Sunday, 16 July 2017

MAHATHIR CUBA TIPU MELAYU : KUASA EKSEKUTIF DALAM PAKATAN MILIK SIAPA?

Mahathir cuba membohongi orang Melayu ketika mengumumkan struktur
kepimimpinan baru Pakatan Harapan.
Keputusan Pakatan Harapan diketuai DAP membariskan beberapa nama pemimpin Melayu pada Jumaat 14hb Julai 2017 untuk menduduki jawatan tertingginya merupakan satu cubaan untuk menipu orang Melayu agar memilih parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, adalah menghairankan apabila DAP yang memiliki kerusi Parlimen terbanyak berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan, tidak memegang jawatan tertinggi seperti Pengerusi mahupun Presiden pakatan itu, melainkan  Lim Guan Eng yang hanya memegang jawatan sebagai salah seorang Timbalan Presiden mewakili DAP daripada tiga orang Timbalan Presiden dan dua lagi iaitu Mohamad Sabu mewakili PAN dan Tan Sri Muhyiddin mewakili PPBM.

Struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang lain pula diterajui oleh Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi; Datuk Seri Anwar selaku Ketua Umum dan Datin Seri Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan.

Ketiadaan DAP itu dilihat sebagai satu perangkap untuk menipu orang Melayu, sedangkan ramai mengetahui bahawa parti yang mempunyai kerusi yang terbanyak di Parlimen sepatutnya penentu sebenar arah tuju Pakatan Harapan dan bukannya Mahathir yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen.

Daripada struktur kepimpinan baru itu, apakah DAP telah dipinggirkan atau ini disengajakan untuk mewujudkan persepsi di kalangan pengundi-pengundi Melayu bahawa Pakatan Harapan didominasi oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Ini sememangnya jelas menunjukkan helah dalam cubaan Mahathir untuk menipu pengundi Melayu. Mengapa tiada pemimpin DAP di peringat tertinggi sedangkan diketahui parti itulah yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen dan paling berpotensi untuk mengekalkan bilangan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Dr. Mahathir sendiri tidak mampu menamakan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menjatuhkan Barisan Nasional (BN), dan itu membuktikan parti-parti Melayu seperti PKR, PAN dan PPBM merupakan alat DAP untuk melaksanakan kempen “Use Malay to screw Malay” atau “Guna Melayu untuk jatuhkan Melayu”. Ia telah dilaungkan oleh seorang aktivis DAP bernama Superman Hew sebagaimana dalam video yang telah ditayang semasa ucapan Presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Itu Superman Hew kata bukan Najib kata. Jikalau Najib kata mungkin ia merupakan fitnah, kerana DAP adalah musuh UMNO. Memandangkan ia datang daripada Superman Hew seorang penyokong tegar DAP, maka ia merupakan rancangan sebenar DAP.

Selain itu, penguman yang dibuat tentang struktur kepimpinan baharu mereka telah menimbulkan tanda tanya berhubung tiga jawatan tertinggi pakatan itu.

Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya seperti Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan. Dengan ringkasnya   kuasa eksekutif Pakatan Harapan adalah milik siapa? Ini perlu dijawab oleh ketiga-tiga pemimpi tertinggi itu. Adakah kuasa eksekutif dimilik oleh pihak lain yang tidak tersenarai serta mempunyai kerusi Parlimen terbanyak? Oleh itu orang Melayu tidak harus melihat Pakatan Harapan atas apa yang tersurat, tetapi harus melihat disebaliknya iaitu apa yang tersirat untuk mengelakkan diri daripada tertipu.

Sebaik sahaja mengumumkan barisan baharu kepimpinannya, mereka telah pun janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.

Sebelum itu adalah lebih baik bagi pakatan pembangkang menamakan dahulu Perdana Menteri pilihan mereka berbanding membuat janji.

Banyak orang berasa pelik apabila diajukan soalan oleh wartawan kepada Pengerusinya, Mahathir tentang bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan, lalu beliau menjawab:”Kita isytiharkan Perdana Menteri kelapan dahulu. Perdana Menteri ketujuh kita tentukan kemudian”.Soalan wartawan tidak dijawab melainkan berdolak dalik untuk mengelirukan mereka.

Oleh itu, dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sedemikian, bolehkah kita memberi kepercayaan untuk mereka meneraju Malaysia terutama untuk kepentingan masa depan orang Melayu? Tentunya tidak, kerana masa depan orang Melayu bukanlah untuk diperjudikan, dengan membuka pintu untuk diperintah oleh orang lain, selain daripada kerjaan  yang sedia ada  yang mana Melayu sebagai kuasa dominan.

Umum mengetahui yang berkuasa dalam Pakatan Harapan ialah DAP, bukannya PKR, PAN dan PPBM sebagaiman yang cuba ditonjolkan oleh Mahathir dalam penguman struktur baru kepimpnan Pakatan Harapan. Tetapi Mahathir cuba menyembunyikan fakta sebenar dengan menonjolkan empat pemimpin Melayu (termasuk beliau sendiri) dan seorang pemimpin Cina sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Harapan. Maka adalah jelas di sini bahawa beliau cuba untuk bersandiwara dengan memberi gambaran yang palsu bahawa merekalah (pemimpin Melayu) yang kononnya berkuasa dalam Pakatan Harapan bagi tujuan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu semasa pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya disini menunjukkan bahawa Mahathir bersama-sama semua kepimpinan Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM adalah merupakan alat DAP untuk merealisasi kempen mereka “Use Malay to screw Malay” atau “Guna Melayu untuk jatuhkan Melayu” melalui sandiwara yang diumumkan oleh Mahathir.

Akhir sekali, orang Melayu harus berwaspada terhadap pemimpin Melayu ini yang cuba mengkhianat bangsanya sendiri demi untuk memenuhi kepentingan nafsu peribadinya dan bukan untuk kepentingan rakyat.











No comments:

Post a Comment