Rakyat yang muak dengan sikap kerajaan PH yang menyalah gunakan undang-undang negara meminta agar para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sekali lagi mengajar kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagaimana untuk melaksanakan ‘Pemisahan Kuasa’ (Seperation Power) dan ‘Kedaulatan Undang-Undang’(Rules of Law) sebagaimana pengundi di Cameron Highlands ‘mengajar’ mereka semasa PRK Parlimen Cameron Highlands.
Ini amat penting untuk menyedarkan pihak eksekutif iaitu kerajaan PH dilihat merupakan tangan hitam yang bersengkongkol dengan Peguam Negara untuk mempermainkan ‘Rule of Law’ sehingga ia menjadi ‘Undang-Undang Rimba’ atau ‘Law of Jungle’.
Sebagai contoh terbaru, kita lihat cara mereka melaksanakan keadilan terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak… Berlonggok dakwaan… dakwaan ditambah, dipinda, digugurkan, didakwa semula, dilokap dan ikat jamin dengan jumlah yang tinggi.
Nampak sangat SPRM dan Peguam Negara main tangkap muat, kurang bersedia, teragak-agak dan dakwaan terpilih seperti terpaksa menurut arahan orang tertentu. Peguam Negara nampaknya tidak beretika langsung untuk melaksanakan keadilan.
Pendedahan Peguambela Tan Sri Mohd Shafie Abdullah seperti video berikut menambahkan lagi kesangsian rakyat terhadap keadilan di bawah kerajaan PH.
Adakah patut pasukan pembelaan terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan bahan pembelaan pada 12 Febuari ini setelah tuduhan asal dipinda kali kedua dan tiga pertuduhan baru ditambah tiba-tiba setelah tiga pertuduhan tambahan itu digugurkan.
Sedangkan pasukan Pembela telah membuat permohonan penangguhan kerana pindaan dan tambahan dakwaan tersebut namun malangnya ditolak bulat-bulat oleh Mahkamah yang dilihat seperti sudah dirancang terlebih dahulu.
Selain itu idak perlu kami ulas panjang tentang pendedahan baru-baru ini surat daripada Jabatan Peguam Negara yang mana ada kaitan dengan ‘Pengasingan Kuasa’ atau ‘Seperation of Power’. Memadai anda baca isikandung surat ini untuk memahami bagaimana Jabatan Peguam Negara hari ini bertindak atas arahan eksekutif kerajaan Pakatan Harapan. Campur tangan politik ini jelas bercanggah dengan prinsip ‘Pengasingan Kuasa’ yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang sepatutnya diamalkan bagi menghindari ‘Dakwaan Terpilih’ atau ‘Selective Prsecution’.
Patutlah pendakwaan dilakukan secara kelam kabut sehingga ada diantara pendakwaan tidak mempunyai kertas siasatan, kertas pendakwaan yang tidak lengkap dan alasan bodoh “printer rosak” turut kita dengari. Surat ini juga dengan mudah memahamkan kepada kita kenapa permohonan peguam Dato’ Sri Najib supaya pembicaraan di Mahkamah Sesyen KL ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan untuk mengenepikan Peguam Gopal Sri Ram, dibantah sekeras-kerasnya oleh pihak pendakwa.
Justeru itu, pengundi-pengundi Semenyih harus memberi pengajaran kepada kerajaan PH dalam PRK DUN Semenyih kali ini. Jadikanlah ia sebagai satu refarandum rakyat untuk menolak kerajaan PH yang mengancam pelaksanaan keadilan di negara ini.
No comments:
Post a Comment