Saturday 16 February 2019

MAHATHIR TERDESAK KATA PAS TIDAK SOKONG UMNO LAGI


16 FEB: Kehadiran ramai pemimpin PAS bersama jentera BN dalam perarakan penamaan calon PRK Semenyih pagi tadi menggambarkan Tun Dr Mahathir Mohamad terdesak membuat kenyataan  PAS tidak lagi menyokong BN.

Malah, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyoal bagaimana Dr Mahathir boleh bercakap bagi pihak PAS.
“Bagaimana Dr Mahathir boleh bercakap bagi pihak PAS… ia kenyataan yang sangat terdesak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Bera itu berkata ramai pemimpin PAS yang hadir menyokong calon BN di pusat penamaan calon PRk Semenyih di Kajang pagi tadi, termasuk Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi, Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.
“Hari ini calon BN diiringi penyokong BN dan PAS. Ramai pemimpin tertinggi PAS hadir. Dua  Naib Presiden PAS iaitu Datuk Iskandar Samad dan Idris Ahmad juga hadir selain  pemimpin-pemimpin PAS dari Selangor dan negeri-negeri lain.
“Malah Unit Amal PAS yang membantu mengawal keselamatan penyokong BN dan PAS selain dari polis,” katanya.
Dr Mahathir semalam mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Perdana Menteri kemudian membuat kenyataan bahawa Hadi memberi perakuan bahawa PAS tidak menyokong UMNO lagi.
Malah Pengerusi PH itu mendakwa ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment