Kami merasa perjuangan kami selama ini sia-sia sahaja. Sekarang ini Kementerian Pertahanan dipimpin oleh dua orang pengkhianat negara iaitu Menterinya dan Timbalan Menterinya.
Menterinya seorang Melayu penyokong PKM yang kami tentang selama 36 tahun yang telah banyak mengorbankan rakan-rakan seperjuangan kami. Ada yang cedera kekal sehingga ke hari ini. Ramai anak-anak mereka menjadi anak yatim piatu dan isteri-isteri mereka menjadi janda. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong adalah sebagai pengajaran kepada orang Melayu tentang siapakah Menteri ini. Beliau telah mempertikaikan bahawa semua wira-wira Polis Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu bukan pejuang. Malah beliau telah mengikhtiraf PKM yang menyerang balai polis sebagai wira negara.
Begitu juga tentang Timbalan Menterinya seorang Cina dari DAP. DAP sebuah parti cauvanis Cina yang telah memperjuangkan serta mendesak kerajaan BN ketika itu agar Ketua PKM Chin Peng diberi pengampunan dan dibenarkan kembali ke Malaysia. Malah setelah Chin Peng meninggal dunia di Thailand DAP telah mendesak agar abu mayat beliau disemadikan di Malaysia.
Peguam Negara Malaysia sekarang yang dilantik oleh kerajaan PH yang dikuasai DAP merupakan bekas peguambela ketua PKM itu.
No comments:
Post a Comment