Ucapan setinggi penghargaan ke atas keikhlasan pendokong parti UMNO dan BN serta PAS dan juga tenaga sukarelawan yang mahu bersama untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih amat mengujakan.
Alhamdulillah..begitu ramai tenaga mereka termasuk NGO yang mahu bersukarela turun berkerja di PRK Semenyih…luar biasa..Kami pendokong ummah ucapkan terima kasih.
Berkempenlah secara sukarela, secara bersederhana dan beretika. Kita sebagai pembangkang tiada wang ringgit, kita tiada kuasa apa pun. Tapi keikhlasan anda semua adalah kekuatan kami.
Seterusnya kami berharap hubungan silaturahim antara BN dan PAS terus dipupuk dan sama-sama dipereratkan selain mematuhi undang-undang.
Sambil berkempen, pupuklah silaturrahim, kukuhkan tali persaudaraan dan ukhuwah. Banyakkan program bersifat ibadat dan kebajikan..solat berjemaah,solat hajat,bacaan Al- quran,Yassin, Tahlil, taqarrub dan lain-lain. Insya Allah.
Patuhi undang undang dan peraturan Pilihanraya. Bercakap dan berceramah dengan tegas dan berani demi menyelamatkan ummah.
No comments:
Post a Comment