Friday, 8 February 2019

JANJI TIDAK MASUK AKAL… APA PEMBELAAN KERAJAAN PH KEPADA MASYARAKAT FELDA?

Satu janji tidak masuk akal berkaitan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu menghapuskan 50 peratus hutang peneroka FELDA.
Mana mungkin janji tersebut dapat dilaksanakan kerana sekiranya harga komoditi kelapa sawit turun dengan mendadak maka ia akan menyebabkan peneroka bertambah sengsara dan susah.
Anda bayangkanlah sekiranya peneroka meminjam RM120,000 mereka perlu membayarnya hanya RM60,000 kepada FELDA, begitu juga dengan amaun lain sama ada sedikit atau banyak semuanya di janji hanya perlu membayar 50 peratus sahaja hutang tersebut, adakah ini satu janji yang waras dan masuk akal?
Hari ini peneroka sudah merasa kesannya dan generasi baru pun sudah mula merasainya apabila ketiadaan pelbagai insentif termasuklah dengan penurunan harga sawit yang terus terumbang-ambing.
Nampaknya peneroka sudah serik ditipu oleh kerajaan PH, pendapatan mereka yang sebelum ini lebih RM3,000, kini hanyalah RM400 sebulan. Peneroka, generasi pertama dan kedua cukup terkesan dengan segala janji manis yang telah ditabur.
Malah dulunya peneroka dianggap dizalimi, dianiyai, ditipu dan macam-macam lagi namun sekiranya ditanya kepada masyarakat Felda sekarang ini bagaimanakah keadaan mereka sekarang adakah jauh lebih baik berbanding pentadbiran kerajaan sebelum ini, sudah pasti mereka akan mula mengenali apa itu kaca apa itu permata.
Dahulu PH juga berjanji akan menghapuskan 50 peratus hutang peneroka Felda sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan.
Sehingga hari ini, setelah sembilan bulan berlalu, masih tidak kelihatan usaha ini akan menjadi kenyataan dan realiti sebaliknya peneroka terus terhimpit dengan hutang-hutang mereka.
Selain itu kami rakyat perhatin mempersoalkan tentang, berapa ramaikah anak FELDA yang telah diberikan kouta untuk menyewa dan membeli rumah mampu milik oleh Kerajaan Negeri atau Pusat?
Berapakah kouta atau jumlah kemasukan 2019 ke sekolah berasrama penuh yang terdiri dari anak FELDA? Apakah peluang biasiswa dan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada anak-anak FELDA?
Semua perkara ini perlu dijawab oleh kerajaan PH. Hakikatnya, peneroka FELDA semakin tertekan di bawah pentadbiran yang hanya asyik menipu rakyat berterusan.
Pada masa yang sama, kami juga turut mempersoalkan di manakah hilangnya Mazlan Aliman yang dulunya begitu lantang membela nasib masyarakat Felda.
“Kini setelah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, adakah beliau (Mazlan) hanya lepas tangan dan menutup mata sebelah dengan apa yang berlaku kepada peneroka FELDA hari ini.
Oleh itu,“Janganlah hanya jadi jaguh kampung.. hanya pandai bercakap sahaja.. bila sudah ada kuasa tidak melaksana apa-apapun

No comments:

Post a Comment