Penipuan dan pembohongan sudah menjadi kebiasaan bagi Pakatan Harapan (PH) sejak menerajui pentadbiran negara yang bermula dari janji manifesto tidak tertunai hinggalah tadbir urus kerajaan yang bercelaru.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah masa terbaik untuk rakyat khususnya pengundi di kawasan terbabit bagi memberi pengajaran kepada kepimpinan PH dengan menolak mereka.
Berikan mereka pengajaran tentang penipuan yang dilakukan. Masyarakat perlukan pemimpin yang berjuang untuk memperbaiki taraf hidup rakyat namun yang berlaku sekarang harga barang keperluan asas semakin tinggi selain pentadbiran kerajaan PH kacau-bilau jika dibandingkan semasa zaman Barisan Nasional (BN).
“Penduduk Semenyih ada pilihan untuk memilih wakil rakyat yang berkaliber antara Zakaria Hanafi; calon yang berpengalaman dalam mentadbir, berkredibiliti, rendah diri dan berjaya membangunkan keluarganya dengan baik untuk menjadi contoh kepada masyarakat berbandingkan pihak lawan merupakan anak muda yang kuat fizikal semata-mata, kurang pengalaman dan lebih cenderung kepada penyelewengan atas apa yang berlaku dalam kelulusan akademiknya.”
Perlu ditekankan di sini bahawa, calon BN pada PRK Semenyih adalah seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, sebaliknya calon PH lebih cenderung dalam penipuan sebagaimana status akademik di halaman Linkedin yang bertentangan dengan apa yang dimilikinya sebelum ini kemudiannya diubah semula.
Jangan terpedaya dengan janji manis yang dilontarkan oleh PH, semuanya hanya pura-pura.
Berkaitan dengan janji baru pula, calon PH menjanjikan untuk membina hospital di Semenyih.
“Sepanjang PH memerintah hospital dan masjid-masjid yang diluluskan oleh kerajaan BN semuanya dibatalkan dan ini menunjukkan kerajaan PH sebenarnya tidak konsisten dalam perjuangan dan tidak bersedia menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh rakyat,” tegasnya.
Antara yang dibatalkan oleh PH ialah pembinaan empat buah masjid di dalam kawasan Parlimen Lenggong, Perak bernilai RM5 juta dan juga pembinaan tiga buah masjid baru dalam Parlimen Pengerang, Johor berjumlah RM11 juta.
PRK Semenyih ini melibatkan pertandingan empat penjuru yang calonnya ialah Zakaria Hanafi dari BN, Muhammad Aiman Zainali dari PH, Nik Aziz Afiq Abdul dari PSM dan aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih di kenali sebagai ‘uncle kentang’ bertanding atas tiket bebas.
Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan 16 Feb, Sabtu lalu manakala hari pengundian awal ialah 26 Feb dan hari pengundian pada 2 Mac.
No comments:
Post a Comment