Monday, 25 February 2019

SATU LAGI PEMBOHONGAN KERAJAAN PH, UMPAN UNTUK DIMAKAN RAKYAT MENJELANG PRK SEMENYIH


Kami sebagai rakyat mengalu-alukan apa jua bentuk bantuan yang boleh meringankan beban sara hidup kamit, tetapi kami mempersoalkan inisiatif tol yang diumumkan kerajaan semalam, yang disifatkan mengelirukan.
Menjadi satu kelaziman modus operandi Pakatan Harapan sejak pasca PRU 14, kelirukan rakyat sebelum menipu mereka.
Kami rakyat tertanya-tanya, apakah matlamat sebenar mekanisme caj kesesakan yang akan diperkenalkan nanti, memandangkan ia tidak meringankan kos sara hidup majoriti pengguna yang terpaksa melalui tol di waktu puncak.
Adakah inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat atau mengurangkan kesesakan dan penggunaan tol atau meringankan hutang kerajaan atau apa sebenarnya?
Beliau berkata kadar percuma yang dikenakan dari 11 malam hingga 5 pagi bukan keperluan mendesak seperti yang dilalui majoriti pengguna dari golongan kelas bekerja. Mungkin ia keperluan mendesak bagi pekerja-pekerja larut malam seperti GRO, pelacur dan sebagainya atau mungkin pengunjung-pengunjung kelab malam.
Ia sebenarnya tidak akan memberikan impak optimum dalam cubaan meringan kos sara hidup rakyat kerana penggunaan tol secara terpaksa adalah semasa waktu puncak oleh majoriti rakyat.
Sabtu lepas, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan ia dalam perbincangan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART.
Kerajaan bercadang memperkenalkan kadar tol diskaun 30% di waktu biasa dan kadar tol percuma antara 11 malam dan 5 pagi selepas konsesi diambil alih.
Pengurangan tersebut dicapai menerusi penghapusan mekanisme kutipan tol sedia ada, menggantikannya dengan caj kesesakan di mana pengguna akan dikenakan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama 6 jam sehari.
Kami rakyat memohon kerajaan menjelaskan sama ada kajian dan penyelidikan terperinci dibuat sebelum ia diumumkan, kami mempersoalkan adakah polisi caj kesesakan akan dapat mengumpul jumlah secukupnya untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuhraya dan “bayaran pinjaman”. Atau ia merupakan cakap-cakap sahaja tanpa kajian dan penyelidikan terperinci.
Lebih penting, adakah polisi ini akan mendatangkan lebihan kutipan yang mampu disalurkan kepada dana pengangkutan awam, seperti yang dirancangkan?
Menyorot kembali kepada kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir pada Disember lalu iaitu hasil kajian mekanisme “bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol” akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei tahun ini.
Justeru itu JKR telah diberi tempoh 6 bulan dari 31 Oktober tahun lepas untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Adakah ini bermakna kenyataan media berhubung keputusan caj dan kadar baharu serta pengambilalihan konsesi dari Gamuda semalam sememangnya dikeluarkan sebelum hasil kajian tersebut di atas selesai sepenuhnya?
Seterusnya kami rakyat menggesa kerajaan mendedahkan pembiayaan dan kos rancangan mengambil alih konsesi tol dari Gamuda Berhad, kerana jumlah, terma dan mekanisme yang akan digunakan pasti menggandakan liabiliti kewangan kerajaan yang amat besar yang mungkin tidak mampu ditampung oleh kewangan kerajaan PH..
Perkara ini kritikal kerana, seperti yang diulang-ulang oleh Kerajaan sendiri, negara kini sedang berhadapan dengan hutang yang sangat besar, kononnya RM 1.7 trilion seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng tempoh hari.
Kami rakyat seterusnya meminta kerajaan menjelaskan sama ada pengumuman kerajaan mengambil kira impak terhadap pasaran bon domestik memandangkan sektor lebuh raya bertol terdiri daripada “23 penerbit berjumlah RM52.83 bilion bon dan sukuk tertunggak”.
Kami mahu kerajaan menjawab adakah pasaran bon domestik akan menerima “tamparan hebat” dan memburukkan lagi prestasi ekonomi negara, yang dalam keadaan deflasi pada Januari tahun ini.
Ia merupakan kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009.
Maka wujudlah keperluan mendesak ini untuk memastikan keputusan kerajaan benar-benar memberi impak positif dan bukan sekadar menyedapkan hati pengundi-pengundi PRK N24 Semenyih tanpa memberikan kesan sebenar dalam pengurangan kos sara hidup.
Pengundi-pengundi PRK N24 Semenyih harus jangan tertipu, pengumuman kerajaan itu hanya dilihat merupakan penjenamaan semula konsesi tol dan bukannya menghapuskan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 14.
Kononya pengurangan kadar tol yang dirancangkan itu mungkin tidak akan berlaku malah ia telah ditambah dengan caj kesesakan yang akan membebankan kos sara hidup rakyat.

No comments:

Post a Comment