Saturday 16 February 2019

BUKTI DR MAHATHIR BAPAK SEGALA BAPAK PUTAQ ALAM



Beberapa jam yang lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa PAS secara rasmi menyatakan komitmen mereka tidak akan menyokong UMNO semasa PRK Semenyih.

Menurut beliau, komitmen berkenaan telah disampaikan secara lisan dan bertulis, mungkin oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang semasa menemui presiden PAS di Yayasan Al-Bukhari di Kuala Lumpur.

“PAS telah menyatakan mereka tidak akan menyokong UMNO dalam PRK ini.

Mereka mengesahkan bukan hanya secara lisan, tetapi secara bertulis yang telah ditandatangani,” beliau berkata.

Sesungguh sekira itu keadaannya, saya menuntut agar bukti terhadap komitmen PAS itu diberitahu kepada umum.

Sebabnya, seorang pemimpin kanan PAS di Selangor telah mengeluarkan satu surat arahan disebaliknya, secara bertulis, memerlukan jentra parti peringkat negeri untuk menghadiri hari penamaan calon di Semenyih sebagai menunjukkan sokongan untuk calon pilihan Barisan Nasional.

Arahan berkenaan sekarang dalam pengetahuan umum (lihat surat di bawah), ini bermakna sekarang merupakan kewajipan atas Mahathir untuk membuktikan bahawa  PAS pernah memberi beliau secara bertulis bahawa parti itu tidak akan menyokong  UMNO semasa PRK Semenyih itu.



Bola itu, sebagaimana mereka kata, di dalam gelangang Mahathir, jangan putaq lebih-lebih, nanti masuk gol sendiri.

No comments:

Post a Comment