Monday 11 February 2019

PEGUAM NEGARA TIDAK SEPATUTNYA MENERIMA ARAHAN DARIPADA KERAJAAN PH


(The Star) – Peguam Negara harus bebas dan tidak menerima arahan daripada kerajaan, kata Ramkarpal Singh (gambar).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata bahawa adalah asas bagi Peguam Negara menasihati kerajaan dan bukan disebaliknya.
Ramkarpal membidas satu kenyataan oleh Peguam Cara Negara III Mohamad Hanafiah Zakariah yang menyatakan bahawa beliau menerima arahan daripada kerajaan.
“Hanafiah telah lupa bahawa Peguam Negara adalah bebas dan membuat pendakwaan berasaskan bukti dan tidak sekali-kali diarah, sama ada oleh kerajaan atau sesiapa sahaja”, kata Ramkarpal dalam satu kenyataan pada hari Ahad(Feb 10).
Beliau menambah bahawa pendirian Mohamad Hanafiah di atas perkara ini adalah serius.
Ia telah menggambarkan kejahilan beliau terhadap fakta bahawa Peguam Negara adalah, dan sentiasa bermaksud untuk, bebas daripada arahan kerajaan, dan akan sentiasa, sepatutnya berkecuali,”kata Ramkarpal.
Beliau berkata bahawa Mohamad Hanafiah harus meletakkan jawatan sekiranya dia tidak faham ini, seandainya dia tidak dipecat.
Kita memerlukan individu yang bebas atas tugas ini. Bukan mereka menerima arahan daripada kerajaan,” kata Ramkarpal.
Mohamad Hanafiah telah menyatakan Peguam Negara akan sentiasa mematuhi direktif dan arahan kerajaan selagi ia mengikut undang-undang dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mohamad Hanafiah memberi respon terhadap kritikan satu surat pekeliling yang bocor (seperti di bawah) yang mengarahkan Pendakwa Raya untuk tidak menangguhkan beberapa kes rasuah berprofil tinggi.
Surat pekeliling yang di email itu menjadi tular di media sosial, setelah mencetuskan persoalan tentang kebebasan Peguam Negara dalam mematuhi ‘Pengasingan Kuasa’ atau ‘Seperation of Power ‘ dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara.

No comments:

Post a Comment