAP and ROS continues.
Dalam laporan itu RoS berkata, “Merujuk kepada perlembagan DAP, pemilihan pusat harus diadakan semasa kongress kebangsaan dengan memberi 10 minggu notis kepada cawangan dan perwakilan. Sekiranya DAP mendesak terhadapnya dengan niat untuk mengadakan pemilihan baru pada hari Ahad dalam satu kongress khas, pertama mereka harus meminda perlembagaan parti mereka terlebih dahulu”.
Pada 30hb September 2013, laporan Antara Post bertajuk: DAP re-election degenerates into another farce .
Dalam laporan itu menyatakan, “Pemilihan semula yang tergesa-gesa oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) boleh membawa parti kepada lebih banyak masalah dengan ROS. Aktivis dan bekas pemimpin parti berkenaan telah mendesak agar Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiauasaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk memastikan bahawa senarai perwakilan dan notis berkaitan adalah mengikut undang-undang dan harus diluluskan ROS sebelum mengadakan pemilihan.”
The Star) – Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengambil empat tahun untuk mengarahkan DAP untuk pemilihan semula, disebaliknya, parti tersebutlah yang masih belum lagi mematuhi arahan tersebut dengan betul, kata seorang blogger politik Lim Sian See.
Lim berkata bahawa Anthony Loke pemimpin DAP sendiri yang mengaku bahawa RoS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula dalam satu surat rasmi bertarikh Julai 30, 2013.
Beliau menambah bahawa RoS juga telah memberi amaran kepada DAP bahawa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada September 29, 2013 tidak mematuhi, yang mana dokumen yang relevan tidak dimajukan kepada ROS tidak menepati masa yang ditetapkan dan minima tempoh notis minima 10 minggu tidak dipatuhi.
Beliau berkata RoS telah memberi amaran kepada DAP supaya tidak menyamakan arahan mahkamah pada September 27, 2013 untuk mendapatkan lampu hijau bagi membuat pemilihan semula pada September 29, 2013.
RoS menyatakan ini sebagai respon kepada dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa keputusan mahkamah untuk membatalkan saman yang failkan oleh A. David Dass bermakna bahawa parti mempunyai hak untuk mengadakan pemilihan melalui kongress khas.
“Dengan itu, RoS sudah dengan lebih awal memberi amaran kepada DAP bahawa pemilihan semula mereka sudah tidak mematuhi, yang mana dokumen yang relevan tidak dimajukan kepada ROS tidak menetapi masa yang ditetapkan dan tempoh notis minima 10 minggu tidak dipatuhi,” Lim berkata.
Beliau juga mengaitkan artikel dalam berita atas talian sebagai bukti tentang ini.
Lim dengan tepat merujuk satu laporan berita pada September 5, 2013 yang DAP telah menyatakan akan memajukan dokumen yang diperlukan kepada ROS.
“Saya tidak tahu sama ada mereka akhirnya memajukannya atau tidak tetapi apa yang saya tahu bahawa September 5, 2013 adalah kurang daripada 10 minggu daripada hari pemilihan September 29, 2013”, blogger tersebut berkata.
Dia kata persoalan perlu ditanya tentang mengapa DAP mengadakan pemilihan semula pada September 29, 2013 setelah diberi amaran awal oleh ROS bahawa pemilihan semula itu tidak sah dan bertentangan perlembagaan DAP sendiri.
Dalam satu kenyataan ROS telah menyatakan bahawa mereka tiada niat untuk membatalkan pendaftaran DAP, tetapi mengarahkan untuk mengadakan pemilihan semula untuk ahli CEC mereka.
Berikutan aduan daripada ahli DAP, RoS mempercayai bahawa pemilihan semula pada 2013 telah tidak dijalankan berdasarkan senarai perwakilan yang dibenarkan untuk hadir dan mengundi dalam pemilihan sebelum ini pada Disember 15, 2012.
Pemilihan pada 2012 telah melibatkan 2,576 orang delegates from 865 branches.
Roket DAP mungkin tiada dalam pilihan raya umum akan datang.
Oleh itu DAP telah diberi amaran banyak kali dan oleh banyak orang bahawa pemilihan semula mereka pada September 2013 adalah cacat dan melanggar bukan sahaja perlembagaan parti mereka sendiri tetapi undang-undang Pendaftar Pertubuhan. DAP, bagaimanapun, memilih untuk tidak endah amaran ini. Dan sekarang pula DAP bertanya mengapa ROS mengambil masa empat tahun untuk membangkitkan semula perkara ini.
Dakwaan bahawa ROS mengambil masa 4 tahun untuk memaklumkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula merupakan satu pembohongan.
Tetapi itulah dia DAP. ROS tidak mengambil masa empat tahun untuk membangkitkan perkara ini. Mereka membangkitkannya dalam tempoh 24 jam, empat tahun yang lalu, dan memberi tahu untuk DAP menyelesaikan masalah tersebut. Hanya DAP sahaja yang tidak berbuat apa-apa dalam masa empat tahun. Kemudian DAP berdolak dalik dan mengatakan bahawa Umno cuba untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Pertama, ini tidak ada kena mengena dengan Umno. Ia merupakan perbalahan dalaman DAP antara kepimpinannya dengan ahlinya sendiri. Ia berpunca daripada ahli DAP sendiri yang membuat aduan kepada ROS, bukannya UMNO. Kedua, ROS tidak ada niat untuk membatalkan pendaftaran DAP. Walaupun itulah apa yang dihajati oleh Lim Kit Siang untuk ROS lakukan tetapi ROS tiada niat untuk melakukan itu. Apa yang ROS mahu ialah untuk DAP mengadakan pemilihan semula kedua, dan lakukan dengan betul kali ini supaya hak ahli boleh dilindungi dan keadilan dapat ditegakkan.
Dalam kata lain, semua mereka siapa yang layak menghadiri pemilihan parti Disember 2012 harus dibenarkan hadir pemilihan kedua sementara mereka yang tidak layak mengundi tidak dibenarkan mengundi. ROS juga menyatakan pemilihan kedua ini haruslah berdasarkan senarai perwakilan untuk siapa yang mempunyai hak menghadiri dan mengundi CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan 2,576 orang perwakilan dari 865 cawangan.
Lim Kit Siang menyuruh Anthony Loke dan Vincent Wu untuk melakukan penipuan dalam pemilihan supaya Tan Seng Giaw boleh ditendang keluar disebalik memenangi kedudukan teratas.
Sebab mereka melakukan penipuan pada pemilihan parti Disember 2012 ialah setelah Kit Siang menyuruh Anthony Loke Siew Fook melakukan risikan dan mereka mendapati bahawa Tan Seng Giaw akan memperolehi undi yang tertinggi dakam pemilihan parti Disember 2012 — bersama dengan pemimpin lain dalam ‘Tim B’ seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow, Dr Boo Cheng Hau, Chong Chieng Jen, dan lain-lain, siapa yang akan berada di kedudukan sepulu ke atas. Oleh itu tidak ada sebab untuk DAP mengadakan pemilihan semula kali kedua kerana dengan berbuat demikian akan hanya membolehkan Tan Seng Giaw memenangi dengan kedudukan pertama.
Yang teruk sekali, risikan Anthony Loke mendedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak akan memenangi kedudukan teratas atau malah tidak berada di kedudukan sepuluh ke atas tetapi berada di bawah kedudukan nombor sepuloh ke bawah, dengan kemungkinan bahawa Guan Eng mungkin tidak berada dalam kedudukan nombor dua puloh ke atas tetapi luar daripada senarai keseluruhannya. Oleh itu adalah penting bahawa Tan Seng Giaw ditendang keluar sementara yang lain dalam ‘Tim B’ mesti harus berada di bawah nombor sepuloh disebalik kedudukan nombor sepuloh ke atas.
Sebab itulah Anthony Loke dan Vincent Wu mengadakan satu rancangan tentang bagaimana hendak menafikan lebih daripada 1,300 orang perwakilan sahabat -Tim-B daripada hadir dalam mesyuarat (dengan tidak menghantar surat jemputan kepada mereka) sementara mereka membawa masuk lebih daripada 500 orang pengundi hantu untuk memberi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan‘Tim A’ beliau, 500 undi lebih daripada apa yang harus mereka dapat. Itulah dia bagaimana bapa dan anak Lim mendapat undi teratas sementara ‘Tim A’ mereka mendapat kedudukan nombor sepuloh ke atas dan ‘Tim B’ ditolak ke bawah kepada kedudukan nombor sepuloh ke bawah dengan ketua tim mereka ditendang keluar keseluruhannya.
Liew Chin Tong menuduh Umno cuba untuk membatalkan pendaftaran DAP dan itulah yang memulakan keseluruhan huru hara.
Sebelum ini, Liew Chin Tong membuka mulut besarnya dan mula memberi komen tentang perkara dalaman UMNO. Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kemudia menjawab dan berkata bahawa DAP disebaliknya harus melihat ke dalam masalah dalaman parti mereka seperti pemilihan parti yang tidak sah. Ini mencuit hati sebahagian pemimpin DAP yang menuduh UMNO cuba untuk menyebabkan pendaftaran DAP dibatalkan, di mana ia merupakan dua pembohongan. Pertama, UMNO tidak terlibat dalam masalah ini, ia merupakan masalah antara di antara kepimpinan DAP dan ahli akar umbinya. Kedua, ROS tidak ada niat untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Oleh itu, pembohongan ini memaksa ROS untuk bertegas.
DAP kemudian mengadakan mesyuarat CEC dan membuat keputusan untuk menemui ROS bagi membincangkan perkara ini. Tetapi CEC DAP tidak sah, bermakna mesyurat yang mereka adakan beberapa hari yang lepas juga tidak sah. Dan itu bermakna ROS tidak boleh menemui ahli CEC DAP atau sebarang pegawai parti atau jika boleh ia samalah dengan ROS mengiktiraf CEC tersebut dan keputusan yang mereka telah buat.
RoS hanya mahu DAP untuk menatuhi: bermakna DAP mesti mengadakan pemilihan semula kali kedua parti. Tidak perlu untuk DAP menemui ROS sebab tiada perkara boleh diselesaikan cara itu, dan bagaimanapun ROS tidak boleh menemui mereka. Oleh itu sekarang bola berada di kaki DAP. Sekiranya DAP tidak mematuhi apa yang ROS minta untuk mereka lakukan maka CEC tidak mengikut undang-undang dan keputusan yang dibuat adalah tidak sah.
Dan ini akan bermakna pegawai parti yang dilantik oleh CEC juga tidak sah dan Setiausaha Agung parti tidak akan ada kuasa, seperti menanda tangan Surat Watikah untuk calon parti dalam pilihan raya umum akan datang, dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)telah menjelaskan seperti berikut:
SPR: Kelayakan Pilihan Raya Umum DAP Akan Diketahui Setelah Kase ROS Diselesaikan.
(The Sun Daily) – Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) akan hanya membuat keputusan terhadap kelayakan DAP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datamg setelah parti tersebut menyelesaikan isu perundangan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkat suruhanjaya tersebut tidak berhasrat untuk mencampuri dengan hal ehwal ROS, dan dengan itu, adalah terlalu awal untuk memberi komen tentang isu tersebut.
“Perkara ini melibatkan undang-undang. Selagi tiada keputusan muktamad dibuat tentang keadaan ini, adalah terlalu awal untuk SPR memberi komen”.
“Biarlah parti yang terlibat selesaikan perkara tersebut dahulu. Persoalan sama ada (DAP) layak atau tidak (untuk Pilihan Raya Umum) adalah terlalu awal untuk kami putuskan”, beliau berkata.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Mohammad Razin Abdullah telah, pada July 7 2017, memutuskan bahawa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 2013 telah diadakan tidak mengikut keperluan ROS dan didapati perlantikan CEC dan jawatan utamanya tidak sah.
Pada hari Ahad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP harus mengikut arahan daripada ROS untuk CEC mereka mengikut undang-undang, atau calon mereka tidak dibenarkan untuk bertanding dalam PRU ke 14.
Ini kerana sekiranya kepimpinan parti tidak diiktiraf oleh ROS, mereka tidak boleh menanda tangan kertas pencalonan pilihan raya umum yang membenarkan calon mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum sebagai calon parti berkenaan.
No comments:
Post a Comment