Monday, 11 February 2019

FITNAH 90 JUTA KONONNYA SOGOKAN UMNO KEPADA PAS ADALAH SATU STRATEGI UNTUK GAGALKAN KERJASAMA PAS-UMNO


Fitnah 90 juta pemberian UMNO kepada PAS kononnya melalui bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak kepada Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang akan didendangkan berterusan sehingga matlamat tercapai.
Fitnah 90 juta ini adalah strategi Pakatan Harapan sama seperti mereka lakukan terhadap isu 1MDB sebelum PRU-14.
Selepas PRU-14, ramai rakyat mula sedar dan buka mata dengan apa yang berlaku dalam negara dan 1MDB ini tidak lagi menjadi senjata ampuh buat Pakatan Harapan.
Maka fitnah baru perlu dicari dan dibiarkan berpanjangan, strategi sama seperti 1MDB, demi mencapai matlamat mereka ketika ini iaitu;
1) Menggugat keyakinan penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut, seterusnya
2) Menumbangkan kerjasama dua parti Melayu Islam terbesar iaitu PAS dan UMNO
Kerjasama PAS-UMNO ini sememangnya menjadi igauan ngeri buat kerajaan Pakatan Harapan kerana khuatir akan ditumbangkan pada PRU-15 kelak dan terpaksa mengulangi strategi yang sama.
Mereka tahu peluang mereka semakin tipis hari demi hari di mana majoriti pengundi Melayu Islam akan menolak kerana dilihat tidak mempedulikan nasib rakyat, apatah lagi cubaan meminggirkan Melayu dan Islam secara perlahan-lahan.
Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Tun Mahathir beriltizam di Perhimpunan Agung kedua mereka baru-baru ini untuk membela Melayu dan Islam namun rakyat melihat itu hanya sebagai retorik dan lelucon semata-mata.
Namun banyak perkara yang berlaku terhadap orang Melayu dan agama Islam di bawah Perdana Menteri dari Bersatu yang membuktikan beliau tidak lebih hanyalah ‘yes man‘ kepada DAP, malah Tun Mahathir memuji dan mengakui DAP yang mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.
Malah sindirannya sebelum ini yang mengaitkan kemenangan pembangkang dalam PRK Parlimen Cameron Highlands kerana gabungan antara parti Islam Pas dan ‘parti kafir’ merupakan antara petunjuk kegerunan Perdana Men teri terhadap kerjasama PAS dan UMNO.
Maka apabila penyatuan dan kerjasama PAS-UMNO ini menjadi kenyataan dan terbukti dengan kejayaan di PRK Cameron Highlands, maka Pakatan Harapan mencari jalan untuk menggagalkannya.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak bersedia untuk kalah dan dimalukan di PRK Semenyih kerana selain jurang majoriti undi yang besar, faktor “tidak boleh kalah di Selangor” juga menjadi sumber ketakutan buat mereka walaupun siapa menang atau kalah tidak akan memberi kesan kepada kerajaan.
Namun ia akan menjadi penanda aras dan indikator sebagai bukti kerajaan Pakatan Harapan mengalami defisit kepercayaan yang teruk selepas hanya 9 bulan memerintah, walaupun berdegar-degar sebelum ini mereka mengutuk kerajaan lama serta menjanjikan harapan-harapan baru buat rakyat, yang akhirnya tidak mampu dilaksanakan.
Oleh kerana ini mereka memerlukan isu 90 juta ini untuk di-spin sebaik mungkin dan bersifat serampang dua mata.
Selain cubaan menggagalkan kerjasama PAS-UMNO, Pakatan Harapan juga berusaha mencari jalan bagaimana penyokong-penyokong kedua-dua parti itu terpedaya dan tidak keluar mengundi di PRK Semenyih.
Maka fitnah Haji Hadi menerima 90 juta daripada Najib ini menjadi senjata ampuh buat Pakatan Harapan, di mana Claire serta Ambiga menjadi bidak-bidak catur yang akan cuba memusnahkan keyakinan pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia kelak.
Isu 90 juta ini akan dibiarkan berlarutan untuk menimbulkan krisis keyakinan dalam kalangan penyokong kedua-dua parti Melayu Islam terbesar ini yang berjaya dicapai dan dilaksanakan melalui 1MDB dan menyaksikan Barisan Nasional tumbang apabila ramai ahli-ahli UMNO sendiri tidak mengundi mereka.
Justeru penyokong kedua-dua parti perlu bulatkan tekad terutamanya pengundi-pengundi di PRK Semenyih agar bersatu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang berterusan menggunakan fitnah untuk mencapai matlamat. Anggaplah PRK Semenyih sebagai satu refarandum untuk menolak kerajaan PH dikuasai DAP yang anti Melayu dan Islam.
Jika bukan Melayu boleh bersatu demi mengangkat bangsa mereka, apatah lagi umat Islam wajib bersatu demi agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment