Tuesday, 19 February 2019

AZMIN ALI, ANDA USAH TEMBERANG PASAL PEMBANGUNAN SEMENYIH



Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 dan sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak turun dulu ke Semenyih, mana mungkin Semenyih dan Hulu Langat mendapat pembangunan.
Jelas Johan, PH tidak perlu temberang orang Semenyih kerana orang Semenyih tahu hakikat sebenar.
“Apa maksud dia tidak turun tu.. saya ingat bila dia turun baru dia nampak pembangunan sudah wujud di Semenyih ini.
“Jangan temberang orang Semenyih. Isu kesakan lalulintas saya yang buka jalan Eco Hill Eco World… saya desak untuk cepatkan dan projek itu bukan negeri yang buat… projek itu pemaju yang buat.
“Apa pembangunan yang PH kata mereka sudah buat? Apa? Tidak ada. Hospital? Saya yang minta dengan Datuk Seri Najib (ketika menjadi Perdana Menteri) RM300 juta untuk bina hospital di Sungai Jelok.
“… Sekolah? Saya yang bawa Datuk Seri Mahdzir Khalid turun ke Semenyih pada bulan dua… bulan empat lulus… hari ini menteri kasut hitam (Maszlee Malik) mengaku dia yang usahakan… jangan temberang orang Semenyih… orang Semenyih tahu,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Azmin baru-baru ini ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih berkata, kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.
Menurut beliau, sekiranya PH tidak turun dulu, tidak mungkin Semenyih dan Hulu Langat mendapat pembangunan seperti ini. 

No comments:

Post a Comment