Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang menutup bazaar Ramadhan di ibu kota hanya dengan alasan kononnya mahu melakukan pemutihan terhadap aktiviti menjual lesen berniaga kepada warga asing.
Tatkala PPBM melaungkan ‘Kepentingan Melayu akan kami jaga’ atau kononnya sebagai pengganti kepada UMNO, rakan karibnya, parti Amanah terus menindas peniaga Melayu.
Malangnya Melayu Bandar berniaga Bazaar Ramadhan setahun sekali sahaja untuk mereka mencari rezeki, di tindas oleh Khalid Samad. Tidak ada ke cara lainkah untuk menyelesaikan masalah ini, selain dari penutupan ini?
Memang benar ada kalangan orang Melayu yang tidak bertanggungjawab tapi ianya hanya 10-30 peratus sahaja dan mereka ini memang sepatutnya dikenakan tindakan tapi mengapa PH menghukum semua Melayu peniaga bazaar kerana segelintir ini?
Kami masih ingat tahun lepas, tahun pertama PH jadi Kerajaan, Ahli Parlimen Bukit Bintang yang menjual bazaar Ramadhan ini berpakat dengan Pemuda PPBM untuk memeras peniaga Melayu di Jalan TAR tapi malangnya Siasatan SPRM tiada tindakan susulan, kerana melibatkan individu dari parti pemerintah.
Kami berasa hairan mengapa bazaar Ramadhan setahun sekali, Khalid mengambil keputusan begitu drastik dan begitu teruja menghukum Orang Melayu tetapi tidak melakukan perkara yang sama di Petaling Street.
Cuba beliau pergi ke Petaling Street (tempat perniagaan Cina) yang peniaganya bukan Cina, semua Bangla, kenapa dia takut nak tutup Petaling Street? Peniagaan di sana setiap hari, bukan setahun sekali seperti Bazar Ramadhan.
Kami nasihatkan kepada Kementerian Wilayah, bersikap adilah kepada orang Melayu di Bandar, jangan ‘double standard’ dan letak Melayu di bawah tapak kaki dalam pentadbiran anda.
Sekirannya mahu mengambil apa-apa keputusan, fikir panjang berkaitan masa depan dan periuk nasi rakyat, bukan semberono tanpa melihat punca rezeki mereka.
Akhir kata, ini ada satu pesanan untuk orang Melayu, bahawa kita jangan mudah lupa, bukan sahaja di Shah Alam malah tidak kira di mana-mana sahaja di Malysia ini. Ia itu, ‘Tolak Khalid Samad dalam PRU 15 !!!!!!
No comments:
Post a Comment